Search This Blog

Tuesday, November 29, 2016

Nak Atau Tak Nak

Sejak aku pakai laptop Mac memang terus aku lebih guna gadget jenama Apple. Walaupun mahal tapi rasanya berbaloi. Jadi kalau nak beli memang beli ikut yang betul-betul nak pakai seperti laptop & henpon aje lah.

Kalau ikut hati memang nak beli ipad. Tapi kegunaan ipad macam takde kat situ sebab aku ni walau macam mana pun memang lebih suka guna laptop.

So. Aku punya first laptop Apple Macpro keluaran 2011 masih aku guna sehingga sekarang. Tapi dah upgrade lah. Upgrade sendiri sebab version aku ni kita boleh upgrade sendiri. Kalua jenis Macbook dengan Macbook Air aje, yang tu dia fix dan korang tak boleh atau tak dapat nak upgrade isi dia.

Maksudnya, kalau hardisk rosak memeamng rosaklah cerita dia. Tapi untuk Macbook Pro kalau rosak satu benda masih boleh replace, tapi masalahnya meamng mahal sebijik laptop Macbook Pro ni.

So maybe aku akan review Macbook Pro yang terbaru ni. 

Dia ada dua version, satu yang takde touch bar, yang satu pula ada touch bar. Nampak tak yang colour dekat keyboard tu? Hah itu la touch bar nye. Korang boleh play video sorong tolak aje dengan jari. Kalau ikut keupayaan orang yang mampu, walaupun fungsi tak berapa maybe boleh test beli. Dan sesuai untuk orang yang memang pro buat video & kerja utama tukang buat video sebab lebih senang.

Tapi untuk aku & ikut kemampuan aku. Aku cuma boleh beli yang takde touch bar.


Satu aje yang tak bestnye tentang mac baru ni ialah diorang dah kurangkan lubang-lubang yang ada pada laptop tu. Kalau sebelum ni ada 8 lubang kalau mac aku sekarang. Yang terbaru pula hanya tinggal 3. Maksudnya, salah satu lubang atau port penting iaitu untuk USB pun takda.

Ertinya, memang kena beli lagi sambungan untuk USB port. Untuk aku, aku rasa kebaikkannya memang segala habuk payah la nak masuk lepas ni, kalau jenis besemut pun takde nak risau hahahhaa...

Aku memang kena beli laptop baru. Tapi still not sure nak beli ke tak yang version baru ni sebab port USB ni bagi aku sangat-sangat penting. Nanti jumaat, InsyaAllah aku pegi test dekat outlet Apple dulu. huhuhu.....

Sunday, November 27, 2016

Bila Barang Baik Sudah Sampai- BAE BB Cushion


Kan aku ada cerita pasal AKU BERSANGKA BAIK dekat entri latest tu. Actually benda yang aku order tu dah sampai waktu hari Jumaat hehehe. Lawa aje packaging dia tau. Kemas, comel & aku boleh cakap rasa berkualiti.

Waktu aku ambik tu aku masih kat sekolah lagi bekerja macam biasa. Walau budak cuti sekolah cikgunya sebenarnya bekerja seperti penjawat biasa.

Lepas tu aku ada test juga kejap dekat sekolah. Aku kan selalu suka lepas dengan kerani sekolah aku dekat ofis dorang. So bertepek aku di sana sambil cuba try test BB Cushion ni hahaha. Respon dari dorang aku nampak lawa. Lepas tu mata aku ke atas sambil senyum lebar. Hahahaa

So balik rumah aku pun cuba lagi.


Serius lawa beb.
Rasanya ini produk bedak muka BB cream ke apeke mende yang aku puji berkesan.
Kulit aku ni kan kulit mak datin sikit. Cerewet sangat walaupun tak lawa ahahhaa.
So bila pakai BB Cushion ni kebaikan dia ialah kulit nampak putih but still dia nampak naturally looks like that.
Maksudnya macam tak nampak korang pakai bedak kat muka tapi sebenarnya ada & korang nampak flawless.
Korang tau tak bedak yang korang pakai and then macam dia bergumpal-gumpal dekat mana-mana bahagian muka yang dia suka la ahaha. Yang ni xde macam tu. Aku tau sebab sebenarnya aku suka cuba test produk muka bedak-bedak foundation concealer bagai ahahha

So sape rasa-rasa tiba-tiba tertarik nak cuba try test beli, boleh la pegi page dia kat Instagram ni hah...Hehhehe




Saturday, November 19, 2016

Bila Terlalu Bersangka Baik aka Meletakkan Harapan XD

Aku ni selalu cuba nak bersangka baik. Actually bila fikir baik aku ni sebenarnya suka meletakkan harapan. Harapan itu mesti lah yang baik-baik kan? huhuhu

So cerita yang latest pasal aku pasang harapan ni bila aku nampak satu benda ni dekat Insta Stacy.



Aku tengok dia punya video masa pakai pun syiok juga. Terus nampak betul-betul flawless. Hehehehe.
So dekat muka surat ini juga aku ada komen sebenarnya. 



Hahaha aku letak harapan kut kut dia nak bagi free bagi aku test cuba pakai. Sekali kena pm rupa-rupanya dia pm harga XD Hahahaha...

Ok la fine...memandangkan memang aku nampak and then aku tertarik terus. Jarang wey aku nak tertarik benda-benda kecantikan macam ni. Serius aku cakap sangat rare aku nak order apatah lagi beli barang mekap ni kecuali perlu sesangat. Ahahaha...

So, malam ni buat payment nanti dah sampai aku buat review. Manatau aku pakai best. Sebab aku ni kan cerewet sesangat. Huhuhuuuuuu

Friday, November 18, 2016

Hai November *edisi lambat


Lama juga Aku tak update entri ni.
Untuk bulan November ni macam belum ada apa-apa laga yang aka update kan?
Lepas kaki dah bebas simen hari selasa bulan lepas, terus aku start bekerja. Fuh"
Memang banyak kerja menanti dekat sekolah.
Sibuknya pula sampai ke hari ni baru aku boleh duduk kejap untuk update entri.
Manatau ada yang tercari-cari aku hehehe.