image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Bila Sudah Mula Bekerja

Kalau aku nak taip macam karangan confirm nak baca pun macam tak larat. So aku rasa aku punya trademark dalam bab penulisan di blog aku ni kena guna teknik pecahan atau titik point. So korang boleh skip-skip cerita yang korang tak larat nak baca. Hahahaa...

1. Aku dah mula bekerja
Yes I do. Aku dah lapor diri masa hujung bulan satu haritu. Dan bermula lah perjalanan aku akhirnya sebagai guru di sebuah sekolah rendah kebangsaan cina. Kik.

2. Baru. Semua baru bagi aku
Aku punya pengalaman even masa praktikal pun semua sekolah Melayu. Aku memang dah biasa dengan persekitara Melayu. Seriously aku punya harapan pun nak dapat SK tapi akhirnya aku dapat SJK(c) so feeling, suasana, guru even murid dia pun baru bagi aku.

3. Sekali mengajar terus guna 3 bahasa.
Aku sebenarnya mahir dalam 3 bahasa. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris & Bahasa Cina. So bila aku mengajar bahasa Inggeris aku kena guna Bahasa Malaysia dengan Bahasa Cina untuk explain makna sesetengah perkataan yang aku ajar dalam bahasa Inggeris. Kenapa nak ada Bahasa Melayu. Well dekat Sabah ni memang normal kalau jumpa budak Melayu dekat sekolah cina. Dan sungguh tak pelik kalau jumpa budak melayu cakap cina dengan lancar juga.

4. Selalu balik lambat.
Ok perjalanan ke sekolah aku kalau bawa 80km/h boleh mengambil masa dalam 30 minit juga. Gerak dari rumah jam 6.20am atau awal. Kalau lambat dari jam 6.20am memang lambat sampai sekolah sebab jalan jam. Aku kena lalu kawasan sekolah yang banyak. Faham-faham la kawasan sekolah macam mana. Masa balik pun memang lambat. Kebelakangan ni la sebab aku tolong sekolah nak hias pentas sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti pada hari Isnin. So memang aku balik dah penat sampai aku tak larat nak update blog.

5. Projek seni pertama aku
Projek seni pertama aku ialah 3 ekor kambing yang berwarna putih, hijau & pink. Besar tau saiz kambing tu. Hampir sama macam pintu kereta besar kambing tu. Kenapa kambing? Sebab tahun zodiak untuk tahun ni ialah kambing.



6. Bukan sengaja nak tinggal blog ni. Lepas ni aku cuba cari update bila-bila ada masa. Tapi kalau ikut jadual aku memang full seminggu aku ada kelas. So...Aku still akan cuba cari masa okay? :P

Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. Wah jadi cikgu . mesti ada anak-anak murid yang baca blog ni nanti. hehehe. All the best bila dah bekerja ni. :)

    ReplyDelete
  2. bestnya jg cikgu..! selamat bertugas..! SJK C pun boleh la..ada juga pengalaman baru kan??? untungnya mahir banyak bahasa. ada kelebihan kat situ.. :)

    ReplyDelete
  3. comel kambing cikgu..hehe..rindunya nak mengajar...dulu before degree adalah penah mengajar...

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih