Tips Budak Baru Darjah 1

January 04, 2018

Hah. Ini aku nak bagitau.
Pada sesapa yang tak tau aku ni keje apa, aku ni actually cikgu. Hahaha
Suprise tak?
So aku nak bagi tips kat sini, apa yang korang sebagai ibu bapa boleh buat jika korang ada anak yang baru masuk tahun 1 tak kiralah tahun ni ke, tahun depan ke, dua tahun yang akan datang ke๐Ÿ˜…
Yang penting aku kongsi, sebab aku nampak betapa berkesannya benda yang aku nak share ni untuk anak-anak korang & untuk kebaikan anak-anak korang semua.

Tips 1: Kalau anak menangis jangan layan
Yang ni bunyi macam kejam kan? Tapi bukan lah maksud aku terus korang tak peduli. Maksud aku, kalau cikgu dah mula masuk kelas tu, korang boleh lah terus hilang dari pandangan anak yang sedang menangis tu. Probably korang rasa kejam, bersalah, tak bertanggungjawab dan sebagainya kan?
Tapi percayalah, bila korang dah balik, anak korang kat kelas dah lupa apa sebab dorang perlu nangis, lepas tu secara automatik dia akan stop dan perlahan lahan join aktiviti dalam kelas. Budak tahun 1 kelas aku, sehari je dia nangis. First day tu apa aku buat? Aku suruh semua ibu bapa balik dan jangan risau ahahhaa. 

Tips 2: Jangan layankan kemahuan anak sangat
Aku respek dengan seorang ibu budak kelas aku ni. Dia tak menangkan anak dia. Pasal apa? Dia tahu anak dia jenis yang susah nak adapt sebab waktu tadika kelas tak ramai, pastu masa belajar tak lama macam kat tahun 1. So budak ni akan bagi alasan dia demam atau sakit kepada & nak balik. Mak dia masa ambik dia private talk dengan aku, dia kata maybe dia stress dia tak biasa dalam kelas, so aku paham lah apa maksud dia. So next day dia buat benda sama, nangis cakap sakit kepada. Aku pujuk, aku bawa masuk kelas aku bagitau dia nanti kejap lagi dah nak balik. Pasti dia ok. Hahaha Main main sakit plak dia ni.

Tips 3: Bantu anak buat kerja sekolah
Aku ada group whatsapp ibu bapa semua. First day aku pesan, dorang kena bantu anak dorang. Bukan sebab aku malas nak bantu, tapi serius kalau ibu bapa semua harapkan cikgu je, anak korang takkan dapat pegi jauh apatah lagi kalau jumlah murid lebih dari 30 orang. Dengan pelajaran yang semakin advance, tambahan bahasa Inggeris ikut silibus eropah bagai, korang sebagai ibu bapa nak tak nak mesti tolong anak korang kat rumah & kat sekolah juga.

Tips 4: Ajar anak bertanggungjawab
Anak lupa buku, jangan whatsapp cikgu suruh cari. Bukan cikgu tak nak cari, nanti anak korang sampai bila-bila jadi orang yang harapkan cikgu nak cari barang yang hilang. Ibu bapa anak murid aku, aku pesan macam tu. Ajar diorang bertanggungjawab, kalau tinggal ke hilang bagi pengajaran so next time dorang tak buat benda yang sama. Jangan menangkan anak-anak demi menjaga perasaan mereka sekarang, tapi ajar mereka supaya mereka senang di masa hadapan.

Tips 5: Jangan bagi duit saku terlalu banyak
Dekat kantin tu makanan tak lah sampai harga Rm5 sepinggan kan. Jadi tak payah nak bagi banyak banyak duit, kecuali memang kantin tu jual makanan harga KFC, aku tak boleh komen lah. Hahaha

So, ini 5 tips yang aku lalui sendiri. Yang aku nampak perlu di amalkan kepada anak-anak darjah satu ni. Sebab apa? Sebab apa yang dorang berjaya amalkan pada tahun 1, dorang pelajari pada tahun 1, dorang biasa pada tahun 1, akan menjadi diri dorang sehingga ke tahun 6 nanti. Ingat, tiada cikgu yang nak anak murid dorang jadi anak yang tidak baik. Tapi nak harapkan cikgu je kat sekolah untuk membentuk anak korang adalah mustahil. Untuk bentuk anak jadi yang terbaik, mestilah daripada ibu bapa dan guru kat sekolah. 

2 comments:

  1. banyak mak ayah suka teman kan anak kat kantin.alasan nak tolong beli takut anak bagi silap duit..Hhahaha..padahal makcik kantin tu tau la berapa budak tu bayar dan berapa dia kena pulangkan baki..Kesian makcik kantin tak pasal2 ddianggap kaki paw budak..hahahah

    ReplyDelete
  2. Tips no 1 tu memang sangat berkesan.. Bukan kejam tapi kena hati kering.. Kikiki.. Sha buat camtu lah untuk yg no 2..tapi taklah balik terus.. Usha sembunyi-sembunyi.. Dia tak nangis tapi berdrama je.. Hehehe..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih

Powered by Blogger.