image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Full Day

Hari ni bagi aku merupakan hari yang penuh dengan aktiviti yang buat aku rasa ok dan agak bermakna sangat. Kenapa? Sebab hari ini aku telah menduduki kertas exam yang terakhir sebagai pelajar di dalam Institut Pendidikan Guru Malaysia. 5 tahun setengah akhirnya akan berlalu dalam masa beberapa hari lagi maka tahun depan bermulalah aku dalam hidup ku ke alam pekerjaan dengan pikulan tanggungjawab yang besar sebagai guru.

Hari ni juga sebenarnya genaplah masa 24 jam aku tak tidur. Beberapa hari ni tidur agak terganggu semalam tak dapat tidur langsung dan berjaga sehingga ke pagi. Awal pagi jam 8 pulak sudah bergerak ke bandar yang memakan masa 40 minit untuk ke pos office. Untuk apa? Untuk pos kan hadiah giveaway yang aku sponsor semasa aku masih menggunakan blog lama aku. Walaupun agak rugi juga jadi sponsor sebab tukang buat giveaway tu tak nak tukar link ke blog baru tapi takpe lah...Maybe dia ingat aku nak minta tukar dekat kod sekali? Atau dia jenis berpendirian tetap? Yang pasti aku rasa maybe semua tu, masa tu, ketika itu bukan rezeki aku untuk orang follow.

So aku ada sponsor juga untuk
"Giveaway Super Duper Awesome By Jaja"
Kalau korang tak keberatan silalah join GA itu :) & kalau ikut blog lama... ini merupakan GA ketiga yang gua berpeluang untuk sponsor dengan happy :). But since this is new, aku nekad bermula semula dari bawah dan cekal kan hati untuk meneruskan perjuang dalam berblogging.

Since esok sebenarnya aku ada kursus & kursus tu tajuk macam best, macam menarik & kepala aku pun dah macam ringan belon je...Aku better tido sebelum aku sakit. Ahahaha...Good Night Good People!

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. seronok rasa bila dah habis belajar kan? tapi nanti dah kerja asyik teringat-ingat betapa seronoknya jadi student ;)

    jemput join >> http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

    ReplyDelete
  2. singgah malam Jumaat, blog baru rupanya , yang lama dah tinggallah ye, kena start all over again kan..best of luck :)

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih