image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

H.A.M.P.A

Niat
Niat aku mudah. Biar aku keluar daripada tempat ini. Tempat aku membesar dari aku kecik sampai sekarang. Aku ingin melihat dunia & mempelajari budaya selain apa yang aku nampak. Dan yang pasti 'hijrah'.

Harapan
Harapan aku untuk berada bukan ditempat yang aku ada sekarang.

Keputusan
Mungkin rezeki, mungkin ketentuannya. Sudahlah berada dekat, malah Dia dekatkan lagi di dalam daerah yang sama.

Perasaan
Asalnya bersemangat aku nak mendidik. Aku download aktiviti yang aku rasa menarik. Akhirnya aku rasa kecewa. Aku rasa putus asa. Aku rasa kecundang di dalam harapan sendiri.

Nawaitu
Ada orang pesan. Nawaitu kena betul. Sesungguhnya aku benar-benar cuba melawan perasaan ini & memperbetulkan segala niat sebenar.

Tapi akhirnya aku tetap rasa kecundang. Aku tetap rasa kecewa. Aku tetap rasa hampa. Kadang kala aku rasa marah. Kadang kala aku rasa menyesal. Walhal sebenarnya hanya tempat yang membezakan kemahuan & keinginan itu. Tapi yang paling pelik...Kenapa aku berasa sangat kecewa tanpa sebab yang kukuh...Walau cuba ditepis tapi aku tetap rasa semua ini tidak betul. Mengapa ini yang berlaku mengapa jauh yang aku pilih semakin dekat yang aku dapat. Akhirnya...Aku hanya mampu redha.


Share this:

CONVERSATION

6 comments:

  1. apa pun yg kita buat perlu ikhlas krn Allah . Klu krn yg lain , mungkin kita akan kecewa ...

    ReplyDelete
  2. in sha allah ada yang lebih baik menati di depan :)

    ReplyDelete
  3. saya pun nak jga merantau dr tempat asal..ada jga pengalaman baru..
    mungkin blum masanya lg sis, belum rezekinya.
    Apa yg ada di depan mata baiknya kalau kita bsyukur,nanti hilang baru kita nak sedar.. :D

    ReplyDelete
  4. Semoga semuanya baik baik saja...

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkn segala urusan..

    ReplyDelete
  6. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. :-)

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih