image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Applecrumby & Fish Malaysia's


Bagi yang ada baby atau anak-anak kecil memang sesuai untuk ke laman web ni untuk beli barang-barang baby & anak-anak kecil korang :). Aku dah buat survey dalam ni tapi aku nak fokuskan pada mainan kanak-kanak.


Why mainan kanak-kanak? Sebab mainan untuk kanak-kanak pada usia kanak-kanak merupakan elemen yang penting untuk membantu dan merangsang perkembangan imaginasi kanak-kanak. Fuh. Kenapa? Sebab mainan yang korang bagi tu wujud secara maujud iaitu secara fizikal dan memudahkan kanak-kanak untuk membina pengetahuan yang senang untuk dikaitkan secara mental (imaginasi atau pemikiran) dan fizikal (bahan mainan).

Seperti seni. Seni kalau aku tengok ramai ibu bapa pandang ringan pada seni kan? Ibu bapa lebih pentingkan anak-anak merek mahir dalam bidang sains & matematik. Kalau lukisan semua tu ibu bapa hanya main cincai je. Maybe bukan semua, tapi kebanyakkan.

Namun sedarkah ibu bapa sekalian, bahawa seni itu merupakan asas kepada segala ilmu yang wujud didunia ini? Sedarkah ibu bapa bahawa segala simbol matematik, segala lukisan sains yang meliputi badan anatomi manusia itu memerlukan nilai seni, nilai artistik yang tinggi nilainya? Tidak lupa juga dalam Islam  menitikkan nilai seni itu kerana seni itu indah dan keindahan semuanya datang daripada Allah.

Kenapa aku bersemangat sangat meninggikan martabat seni ni? Sebab aku guru seni :) Hahahaa

Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. dik, join lah GA yg dorg buat tu.. pegi blog KongsiBersamaNora

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih