Budak Kecik Jangan Biasakan Dengan....?

August 18, 2017


Disebabkan aku telah menghadirkan diri dalam satu kursus sains sukan dan telah lulus ujian. Maka aku nak kongsi satu perkara tentang perkembangan kanak-kanak, especially yang ada anak-anak kecil.

Perkongsian ni aku selitkan juga sedikit ilmu daripada subjek perkembangan kanak-kanak yang aku pernah belajar dulu, dan juga pengalaman aku mengajar budak tahun 1 pada zaman ini.

So apa yang aku nampak pada kanak-kanak zaman ini ialah kebanyakkannya memang mempunyai kemampuan yang sangat tidak setaraf seperti kita dulu. Kalau kita waktu zaman kanak-kanak lompat getah paras pinggan kanak-kanak kecil itu ibarat seperti melangkah bantal saja. Malah, senang kita nak berkawan dengan orang lain dan mudah untuk bercerita dan berbicara kan?

Tapi apa yang berlaku pada kanak-kanak zaman sekarang? Dalam bilang 10 orang kanak-kanak, hanya 2 yang boleh berkomunikasi dan melakukan aktiviti dengan yakin dan semangat untuk mencuba dan berjaya. Baki yang 8?

Apakah yang berlaku sebenarnya?

  1. Kanak-kanak zaman sekarang lebih tertarik untuk menonton tv, tablet dan rancangan menarik dalam keadaan duduk. Kerana budak tertarik untuk melihat sahaja dan tidak berminat untuk melakukan secara fizikal. Akibatnya? Budak jadi lembik, ada yang pegang gunting pun tak reti. Kalau tulis garisan tak guna pembaris, garisan dia jadi keriting.
  2. Kanak-kanak zaman sekarang mempunyai waktu untuk fokus yang sangat rendah. Cepat mengalah kerana kalau di rumah rancangan yang diorang tengok tak seronok boleh ubah sampai jumpa yang best. Akibatnya? Benda lain dekat sekolah kalau tak best tak payah layan walaupun hakikatnya benda tu penting.
  3. Kanak-kanak zaman sekarang terlalu mengharap. Kebanyakkan ibu bapa zaman sekarang lebih suka mengatur hidup anak terlebih-lebih. Buka kasut ibu bapa buat, pakai seluar ibu bapa buat, pakai tali pinggang ibu bapa buat, ada yang makan pun ibu bapa buat. Menyebabkan anak tidak dapat belajar. Perkembangan psikomotor terbantut kerana mereka tiada pengalaman untuk buat sendiri.
  4. Kanak-kanak zaman sekarang tidak takut. Takut sebenarnya baik. Bukan semua rasa takut itu bersifat negatif. Perasaan takut menyebabkan kita tidak berani untuk melakukan kesalahan. Tapi kanak-kanak zaman sekarang hebat, kalau salah tak takut sebab ibu bapa selalu cakap dia betul. Maka yang salah dijadikan amalan oleh kanak-kanak tersebut. 
  5. Kanak-kanak zaman sekarang lembik. Dia sendiri jatuh bila berjalan ramai-ramai dia tuduh orang tolak dia, walaupun hakikatnya takde sesapa yang tolak dia & dia jatuh sendiri. Bila jatuh, luka tak besar, sekadar tergores sikit pada lutut kaki, menangis seperti memerlukan 8 jahitan serta merta. 
  6. Kanak-kanak sekarang terlalu bebas. Banyak ibu bapa tidak tahu aktiviti yang sebenar anak-anak mereka. Kenapa? Kerana kebanyakkan ibu bapa berasa cukup sekiranya mereka nampak anak-anak mereka didepan mata. Walhal, banyak perkara misteri yang berlaku.
  7. Kanak-kanak sekarang ramai yang lemah especially bab membaca. Kenapa? Kerana ibu bapa tidak menekankan kemahiran anak-anak semasa di tadika lagi. Ramai ibu bapa mempertikaikan kredibiliti guru dalam mengajar anak-anak mereka kerana ada sebahagian anak-anak mereka masih tidak pandai mengeja ataupun membaca. Namun, berapa ramai ibu bapa yang tahu bahawa silibus pendidikan sekarang semakin mencabar? Guru tidak boleh menunggu anak-anak anda semua kerana guru perlu menghabiskan silibus yang ditetapkan oleh KPM dalam masa setahun. Jadi siapa yang perlu berusaha sekarang?

So apa yang perlu ibu bapa lakukan sebenarnya? Tak susah.

  • Jangan biasakan anak dengan alat elektronik seperti tablet atau smartphone dalam usia bayi hingga 12 tahun. (bukan jangan  bagi, jangan biasakan)
  • Jika anak-anak ingin melukis, berikan mereka peluang untuk memegang pensel, krayon atau apa-apa sahaja yang selamat, supaya lain hari mereka mahir mengawal pergerakan tangan dan memudahkan proses belajar menulis di sekolah.
  • Jangan menegah anak-anak menggunakan gunting, sebaliknya ajar mereka menggunakan gunting dengan selamat. Di sekolah ada 33 murid satu kelas, kau ingat cikgu nak tolong anak kau gunting kertas?
  • Biarkan anak-anak melontar, berlari dan melompat. Itu sebenarnya adalah kemahiran asas untuk semua jenis pergerakkan yang bakal anak-anak kamu lakukan disekolah. 
  • Jangan marah sekiranya anak-jatuh. Sebaliknya tanya kenapa dia jatuh, macam mana dia jatuh dan bagaimana nak elak jatuh lain hari. Kerana? Bila kamu bertanya begitu anak-anak akan memproses maklumat dan meningkat kemahiran mereka, lain hari dorang dah tahu cara supaya tak jatuh.
  • Anak kuat menangis di khalayak ramai? Lepas tu bagi henfon baru senyap? Jangan! Biarkan mereka bising, dan bertenang. Ini adalah proses untuk mereka belajar mengawal emosi. Kalau bising nangis buang tabiat terus settle dengan bagi henpon? Lain kali korang yang diorang akan buang sebab tak bagi apa yang diorang nak.
So... takat ni tu je perkongsian aku. Aku bukan menentang ibu bapa dan bukan lah juga nak ajar korang macam mana nak jaga anak. Tapi ini hanyalah perkongsian, yang telah aku lakukan dengan budak-budak aku.Hehhee


1 comment:

  1. Perkongsian yang bagus dan bermanfaat..
    Sha memang tak bagi tablet dekat anak-anak.. Ada sesetengah perkara memang sha biar anak buat, ada yang sha buatkan.. Tapi sukalah dengan perkongsian mek ini sebab realitinya memang betul pun..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih

Powered by Blogger.