image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Aku punya harapan

Kadang kadang emosi aku stabil. Kalau tak stabil tak bermaksud aku jadi gila. Tapi begini. Kalau aku sudah gembira aku gembiralah sepuas-puasnya. Kalau aku sedih memang aku sedih sesedih sedihnya..Bahaya jugakan perasaan macam tu? Hidup kita ni memang ada tinggi ada rendah kan..Mungkin ada yang maintain garisan lurus sebab dia tak buat apa-apa mungkin....

Aku jenis yang pegang prinsip kalau kau tolong orang, orang akan tolong kau balik. Kiranya aku ni jenis yang pandai expect. Aku expect orang tu kalau aku baik sama dia, dia akan baik sama aku. Tapi tidak. Hidup bukan begitu. Hidup ni kita tak boleh harapkan orang lain menjadi seperti apa yang kita mahu.

Masing-masing ada cara & kemahuan sendiri. Bila kita baik sama orang tu tidak bermaksud kita boleh mengharapkan orang itu agar terbentuk mengikut apa yang kita mahu. Sebab? Sebab orang itu adalah orang itu dan aku adalah aku. Aku tidak boleh suruh orang itu jadi aku, dan orang itu tak boleh nak suruh dia jadi seperti orang itu.

Kadang kala kita terlalu mengharap sehingga harapan kita itu menyebabkan kita rasa kecewa. Kita menjadi kecewa dan menyalahkan orang lain padahal kita yang meletakkan harapan dan sebab harapan tak sampai kita kecewa. Ada pepatah mengatakan, kalau kita tidak meletakkan harapan maka kita tidak akan kecewa. Sebenarnya aku tak setuju...Harapan yang menggerakkan kita, dan kecewa itu akan ada cuma kita perlu faham yang kecewa itu boleh kita perbaiki agar sampai ke apa yang kita harapkan.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih