image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Thanks God I Am Happy


Kadang kadang kan dalam hidup aku ni bila dapat suatu hal yang aku tak boleh buat pilihan, aku sangat berharap supaya aku boleh dapat pilihan untuk pilih selain daripada yang aku dapat tu.
Tapi akan tiba juga masa nanti, bila aku terpaksa untuk memilih, dan aku pula sangat berharap supaya aku tak payah susah payah nak pilih tapi terus ada satu jawapan saja.
Hakikatnyakan sebenarnya itu lah manusia. Kan?
Selalu kita mahu apa yang kita tak ada, dan apa yang kita tak ada kita tidka menghargai sepenuhnya.
Macam cerita aku dulu.
Masa takde pakwe gatal sangat nak cari pakwe.
Bila dah ada pakwe menyesal giler sebab rasa terkongkong lah apa lah ini lah itu lah...Memang banyak masalah tau aku masa ada pakwe tu.
But bila tak ader macam hampeh betul gatai tau nak ader pakwee..LoL
Kadang kala aku tak paham betul apa yang aku nak sebenarnya. 
Padahal ada pakwe belum tentu aku suka orang tu.
Heh merepek aje aku dalam blog aku.
Tapi sebenarnya apa yang aku nak taip ni ialah....
Kita selalu diberikan rezeki yang sesuai dengan apa yang kita akan lalui dan patut kita miliki.
Pada aku kalau Allah tak bagi mesti ada sebab...
Kalau bukan sebab Allah rasa kita tak sesuai, mesti Dia nak bagi something else, atau maybe Dia tau benda tu tak baik untuk kita atau sebab Dia actually dah rancang sebenarnya apa yang elok untuk kita :)
Macam aku mula-mula posting. Aku frust giler dapat tempat sendiri.....
Bukan sebab tak nak berbakti pada tempat sendiri, tapi aku mengharapkan suatu pengembaraan dalam tugas aku sebagai guru...Memang first month second month aku frust giler....
Terpaksa pura-pura aje nak sekolah aku..tapi aku still buat kerja aku elok-elok ok...Takde sambil lewa.
Memang aku frust tau sampai macam-macam aku buat aku minta tolong member dengan semua jenis kabel yang aku boleh capai untuk pindah mana-mana lah.....
Until sampai ke satu tahap aku kecewa....
Kalau korang tanya aku apa rasa kecewa aku sendiri pun tak tau macam mana nak explain sebab rasa kecewa sangat tu unexplainable.
Tapi sekarang I mean really punya sekarang....
Somehow aku rasa happy tau.
Disebalik kesibukan aku yang berlambak itu...Somehow aku bersemangat nak siapkan kerja yang aku dapat & aku bersemangat nak ajar murid-murid aku.
As if aku rasa macam biar orang nampak aku sibuk banyak kerja tapi bagi aku...
Aku rasa happy, aku rasa puas n aku memang nak buat.
Senang cerita 
THANKS GOD I AM HAPPY.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih