image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Software Edit Yang Free Tapi Mantap!

Ada tak mereka yang suka nak design kad atau banner tapi tak tahu nak design guna software apa dan nak dapatkan di mana? Kalau boleh nak dapat free sebab bukan saje nak tamak dapat benda free tapi sebab belum ada kemampuan nak beli dan nak guna bukan secara profesional? 

Aku pun nak kata dapat jana pendapatan online memang belum lagi ada kemampuan begitu. Tapi aku masih memerlukan software yang baik dan berkesan paling penting FREE supaya aku dapat buat banner atau gambar ikut apa yang aku nak. 


[Taken from GOOGLE IMAGE]

Contohnya seperti header aku. Header aku ni aku buat menggunakan software online yang dibuat secara percuma. Korang boleh tengok di PicMonkey.com dimana dia menyediakan pelbagai bahan yang boleh digunakan secara percuma untuk digunakan. Sebahagian daripada bahan tu anda perlu beli atau sebenarnya menjadi pelanggan. Jadi rasanya yang percuma itu pun sudah cukup cantik & kalau korang cukup kreatif untuk mempergunakan yang percuma itu dengan modified ikut rasa, memang akan jadi mantap juga design korang tu. :) 

Yang penting korang tak rasa takut atau malas nak buat explorasi. Jangan takut untuk mencuba dan bertanya. Yang penting jangan malas untuk belajar perkara baru :)




[Taken from GOOGLE IMAGE]
Seterusnya ialah Photoscape atau kalau dekat Mac nama dia PhotoscapeX. Yang ni korang kena download daripada internet. Taip je photoscape download ke atau mana-mana ayat yang korang rasa sesuai tinggal klik download je. Pengalaman aku takat ni bab download photoscape dekat laptop masa guna window sampai guna mac ni takde masalah. Takde benda atau virus yang akan datang merosakkan apa-apa benda kecuali korang download benda yang salah atau dekat laman yang tak betul.

Sini aku bagi laman yang aku biasa download dan korang cuma tinggal tekan download je. Korang boleh klik SINI ataupun di SINIii.


[Taken from GOOGLE IMAGE]

Oke so software yang seterusnya ialah Adobe Photoshop CC. Aku yakin ramai yang tahu pasal Adobe Photoshop ni kan? Ada yang tahu dan tahu pakai. Ada yang tahu tapi tak tahu pakai. Yang tak tahu pakai ni mesti sebab takut susah atau ada tapi tak reti nak pakai kan? Macam yang aku cakap. Korang kena berani nak explore, kalau bab takut bahasa Inggeris korang tak payah risau lah sebab semuanya bahasa mudah, takat ni aku tak jumpa lagi dia guna bahasa Inggeris yang susah giler, lagipun dia tak guna ayat, dia banyak guna satu-satu perkataan...Jadi bagi aku tak salah kalau korang rujuk kamus untuk faham maksud perkataan yang korang tak faham dalam adobe photoshop tu. ehehe

Walau bagaimanapun... Untuk Adobe Photoshop ni korang cuma boleh dapat trial 30 hari je daripada laman Adobe. Boleh beli tapi kalau korang jenis pakai persendirian & jarang-jarang maybe tak berbaloi kecuali korang ni jenis ada banyak duit atau nak selalu guna. Kalau korang rajin boleh search untuk Adobe Photoshop yang ada crack code. Dalam erti kata lain yang ada hack formula. ehehehe

So takat ni tu je yang aku boleh kongsi dengan korang. Semuanya berdasarkan apa yang gua ada guna & pengalaman sendiri.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih