image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Tukar Header

Aku suka benda yang simple tak memening kan pandangan & kepala aku. Sebab aku tak suka rasa serabut. So kalau korang perasan header aku semuanya simple-simple belaka. So template aku pun aku tak berapa nak grand grand walaupun aku rasa aku sebenarnya boleh je buat yang berhias-hias tapi entahlah aku memang dari dulu suka je yang kosong kat belakang, senang citer biar dia blank white color as background.

Tulisan & lain-lain aku suka letak biar dia berwarna sket yang penting tak menyakitkan mata. Kalau ikut hati aku nak letak je muzik dalam blog biar blog berlagu-lagu, tapi masing-masing ada lagu yang orang tu minat & tak minat kan? Kadang-kala macam melambatkan loading page pun ader, so aku pun macam tak nak letak je.

Satu benda yang aku buang lagi ialah chat space or chat room ke amende yang dok tepi entri tu. Biasanya orang malas nak komen dia komen dengan chat tepi tu sebab senang. Tapi kalau ikut pengalaman aku, banyak spam dekat tepi tu, lagipun kan ada ruang komen dekat setiap entri? So why bother to put another comment space? Rasanya yang macam tu pun akan melambatkan page loading.

Aku suka letak gadget yang aku rasa penting & patut diletakkan je. So bila page kita loading, takde memakan masa yang banyak sampai orang yang tunggu pun rasa fade up. Korang kena faham juga, dah lah tenet kita ni tak laju-laju, nanti letak banyak sangat benda yang kene loading memang sah-sah orang pun malas nak tengok dah. ahahaha


Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih