Search This Blog

Tuesday, September 27, 2016

Semua Hasil Tangan.

Well aku suka seni. Aku rasa seni ialah satu-satunya medium yang memberi kebebasan.
Dan seni yang sebenar tidak ada perbandingan. Maksud aku di sini, seni ni tiada istilah hasil dia lebih lawa or hasil dia lebih buruk. No such thing.

Kenapa?

Sebab suka dan tidak suka itu abstrak.

Contoh? Warna Pink. Pink ialah warna merah jambu dan merah jambu ialah pink. Tidak lebih dari itu, tapi manusia memberikan definisi kepada pink. Pink ialah warna untuk perempuan sahaja, pink bersifat lembut. Hakikatnya kita tak tahu pun apa definisi sebenar pink. Betul tak?

Macam dah jadi ahli falsafah seni kut. Hahaha

Sebenarnya nak share, hasil kerja tangan aku.


Kalau tak silap aku. Yang ni aku dah buat jenis yang ke7 atau yang ke8.
Sayangnya ada beberapa versi aku tak dapat nak simpan sebagai kenangan sendiri.



Walaupun hasil kerja aku ni diberikan oleh guru-guru besar, para menteri, dan beberapa guru dari Taiwan sebelum ini. Jauh dalam sudut hati aku, aku bangga juga sebab aku dapat berjasa kepada sekolah aku dengan trademark aku sendiri.

Kali ni memandangkan aku masih MC, aku cuma dapat sediakan dan sayangnya aku tidak dapat melihat mereka yang melawat tu nanti memakainya.


Rambut Aku Berguguran


Well hari-hari banyak betul rambut aku gugur. 

Waktu aku remaja muda dulu aku memang rambut aku jenis yang berguguran. 

Tapi sebenarnya bukan masalah besar pun sebab aku rasa benda ni normal. Sebab disebalik rambut aku yang berguguran tu, anak-anak rambut pun banyak yang sedang menaik. 

Bila aku kata menaik, memang serius menaik. Rambut aku ni jenis yang berdiri tau tak. So bila ikat bun ke, pony ke, anak-anak rambut tu terpacak sini sana. Lepas tu nampak macam tak terurus.

Aku rasa normal walaupun rambut aku banyak berguguran. Kenapa? Sebab rambut taku tak terjejas pun ketebalan atau kenipisan dia tu. 

Aku masih ingat lagi aku pernah baca. Rambut kita akan gugur sebanyak 100 helai sehari. Jadi normal lah. 

Benda ni tak normal bila rambut kita berguguran dan rambut kita semakin menipis atau meninggalkan kesan patch. Maksud aku kalau macam dia jadi bertompok-tompok. Hah itu memang kena bagi perhatian sebelum makin teruk.

Tapi bila rambut berguguran tapi dia takda effect contoh rambut still sama, takde kesan patch atau anak-anak rambut masih kelihatan, then its normal. Lain orang lain effect dia. Macam aku, rambut aku suka merenew kan sendiri. Ada orang dari kecil rambut dia itu, itu juga. Hahaha





HONOR 8 - Lazada Cari Pasal Lagi!


Lagi sekali Lazada buat kecoh. 
Memang suka dia nak bagi hadiah henpon kan?
Hari tu bagi Iphone7.
Kali ni bagi Honor 8.
Suka buat orang excited.
Korang tak excited ke? Hehehee

Sunday, September 25, 2016

Seqy Beauty



So. Ada tak yang tak tahu product SEQY BEAUTY lagi?

Sebenarnya produk ni hmm...dari last year kalau tak silap aku.

Pengasas dia pun asal blogger juga.

Tapi bukan nak cerita pasal pengasas atau blog dia la. Hahaha

Ni nak cerita pasal kenapa aku boleh pilih pakai produk dia dalam banyak-banyak produk yang lebih gempak bin ajaib.

Nak dijadikan cerita. Muka aku ni dari zaman remaja memang subur dengan jerawat. Sebab aku seorang wanita yang paling suka berjemur, kalau setahun memang sekali dua tiga kali akan sunburn sebab telebih berjemur.

So macam kira sampai aku umur 20 pun sama gak ceritanya, memang aku suka pada matahari dan suka berjemur dan menyebabkan memang aku agak berjerawat.

And then one day aku tengok Tabita. Masa ni Tabita memang seriaauuuu, banyak peminat dan aku pun salah seorang yang terjebak dengan Tabita.

Tapi serius pakai Tabita muka jadi felolesss...Ada sebiji jerawat 2 3 hari konpem muka feloless kembali. And then sampai satu tahap dalam tahun tu juga, aku stop pakai Tabita sebab aku rasa okey and try to pakai yang jenis soft sikit seperti Johnson baby.

And memang betullah, pakai Tabita memang lepas tu jerawat macam balas dendam. Serius pipi aku je tau, pipi aku penuh jerawat merah, panas, besar dan sakit. Bermula daripada satu buji jerawat, dari pipi kiri sehingga ke kanan. Tapi aku tak boleh salahkan Tabita sebab masa tu kebetulan aku termandi air perigi yang bertanah. So maybe nasib aku tak baik ke apa la kan?

So akhirnya muka aku getting better. Pengajarannya di sini? Walau apa pun yang berlaku, korang kena laluinya dengan sabar dan redha.

Lepas tu, memang lama aku macam terkapai-kapai mencari pencuci muka yang sesuai. Sebab apa? Salah satu sebabnya muka aku ni jenis pemilih tak sedar diri. Kalau pencuci muka tu aku tak sesuai, atau krim tu aku tak sesuai. Tak payah tunggu besok, pagi sapu, petang-petang tu akan ada keluar sebiji jerawat yang agak besar atau kecik, hah...itu petanda kulit muka aku rejek.

So sampai aku jumpa balik akak pengasas produk ni punya blog. And then aku dapat tahu dia ada keluar produk ni aku take risk to try. Memang aku sesuai. Cleanser dia aku sesuai. Serum dia aku sesuai juga. Tapi krim siang malam dia ni macam kulit aku rejek. So fine, memang tak pakai lah.
Tapi dah terbeli, sooo......hmmm...

Tapi benda macam ni normal la. Kulit kita ni sebenarnya kadang kala berkesan dengan produk yang berbeza. Maksud aku, mungkin pencuci dari brand A, krim dari brand B, lepastu maybe dia punya yang lain-lain dari brand C,D,E hehehe...

Aku ada satu tips lagi untuk nak benteras jerawat kalau ada tanda-tanda awal. Iaitu Tea Tree Oil. Yang tu korang boleh sambung di >>>>>>>>  SINI  <<<<<<<<<


Friday, September 23, 2016

Beauty Box Giveaway by Sally Samsaiman! - EDISI RAHSIA AKU TERBONGKAR

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

Tengok tajuk giveaway pun memang aku dah tertarik. Kalau dah namanya beauty box, memang isi dia tu isi produk kecantikan la kan? Takkan lah pula isi dia gambar kut? Hehehhe

Lepas tu baca syarat senang je, follow aje, ikut aje, buat aje apa yang perlu dilink kan.

Sekali dalam syarat ke 7. Habis.......Terbongkarlah rahsia aku selama ini.
Aku. Dengan sedikit segan, sedikit sedih dan sedikit excitednya. Nak bagitau, aku selama ni, even nak pegi kerja aku tak pernah pakai mekap.
Serius, bare naked face. Telanjang benar muka aku, tak kira pegi kerja ka, pegi shopping ka, pegi bershopping ka, pegi majlis kawin ka nikah ka. 

Ouh...Ada satu aje majlis aku bermekap. Sebab wajib bermekap. So tahun ni kiranya aku bermekap sekali aje la. Hahahah...

Tapi disebalik aku tak bermekap tu, aku sebenarnya cuma pakai satu benda aje sebagai penyeri wajah ku yang tak berapa nak berseri. Iaitu lip gloss yang pandai berubah warna tu. Ala...Tau kan? Kalau kita pakai dekat bibir terus dia automatik jadi merah kemerahan tuuu....

So untuk memenuhi syarat ke7. I guess Im gonna be honest. Sebab memandangkan aku pun tak seberapa ada pengalaman dengan brand. Aku cuma boleh cakap....

Wishlist produk aku ialah foundation yang waterbase, bersifat natural sikit, tahan lama, berkualiti dan seronok dipakai.

Tak lebih 20 patah perkataan, Hahaha. So begitu lah rahsia aku, berumur 25 tahun pun pakai mekap setahun hanya sekali. Thank you. 

P/S Pilih la aku jadi pemenang ye. Hehehehe



Thursday, September 22, 2016

Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari

[klik banner untuk join]


Heh tarikh last 23 September tuuu. BESOK!
Sempat lagi ni kalau nak join ke Jepun. Eh bukan...Sempat lagi kalau nak join GA Jepun Mari, hehehehe

Rasanya tak rugi korang join sekali dengan aku, even kalau tak menang tudung, manatau sempat di sisipkan masuk dalam bloglist. Kan?

Meh join sama.

Reaksi Bila Tak Menang iPhone7 Dari Lazada.

Taniah kepada yang menang. Untung benar dapat guna iPhone7 percuma. Hehehe
Kalau tengok Instagram dia yang menang ni pun sebenarnya berbaloi juga, sebab nampak kesungguhan dia di situ. Menarik lagi tu caption dia semua. Hehehehe


Wednesday, September 21, 2016

Gopro? SJ? Action camera?

Aku tengok video kan. Kalau drive kete ni aku rasa selamat lagi kalau ada pasang video recorder atau perakam. Bukan apa, aku rasa apa-apa yang berlaku atleast kita ada bukti sama ada bukti utk bantu orang lain atau mungkin diri kita sendiri kan?

Aku sebenarnya dari aku ada kereta lagi aku nak beli. 
Tapi lama aku tertangguh sebab urus benda lain dan sebab aku masih belum buat keputusan nak guna jenama dan jenis recorder yang mana satu. 

Lagipun, sekarang ni, dengan keadaan aku punya recovery kaki bersimen, yang tu korang boleh baca sini, sini dan sini. Lepas tu, memang dah nak dekat sebulan lebih aku tak driving, so aku rasa macam sesuai kot masa ni nak cari maklumat tentang perakam yang sesuai untuk diletakkan dalam kereta kan?


Aku ni membeli kadang kala bukan tengok harga je. Aku tengok kualiti dan apa benda tu mampu berikan kepada aku dari segi fungsi. 

Dan aku ni memang cepat explore gadget, tak kiralah kamera ke, henpon ke, laptop ke. Kalau sampai ke tangan aku, memang terus aku dapat explore dengan mudah dan cepat. Mungkin itu kelebihan aku dalam mengenal gadget, biasanya memang cepat aku mengenali sesuatu gadget itu tanpa masalah. hehehehe

Tapi masalah bila aku dah terbeli dan aku jumpa lebih banyak kelemahan berbanding kelebihan. Itu memang biasanya aku akan terus bagi orang atau jual as secondhand dengan harga murah walaupun baru. 

Sebab tu aku selalu beli sesuatu yang aku rasa nak pakai lama, dengan teliti dan sebaiknya. Iyelah...Takkan main hentam beli aje kan? 

Review Pemenang Segmen - ayuinsyirah.my


Blog ayu ikut standard blog yang biasa. Tapi sebenarnya walaupun biasa blog macam tu nampak kemas. Macam blog ayu aku suka tengok sebab even though dia macam format blog biasa tapi dia nampak kemas dan ada touch up ikut personaliti diri yang menjadikan blog itu sebagai blog dia. Heheheee

Sesuai dengan nama blog ayuinsyirah.com, tema blog dia ni berbunga-bunga, dan mungkin ada yang fikir dia ni ladies. Jangan tertipu dengan bunga-bunga si dia itu. Disebalik bunga-bunga itu sebenarnya pemilik blog ini ialah wanita yang tegas dan aku rasa mesti mempunyai pendirian tetap dan tahu apa yang dia mahukan dalam hidup especially dalam blog dia. Hehehe

Dah jadi macam pembaca pemilik blog pula. hahaha
Dalam mengetahui pemilik blog ni, korang boleh rujuk di satu bahagian yang Si ayu telah sediakan. Iaitu di bahagian kisah blog ayu. Hahaha...Nak tahu kat mana?


Hah..Cari bahagian ni, semua yang korang nak kenal ada di sini hehehe..


Monday, September 19, 2016

Review Pemenang Segmen - ciklapunyabelog.blogspot.my


Cikla punya blog ni ada sesuatu special yang aku belum jumpa lagi dekat mana-mana blog yang aku pernah terjah. Iaitu dekat bahagian "my status".

Aku harap Cikla boleh lah buat tutorial cara nak buat benda ni eh. Sebab aku rasa menarik sungguh. Hehehhe Sangat berguna pada pendapat aku.

Lagi aku suka entri Cikla dengan gambar besar. Tapi saya nak cadangkan supaya Cikla besarkan gambar kalau nak paling maksimum supaya guna original size. Kadang kala bila guna X-large dia akan tarik gambar melebihi saiz yang gambar tu boleh tampung, menyebabkan gambar nampak blurry. Hehehehe

Bagi mereka yang jenis biasa gadget sebelah kiri atau kanan. Blog Cikla ni berbeza sikit. Beliau letak gadget selepas entri entri beliau, so korang kena lah scroll sampai ke bawah bawah bawah.... hehehehe

Kalau korang rajin komen blog Cikla, jangan risau, dia ada sedia bahagian untuk penghargaan komen korang, siap tahu lagi sapa komen terbanyak hehehe, blog Cikla juga ada bahagian untuk komen yang baru komen. Hah...ni special sikit, maksudnya dia boleh tau sapa yang baru komen.

Satu kebaikan blog Cikla lagi ialah, Cikla banyak bloglist dalam kategori yang dia sendiri dah set kan. Jadi korang boleh tengok list ikut tajuk yang dia dah bagi, contoh ada bloglist yang untuk suka masak atau makan di bahagian bloglist resepi gitu. hehehee

Overall, blog Cikla ni ada personaliti sendiri. Dia ada style sendiri. Malah korang senang juga nak cari apa yang korang rasa nak mencari dengan mudah sebab blog dia agak tersusun. So, jangan lupa blogwalk ke blog Cikla dan tinggalkan komen yang paling banyak, agar dapat menduduki carta no 1. 
Hehehehe

Saturday, September 17, 2016

Bila Kesayangan Macam Tikus


Comel kan binatang aku. Hahahaha Benda kecik ni nama dia Sugar Glider. Itu je aku nak citer.

Review Pemenang Segmen - bondezaidalifah.com

So blogger ni pun aku suka blog dia. Hehehe :)
Latar blog ni putih. Dan bagi aku kalau putih memang senang nak nampak apa benda yang ada dalam blog itu. hehehe

Bagi aku, nama blog pun unik. Unik sebab walaupun perkataan tu bukan perkataan rare, tapi senang nak ingat dan macam sesuai sangat dengan pemilik blog dengan blog dia sekali. Hehehe..

Bagi aku, blog Bonde ni merupakan antara blog yang aktif juga. Isi kandungan pun banyak tak sama dengan blogger aktif yang lain.

Kalau beliau buat entry bergambar, aku suka bahagian gambar dia yang besar and clear. Hehehe Macam blog sebelum ni la yang aku cakap. Aku suka kalau gambar dia dah la lawa, besar pulak, so sedap mata memandang. 

Blog Bonde pun banyak iklan dan baru perasan beliau tak guna platform blogspot. Lepas ni aku pun plan nak independent. Tapi maybe kene tanya-tanya dekat bonde macam mana caranya hehehee

So jangan lupa blogwalk kat sini tau :) Mari kita sama-sama dapat manfaat dari Bonde. :)

Review Pemenang Segmen - sayidahnapisah.com


Okey so header blog ni comel. Hehehee

Memula masuk memang banyak benda dalam satu page. Teknik aku nak tengok blog tu mudah atau tidak ialah aku scroll sekali jalan dulu. Untuk aku kenalpasti sama ada aku dapat detect sekali pandang atau tidak apa kandungan blog itu.

Blog ni dari atas mula-mula ok lagi. Lepas tu bila dah turun aras 2 dia start banyak kotak and kalau perasaan sebenarnya iklan. Terus aku rasa macam ofis koporat, in a good way hehehee

Apa yang menarik ialah cara susun letak pengenalan entri-entri beliau.


Aku suka tengok style macam ni, tapi kalau pendapat aku baik ada garisan sebagai divider. Itu pandangan aku la. hehehehe

Aku tengok pun blog ni ada teknik SEO yang agak menarik. Aku jeles blogger yang pandai buat tapak iklan untuk disewa tu, sebab aku sendiri tak reti nak buat. Hahahha

Overall, blog ni menarik untuk korang datang and kutip ilmu. 

Friday, September 16, 2016

Lazada iPhone7 Contest.


Aku sudah. Korang bila lagi?
Bila ada yang nak bagi free jangan kita kata takda peluang. Hehehe
Kalau korang ada buat macam ni, peluang kita semua sama.
Yang lain-lain kita berserah kepada rezeki dari Allah.
Good luck tau :)

Best APPLE Service Kota Kinabalu, Sabah.

Well, since aku duduk Sabah so kalau any Apple Gadget bermasalah memang kenelah bagi Apple dekat Sabah kan?

Tapikan, kedai sini dia ada banyak jenis dan ada banyak cawangan. Cawangan yang aku tau dekat Kota Kinabalu ialah :
                  




Ini yang aku tahu la. Lain tempat ada tapi 4 tempat utama ni yang aku tahu dan aku pernah pergi. Dalam 4 tempat ni ada 2 tempat yang bagi service macam sampah. Why I said macam sampah? Sebab dia tengok pelanggan based on pakaian. Aku ni kalau keluar setakat nak beli satu barang aku pakai T-shirt jeans and flipper. Kecuali memang aku plan nak berlawa which akan pakai heels or anything yang aku rasa menarik tapi karang benar kak non oiiii....

Tapi itu bukan fokus utama di sini. Cerita sebenar ialah dua kedai Apple yang akan memberikan korang layanan kelas pertama walaupun korang masuk kedai tak rasa nak beli apa-apa. Which is Mac Borneo dekat Karamunsing Complex and Switch dekat Centre Point.

So kan bebaru ni aku cerita yang iPhone6s aku problem. Thanks to Apple, demi kepuasan pelanggan diorang tukar juga iPhone6s aku yang baru.


Yang kecik tu iPhone6s yang Apple ganti baru sebab masih under waranty. And yang besar tu iPhone6sPlus yang aku beli untuk kegunaan selepas terpaksa aku tinggal kan henpon kecik tu. 

Anyway, aku punya pengalaman dan cadangan lah kan. Kalau korang ada masalah iPhone in Sabah, better pegi Centre Point, jumpa abang hensem ni. Serious service dia profesional punya. Terbaik punya. Very good punya.


And then maybe kalau Mac yang bermasalah aku suggest you guys to go to Karamunsing Mac Borneo. Why aku bagi cadangan macam tu? Sebab macam tu aku buat. Hahahaha

Kenapa Aku Pilih Jenama Apple?

Well mula-mula sekali aku nak cerita pasal diri aku.

Aku bukan lah sorang manusia yang kaya raya, aku juga bukan jenis yang kalau aku nak benda tu terus aku dapat besoknya.

Aku pun macam korang juga, kerja dapat gaji kene tunggu dapat gaji dalam 2 3 kali baru boleh beli apa yang aku nak.

Jenama Apple. Ramai yang akan cakap jenama Apple ni hanya untuk orang yang berduit aje. Atau ada yang cakap "kau orang senang memang lah boleh pakai Apple".

Well mula-mula aku terjebak dengan Apple sebab laptop. Dan benda jenama Apple pertama aku pun ialah laptop Mac. Kenapa? Sebab aku nampak kawan aku pakai elok aje. Takde masalah virus, takda masalah laptop tetiba mati takleh nak hidup tanpa sebab and so on.

Masa tu aku guna jenama X. Biar lah aku rahsiakan jenamanya tu, memandangkan aku time tu memang desperate guna laptop, sebab kena pada akhir tahun degree aku, so aku terpaksa lagi pakai duit untuk beli laptop kecik yang murah macam laptop 1 Malaysia tu. Aku bersyukur juga lah, time aku desperate takde cukup bajet ada aku jumpa laptop kecik harga RM300 brand new jenama Y.

So laptop brand X aku tu memang jenis terbaru, tak sampai setengah tahun aku guna dia dah ada problem dekat button on off dia tu. Terpaksa aku hantar sendiri ke HQ brand X dan aku menunggu 2 bulan lebih tanpa sebarang berita. Aku terpaksa sendiri kejar, sendiri call berkali-kali sampai aku cakap aku minta number bos diorang untuk settle. Bila aku dah cakap macam tu baru diorang cakap, okey laptop aku memang ada masalah and still under waranty, tapi sebab stock untuk laptop yang sama takde, diorang akan ganti cash atau laptop yang hampir sama harganya. Punya lah aku stress....

Harga laptop jenama X tu dalam Rm3k lebih. Akhirnya diorang ganti aku balik dengan cash. Dan aku terpaksa beli laptop baru sebab nak buat slide show apa semua laptop kecik tu tak mampu nak tahan, pandai hang bagai. So aku pun beli lah Macbook Pro.

Apa yang aku cuba sampaikan sini? Untuk jenama Apple, tempoh masa diorang nak selesaikan masalah kita paling lama seminggu. Diorang akan contact balik dan bagi korang tanpa korang terkejar-kejar diorang. And then, kalau betul tak dapat fix dorang akan ganti yang baru terus.

Macam baru-baru ni kan iPhone6s aku tu problem? Actually dulu pernah jatuh dalam lopak dan memang ada kesan air masuk sikit. But then? Since yang rosak tu pun memang actually dari dalam iPhone tu maka Apple bagi exception diorang ganti aku iPhone yang baru. Senangkan?


Aku suka service macam tu why? Pengguna beli satu laptop tu sebab dia suka. So bila claim waranty, even kalau tak dapat baiki dan nak kembalikan, better kembalikan benda baru yang sama. Kenapa nak menyusahkan penggunakan?

Setakat ni serius aku cakap, Apple bagi service yang paling baik walaupun harga dia mencekik. Tapi sebab service dia baik, aku tak terasa pun tercekik sebab whenever you have problem with their brand, they will really help you to sort it out.



Review Pemenang Segmen - musicstyle29.blogspot.my


Music style header blog ni. Kalau bagi pendapat aku, aku akan letak header yang funky sikit. Heheheh Tapi dia kan ikut pemilik blog. I guess pemilik blog dia ni lebih banyak fokus pada kandungan blog dia, sebab kandungan blog dia kira mantap bagi aku.

Pemilik blog Music Style ni juga aktif update blog. Dan seperti header beliau, memang semua entrinya berkaitan dengan music. Rasanya pemilik blog ni memang mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik.


Aku pun ada minat, tapi takde disiplin aje. Hehehehe 

Kalau tengok keseluruhan blog dia ni, sebenarnya ada potensi untuk jadi blog berjaya. Sebab aku tengok dia punya style blog menarik dari segi SEO. Marketing dia boleh jadi sangat menarik kalau tengok blog template dia.

Cuma mungkin sebab entri dia ni lebih banyak kepada muzik dan bukan isu sosial yang menjadi perhatian ramai jadi kurang followe. Atau mungkin, pemilik blog lebih banyak fokuskan kepada berkongsi muzik berbanding menarik follower?

Tapi secara kesimpulannya, aku rasa blog ni menarik sebab semua info dia tersusun dengan baik. Dia ibarat pack tapi dalam keadaan yang aku rasa selesa dan tidak menyakitkan mata. Senang nak tengok dan cari maklumat. 

Aku cadangkan korang untuk blogwalk di situ sebab manatau boleh dapat tips template atau muzik? Hehehehhe

Thursday, September 15, 2016

Review Pemenang Segmen - hafzhanrauf.blogspot.my


Untuk blog ni, yezzaaa I loikeee the header. Bagi aku, aku ke blog somebody aku suka tengok header dulu. Hehehe...Sebab aku jenis yang suka benda-benda bergambar sebenarnya.

Blog dia jenis yang penuh. Maksudnya dia gunakan semua ruang yang ada which makes it look luas. Kalau rumah korang akan cakap wahh..besar eh rumah hang ni. Heheheh...

Lepas tu pemilik blog ni tak pakai any pattern as background, just a simple white colour which is actually nampak kemas, kalau macam ni tulisan pun mudah nak baca kalau letak gambar apa-apa memang dia akan nampak menonjol dan lawa dan kemas.

Gadget pun dia tak pakai banyak. She only uses simple basic gadget ikut keperluan. Kadang-kadang pakai gadget dekat blog ikut keperluan lagi bagus daripada ikut hati dan sengaja letak banyak-banyak. Tapi semua tu bergantung kepada blogger lah juga, masing-masing ada style masing-masing dan sebab masing-masing kan? Hehhee

Jangan lupa blogwalk sini :)

Wednesday, September 14, 2016

Chapter 4 : Minggu ke 3 & Minggu ke 4 selepas pembedahan Achilles Tendon Rupture


Minggu 3
Minggu ke 3 ni awal minggu ader review. 
Kali ni dia naikkan sedikit simen tu so kiranya dia ada tolak tapak kaki la. And then berlakulah luka semula pada kulit belakang kaki tu, sebab masa dia jahit tu kan macam dia tengah jahit lebihan karung  kat bawah kaki. So macam tertarik kulit tu dia ada macam luka sedikit.

So masa ni segala sakit krem krem atau kejang kejang segala sakit otot dah kurang. Sebab kaki dah tak macam penari balet. Cuma awal-awal tu memang terasa sangat la tendon tu keras kene tolak untuk naik sedikit dengan simen baru tu.

Tapi aku nak komplen. Aku jumpa pakar, aku bayar RM5. Aku tak minta layanan special pun dari nurse or the doctor. But atleast bila aku senyum, aku ucap selamat pagi ada jugalah kene reply. But then, maybe doctor stress? It made me so unhappy. Huh.

Minggu 4
Minggu ni luka aku dah kering. Actually positive la, pulih dengan ok.
Aku pun dah berani buka sendiri balutan bandage simen tu untuk adjust kaki. Latih tapak untuk pijak sikit, supaya next review dia mudah nak kembali ke asal. Kiranya macam hari-hari aku train, sampai yang aku rasa aku mampu je. Rasa dekat tendon tu actually tak sakit, dia cuma rasa keras dan tegang aje. Aku pun tak paksa sangat takut nanti putus la pulak.

Luka pembedahan aku pula dah mula rasa macam ader begerak-gerak, macam gatal-gatal sikit pun ader. Orang cakap itu tanda-tanda nak pulih.

So next review aku ialah pada 14 September iaitu pada hari ini.
Aku cuma boleh berharap luka aku semakin sembuh, urat aku semakin err...kukuh? And aku boleh berjalan dengan secepat mungkin.

Simen kaki minggu ni? dah berpindah ke belakang. Ada terasa sakit juga urat atau muscle tu macam kene tarik, tapi tak la sakit sangat. Just tak selea. Hahaha XD




Review Pemenang Segmen - missobsesi.blogspot.com

Aku masuk blog adik ni aku tertarik pada background gajah dia tu. Cute tauuu huhhu....
Blog adik ni simple dan kemas. Yes, the simplest so dia jadi kemas. Dia letakkan benda-benda yang straight forward. Takde berjela-jela benda yang dia letak.

Seperti kata header dia, dia cuma share cerita yang dengan pembaca. So memang minimalist lah bagi aku hehehe. Dia bagi ikut yang yang di nak bagi.

Dekat bahagian gadget, adik ni ader tips untuk kerja, presentation, study and motivation. Kepada yang masih bergelar student, blog ini boleh menjadi rujukan korang  :)

Blog adik ni juga ada bloglist. But style bloglist dia berbeza. Senarai bloglist mengikut feveret blog dia. Ertinya dia cuma letakkan blog yang dia minat.

Boleh datang ke sini untuk melihat gajah comel dan menenangkan perasaan anda dengan aman. Huhuhuuu


Tuesday, September 13, 2016

Review Pemenang Segmen - masturanasarudin.blogspot.com


Hah yang ni aku rasa unik. Dia punya header ala-ala saintifik, mula-mula aku ingat saintis mana punya page. Hehehe But I guess blogger ni mesti dia study ambik subjek sains gittew huhuhu....

Blogger ni orangnya aku tengok berseni juga. Dia suka berpuisi. Orang yang suka berpuisi ni sebenarnya ialah orang yang sangat peka pada persekitarannya. Dia suka bermuhasabah dengan dirinya sendiri. Huhuhuu..

Kepada blogger yang suka komen dekat blog Mas ni, korang jangan terkejut kalau nama korang timbul dalam list top 5 outstanding blogger dia tu. Lepas ni mungkin aku nak komen hari-hari tengok nama aku naik ke tak ehehehe...

Korang pun cuba lah nanti. Manatau nama korang pun naik juga, boleh kita berlumba-lumba komen ehehehee

Monday, September 12, 2016

Tea Tree Oil The Body Shop Mencegah Jerawat Sebelum Terlambat


Tea Tree Oil. 
Yang aku tau benda ni ada keluaran dari banyak brand. Contoh yang macam aku guna ni dari The Body Shop. Selain tu yang aku tau dari Watson. 

Kalau berdasarkan pengalaman aku menggunakan kedua-dua jenama itu. Aku tak sesuai yang Watson punya. Kenapa? Sebab bila aku pakai macam dia makin menjadi-jadi pula. 

Tapi berbeza dengan yang dari The Body Shop, aku pakai dia punya radang tu akan surut dan hilang. 

Aku bukan kata The Body Shop punya brand bagus, tapi aku nak sampaikan yang kalau kulit sensitive macam aku, yang kulit cerewet maybe boleh guna Tea Tree Oil dari The Body Shop ni. 

Sebotol harga kat Sabah lebih kurang RM60 lebih. Tahan sangat sebab bukan hari-hari ada jerawat. Hehehee...

Lain jenama kesan dia lain kut. Sebab kalau pencuci muka aku tak sesuai yang dari The Body Shop. Macam juga Tea Tree Oil, benda yang sama tapi aku tak sesuai yang dari Watson punya. Huhuhu...

Review Pemenang Segmen - leaazleeya.com


Blog Lea ni aku suka dia nampak macam colourful and berbeza-beza. Pendekatan dia menggunakan gambar yang besar dalam entri memang menarik. So orang tak payah nak terkenyit-kenyit mata nak tengok gambar yang dia post. Terus aku rasa nak tiru teknik dia ni, nak letak gambar besar kalau buat entri Huhuhuu.. Boleh tak?

Blog akak ni pun comel-comel aje semua. Even dia punya side gadget semua nampak tersusun dengan emoticon comel-comel.

Pemilik blog ni ada bloglist. Aku tengok dia punya bloglist ni berubah ikut bulan sebab dia letak bloglist for September, means kalau oktober dia akan ubah list bloglist dia tu :)

So I was going through her blog. 

Aku perasan button dekat atas tu maybe belum update. But aku yakin kalau ada peminat buku sini boleh terjah blog ni sebab pemilik blog ni suka baca buku atau a book lover. Hehehe....

Since pemilik blog ni aku tengok banyak gambar anak dia. So aku rasa para blogger ibu juga boleh terjah blog ni untuk dapatkan tips harian beliau. Sebab aku tengok dia ada buat review produk yang dia sendiri ada cuba. 

:)


Sunday, September 11, 2016

Review Pemenang Segmen - ohmyvitamin.blogspot.com


Akak ni is the Shaklee master. Boleh lah aku panggil master sebab master ni dia serba tahu tentang benda yang dia tahu which is Shaklee. Hehhehee

Aku mulakan dengan cerita pasal blog dia. Her blog is very neat. Aku suka blog dia nampak kemas. Kemas dalam erti kata lain korang nak cari apa senang aje. Scroll dan korang boleh nampak and dapat maklumat yang korang nak.

Tentang pemilik blog ni, aku tengok akak ni punya blog more to Shaklee lah. Dah memang header pun cakap pengedar shaklee kan :) ehehe...

So aku cadangkan. Anyone yang rasa nak ambil extra supplements in daily life, atau rasa nak makan untuk mengatasi atau mengawal apa-apa jenis penyakit atau sakit, boleh minta khidmat nasihat akak ni. Biasanya, mereka dengan ringan hatinya akan membantu korang untuk menjadi hidup korang lebih sihat dan bertenaga. Huhuhuu..

Disebalik cerita akak ni dalam Shaklee dan kebaikan Shaklee. Sebenarnya akak ni juga share resepi masakan. Masa aku baca pun agak senang dan mudah untuk difahami penulisan resepi beliau itu.

Remember to go to her blog :)

Berdasarkan pemahaman aku, bukan semua penjual Shaklee cuma melihat kepada keuntungan semata-mata, kadang kala mereka betul-betul mahu membantu kita untuk mencapai kesihatan pada kadar semaksimum yang kita mampu. Aku yakin akak ni boleh bantu korang kalau berkaitan dengan product, sebab tengok dia punya penulisan, dia menulis dengan ikhlas untuk pembacanya :). 


Officially digi User. Goodbye Maxis.


Kemarin atau dalam istilah orang lain semalam. Aku pegi settle Digi broadband aku and aku punya digi postpaid. 

Untuk memudahkan cerita. Aku sebenarnya pengguna Maxis tapi prepaid lah. Lepas tu aku pun guna broadband, dulu Maxis but tempat aku ni entah lah, kalau broad macam lembap sesangat so lastly aku terminate. 

And then, tahun ni aku pegi register pula dengan digi. Kenapa aku boleh pilih digi?

Sebab ada sekali kawan aku, dia datang rumah aku to stay overnight. Dia guna digi, dia tegur digi laju giler kat rumah aku. So since that day, macam aku asyik nak try digi tapi aku still sayang dekat number maxis aku tu sebab dah pakai lama kan?

Macam semua maklumat dengan semua benda urusan pun di atas number tu, aku macam sayang juga nak beli number baru apa semua nak tukar.

At the end, tahun ni awal tahun ni kut, aku register lah digi broadband dengan satu postpaid. Kononnya nak pakai 2 number lah kenen. Hakikatnya aku ni bukan reti guna dua tepon pun. Aku memang dari dulu, kalau member boleh guna 2 henpon dengan gembiranya, aku memang stress kalau dua henpon. Satu pun aku dah rasa lebih dari cukup hehehe Itu aku lah....

So sejak aku register digi postpaid aku tu, memang macam jarang sangat aku guna tau...Memang aku bayar free dekat digi lah. Tapi broadband memang aku sentiasa guna. Yang tu ok.

So yesterday, masa aku pegi settle henpon aku. Aku pun terus singgah Digi Centre untuk settle isu aku. Aku buat keputusan untuk terminate aku punya Digi postpaid dan gantikan Maxis aku kepada Digi line dan kepada postpaid. 

Walaupun Maxis punya line tepon actually quite okey dekat tempat aku, tapi tadi aku test Pokemon dia ada GPS pula kat sini bila dah tukar Digi, kalau Maxis memang takleh nak main Pokemon ahhahaa... 

Kesimpulannya?
Yes. Digi dekat tempat aku memang laju best giler!

10 PEMENANG SEGMEN "Hang Komen Hang Bertuah"


Banner sekali letak kaw kaw besar hahahha.....
So pemenang untuk Segmen bulan September aku dah selesai.
Pemenang pun aku dah pilih.
Kepada yang tidak tersenarai aku harap korang tak berkecil hati, semoga rezeki untuk segmen lain dari orang lain akan berpihak kepada anda di lain hari.

So berikut ialah senarai 10 peserta dan pengomen yang telah berjaya dalam segmen ini :)











So aku sengaja guna banner blog diorang sebagai pengumuman pemenang. Dan kalau korang rasa nak terjah blog dorang, boleh aje klik banner blog dorang sebab aku dah link ke blog dorang terus.
Kepada pemenang semua, kalau aku ada salah link blog sila lah bagi aku ye, hehehe aku ni budak baru dalam blogging, kut kut salah tag link blog hehehee

Kepada pemenang semua. Aku harap korang bersabar, sebab aku akan buat review sehari untuk satu blog yer. No worries. Seperti yang dijanjikan the whole entry will be about your blog and you :)


Saturday, September 10, 2016

Bila Kau Terpaksa Beli Henpon

Ada tak istilah terpaksa beli henpon.

Aku ada.

Dalam sejarah hidup aku ni ada dua kali peristiwa yang memaksa aku untuk beli henpon baru.

Kali pertama.

Bila henpon hilang sebab kecuaian aku.

Apa yang aku cuai? Aku terlalu kejar masa nak pi kerja, masa masukkan barang dalam kereta aku letak henpon atas bumbung kereta.

Masa tu aku pakai Samsung S4. Serius aku bagitau korang henpon tu memang bagus. Tak rugi kalau ada yang masih nak beli Samsung S4. Tapi lepas tu aku terpaksa beli aku beli Samsung S5. Aku jenis yang kalau dah pernah pakai aku takkan beli benda yang sama.

Kemudian kali kedua.

Yang sekarang ni lah. Yang aku punya iPhone6s tu. 

Tetiba time aku tengah tak boleh jalan ni pula henpon meragam.

So tadi memang aku pegi shopping mall terus, walaupun dalam keadaan bertongkat untuk beli henpon baru.

Drive memang bukan aku la, ada member aku yang sudi jadi tukang drive, tapi jalan memang aku sendiri jalan la dengan tongkat, kalau dia sanggup dukung macam lawak la pula kan.

So since aku dah pernah pakai iPhone6s, maka aku beli lah iPhone6sPlus 64GB.

Kalau tak silap, harga dia sebelum ni Rm4199, tapi memandangkan Apple dah nak keluarkan iPhone7 dalam minggu depan, maka harga dia dah turun kepada RM3699.

So macam biasa, aku ni peminat space grey, then aku pun ambil yang hitam itu.


Lepas tu, rupa-rupanya kawan aku tu sanggup jadi drebar sebab dia pun nak beli juga henpon baru iPhone. Beli model sama tapi yang aku heran dia suka pink. Sudah la suka pink, lelaki pulak tu. Adeiii...


So, casing aku tolong pilih. Aku bagitau dia, since dia suka colour pink tu, better dia beli casing yang boleh nampak belakang tapi at the same time masih nampak kelelakian itu. Lepas tu bila dah pasang aku rasa pink tu pula lawa uhuuuu...

So apa kes iPhone6s aku? Actuallykan, still under waranty, tapi waktu awal-awal dulu dulu tu dia jatuh dalam lopak air. So pekerja kat kedai switch apple tu dengan baiknya bagitau aku, diorang check dulu, kalau dekat dalam tak masuk, indicator dia masih ok takda tanda-tanda masuk air, maka diorang akan tolong claim waranty. 

Aku rasa berterima kasih juga la...Atleast diorang jaga customer kan. So harap boleh claim waranty sebab aku sayang juga iPhone tu...

Tapi masalahnya, kalau dah okey, mana aku pakai juga...Sebab aku bukan jenis yang pakai dua henpon. uhuuuu.....