image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

iPhone7

Akhirnya sampai juga iPhone 7 dekat Malaysia kan?

Aku ni kalau ikut betul nak juga merasa iPhone7 ni, bagi rasa seminggu aje pun takpe, so dapat buat perbandingan antara iPhone6s dengan iPhone7.

Hah. Aku ni kan gila gadget sikit. Tapi tak bermaksud aku terus nak gitu. Aku just nak test. Tapi memandangkan budget takda, so memang mampu tengok komen orang lain saja lerrrr.....

So sini aku share sikit pasal iPhone, maklumat ni aku ambil semua dari page Apple Malaysia tauuu, sebab kalau nak rujuk harga memang aku selalu based on page dia. Macam mana harga di page, memang begitu harga kat kedai. Huhuhu...



Kalau korang tengok harga tu, harga tu ialah harga paling minimum ikut saiz memory iaitu 32GB. Paling murah untuk iPhone7 ialah RM3199 untuk 32GB dan iPhone7Plus RM3799. Aku rasa hm...yang 7Plus tu mahal....yang kecik tu aku boleh terima lagi.


Kalau korang tengok. Kali ni dia datang dengan 5 warna. Yang terbaru ialah Jet Black. Hitam sungguh, aku tengok memang cun. Dan kalau korang perasan. Bahagian camera satu aje padahal ada yang nampak dua kan? Jangan pelik sebab untuk iPhone7 memang camera dia macam tu. 


 hah yang ni pula design belakang untuk iPhone7Plus. Ertinya kalau nak nampak sangat korang ada iPhone terbaru, korang terpaksa beli yang iPhone7Plus sebab yang iPhone7 aje, takde beza rupanya huhuhuuu....

Mula-mula aku ingat harga semua tu sama. Sekali aku check harga, untuk iPhone warna Jet Black tu dia punya harga lebih kick sebab dia takda versi 32GB. Itu dari page lah, taktau pula kalau kat kedai.

Kalau tengok memang ada juga beza sikit, tapi kalau pakai casing pun tak nampak juga bezanya dari depan. Huhuhu....Apa pun beli itu adalah keputusan sendiri, cuma kalau dari pandangan aku dan apa yang aku baca, aku rasa baik tunggu 7s atau iPhone8. Huhuuuu

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih