Search This Blog

Monday, April 3, 2017

ZALORA- Berhantu kah dia?



Apa masalah dengan gambar ni?
Masalahnya ialah, aku baru order dekat online, benda dah ada kat sebelah.
Zalora ni pakai jin kah?

Hahaha okey. Actually bukan la. Aku saja buat drama. Tu hah. Aku order bag. Besar giler. Memang sesuai dengan tujuan aku order bag tu hah.

Actually kan aku dah start kuliah. Aku ni jenis suka pakai backpack. You guys tau yang macam budak sekolah tu. Tapi bila dah start jenis baju kurung atau whatever baju xda poket ni, memang wallet pun letak dekat dalam bag bersama-sama dengan duit sekali.

So apa motif cerita? Setiap kali aku nak membeli bagai kena buka bag pusing bag which is memakan masa & menyusahkan aku pula nak korek-korek dalam bag ahaha (dasar pemalas aku ni nak kerja senang aje). So atlast? Aku beli lah beg tangan yang boleh buat laptop aku sekali.

Ada handbag aku. Tapi kecik. Muat-muat aje sebuah novel. Maka aku bukannya perlu novel ke kuliah pon😅.

So order barang from ZALORA takat ni memang tak pernah lagi mengecewakan aku. Kecuali part baju lah. Ada gak aku kecewa 2 kali camtu. Hahaha Tapi kalau ada 10 bintang? Aku boleh bagi 9 bintang. Hahahaa

Itu je pun aku nak cerita. huhuhu...