image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Booking.Com review & Han Palace Hotel Semporna Review

So Selamat Hari Raya semua :)
Maaf Zahir & Batin sebab dah lama tak update blog. Huhuhu
So kali ni sekali update terus aku nak update pasal Booking.com & Hotel kat Semporna yang aku stay, which is Han Palace Hotel dekat Semporna, Sabah.


So for this raya aku beraya dekat Semporna bersama dengan keluarga angkat daku dekat sini.
So memandangkan aku rasa malas nak booking cara call, maka aku booking melalui Booking.com.
Apa yang best? Aku rasa bilik yang dia offer memang senang nak banding & aku boleh cakap lah murah. Ini review untuk booking bilik hotel melalui Booking.com.

Tapi walaupun macam tu, since aku agak tau selok belok Semporna ni, actually ada beberapa tempat tinggal atau hotel yang tidak berada dalam senarai Booking.com, so aku rasa lah kan, boleh lagi kot dorang update hotel-hotel lain.

So next is about Han Palace Hotel Semporna. Antara sebab kenapa aku pilih hotel ni, sebab dia bukan betul-betul dekat pekan. Kenapa? Sebab pekan Semporna selalu jem & susah nak cari parking & kalau dari hotel ni senang nak pegi rumah keluarga angkat aku.

So now about Han Palace Hotel.
Bilik? Aku pilih katil besar, sebab aku tak suka stay bilik kalau aku sorang ada 2 katil. So bilik yang aku dapat memang ikut yang aku ambil. Ader aircond, ader TV everything is there.

Tapi.

TV boleh on tapi tak boleh nak tengok pun. Entah skrin rosak ke aper. Bilik yang dia bagi line tenet aku tak boleh langsung. Seriusly terus macam dalam kotak je aku rasa, sebab line tenet hotel tu sendiri tak boleh nak connect. Lepas tu entah, I think bilik tu macam ada bau, tapi bila dah masuk macam takde. Kalau baru masuk baru rasa ada bau. Bila dah masuk macam xde gitu. Pelik ahhaa

So kira next day malam baru aku pegi request untuk tukar bilik. Why next day, sebab siangkan aku takde dalam bilik, malam kedua baru aku rasa macam penjara kotak ahahaa.

So the good thing about hotel ni, dia pindahkan aku ke bilik baru. Bilik tu haih... number bilik kat pintu which is plat number tu. Bilik yang dia bagi aku takde plat. Main tulis pula. Lock macam problem. Masuk je okay la...atleast ok.

Kiranya, stay aku untuk first time kat Han Palace Hotel ni aku agak kecewa. Dulu aku pernah datang, sebab bawa kawan dari Canada duduk sini. Masa mula-mula masuk tu aku rasa ok, tapi since aku tak stay sendiri maka aku tak boleh komen lebih. Kali ni bila aku sendiri stay aku rasa kecewa. Aku tak tau memang bilik dia macam ni mengecewakan ke, atau sebab aku booking dari booking.com dengan harga murah, so dia bagi bilik pun ikut harga murah. Is it like dat?


Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. report kat Booking.Com.. last time kami book pegi Cameron ttb sampai sana booking tadak. terpaksan masuk hotel lain yg lagi costly. Booking.com bayar balik compensate. at least kalo ngadu sana dia blh pi cubit2 sket hotel tu..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih