Skip to main content

WAJIB BACA!

Mek Zumbie 2k18 Giveaway

๐Ÿ™…END๐Ÿ™…
Hah kini aku kembali lagi dalam Mek Zumbie 2k18 Giveaway. Hahahha.... Kemungkinan besar, aku sorang je yang macam excited kalau buat GA ni. Hehe Tapi takpe. Aku tak nak ulas panjang-panjang, so korang baca aje apa yang patut. Hehehe
Syarat-syarat Mek Zumbie 2k18 Giveaway 1. Biasanya mesti follower la kan kalau nak menang? Hehehe tapi aku tak tekankan sangat, cuma aku harap yang join ni follower la. Hahhaa๐Ÿ˜
2. Entri mestilah mempunyai banner Giveaway yang di-link kan ke entri ini.๐Ÿ˜ฌ

3. Wajib buat entri tentang satu hadiah mana yang korang nak. Supaya kalau bertuah memang hadiah tu lah korang dapat.๐Ÿ˜…

4. Wajib bagi link entri anda yang berkaitan di ruang komen entri ini sahaja. Kalau korang post komen kat entri lain dikira batallah kan sebab aku pun tak tau mana korang post hehehe๐Ÿ˜œ
5. Sila sertakan sekali email yang boleh dihubungi supaya kalau anda menang, senang nak contact terus direct tanpa aku risau aku tak boleh nak contact korang. Kalau takde email, aku anggap la korang…

Claim Flight Airasia Yang Delay

Okay. Selama ni aku beli tiket. Baru aku perasan benda baharu yang Airasia dah buat.
Kalau kapal terbang delay lebih sejam dah boleh hantar borang claim. ๐Ÿ˜…
Itu pun ada syarat dia ni hah.


Kalau kita beli value pack dia ada extra tang Insurance by Tune Protect.

Kalau tak beli value pack macam takde pula aku nampak benda ni๐Ÿ˜•. Yang ada just travel insurance. Travel insurance tu benda lain ok, tak sama dengan yang ni.

So apa aku nak cerita pasal Insurance yang baggage dengan lembap lambat sejam neh. Haaahhhh Panjang ceritanya dik oiiii... Terpaksa  aku pendekkan.

Alkisahnya aku terbang ke KL from Sabah. Flight aku patut jam 6. Pastu dia delay sampai jam 7. Maka patut aku sampai jam 9 lebih kan. Maknanya aku sempat kejar bas yang telah disediakan untuk aku & rakan lain lain dari tempat lain yang sampai kat KLIA tu.

Tapi....Sebab dah delay ke jam 7. Maka officially termiss la aku bas itu. Kalau siang, aku tau boleh naik bullet train and ktm and watsoever yang murah sikit. Sebab dah malam.... Haahhh situ timbul masalah.

Aku ni dah lah takde sape sape kat KL tu. Ader lah kawan. Tapi mana nak cari yang nak ambik ko free pastu hantar ko ke Bangi free ๐Ÿ˜Œ. Aku kalau tempat aku aku sanggup. Tapi orang yang sanggup macam aku, aku tak jumpa lagi. (bukan nak membongkak. Tapi ada insiden yang memang buat aku cakap macam tu)

So grab. Yes. Grab. Itu pun dengan member kononnya. Aku tak berani lah nak naik grab ke uber malam-malam pastu dengan yang aku tak kenal, tempat yang aku tak tau. Walaupun aku ni tak lawa, tak seksi dan tak menawan. Tapi nafsu setan ni mana kira semua tu kalau dah jumpa lubang๐Ÿ˜จ.

So since aku pun penat. Aku yes kan aje. And aku bayar extra dekat member yang menghantar tu. Berapa biarlah antara aku dan yang menerima ahahhaa

Lepas tu dah tau boleh claim. Aku claim lah. Dia ada link sama ada nak claim secara online atau pos. Mestilah aku buat secara online. Hehehe Lepas tu boleh claim 2 kali terus. Sekali masa nak pegi KL delay sejam. Sekali masa nak balik Sabah  lebih dari sejam.

Kalau tak silap macam dia bayar Rm100. Aku sekilas pandang je tadi. Tapi belum confirm lagi lah. Tunggu keputusan & tunggu claim masuk. Kalau ada alhadullilah rezeki, boleh lah kongsi dengan orang lain lagi. Kalau tak dapat pun alhamdullilah, mungkin Allah tolak siap-siap cash atas kekurangan  dalam tugas aku atau tindak tanduk aku. Hehehe

Comments

  1. Hello, hope boleh follow balik untuk lihat produk ekzema.Kalau boleh share kepada mereka yang ada masalah Ekzema. TQ.

    https://tipsrawateczema.blogspot.my/

    ReplyDelete
  2. Owh.. Boleh claim eh kalau delay.. Baru tau.. Nice share mek..

    ReplyDelete

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih