Search This Blog

Friday, April 29, 2016

Period.


Okey. 
Apa period period ni?
Apa yang aku nak bagitau pasal period.
Kalau ikut betul rasanya masuk tahun ni dah nak dekat 2 tahun aku tak period lagi.
Maksudnya dah lama dah darah kotor tak keluar & rasa macam tersumbat la kah dalam tu kalau darah period tak keluar?
Sebelum aku nak cerita lebih lanjut, aku ni masih bujang. Kalau nak kata pregnant takkan la juga pregnant dua tahun XD ahahaha

So pendekkan cerita.
Aku kan memang berjerawat jenis kaw-kaw. Tapi tahun ni dah steady sikit.
Tak macam tahun dari 2014 tu yang memang aku rasa macam beast semacam.

So selasa lepas minggu ni baru aku macam terdetik nak pegi check doktor setelah berlawan dengan perasaan takut. Walaupun sebenarnya aku tak tau aku takut amende.
So doktor tak buat preggy test sebab dia tahu aku ni cik bukannya puan. 
Lagipun sebenarnya kalau korang bujang, and memang tak buat seks la kan, takyah buat preggy test sebab benda tu kene bayar. 
Kecuali memang korang ni cik lagi tapi rasa-rasa ada buat seks memang buat preggy test la kan?

So last year actually aku dah pernah juga pi jumpa doktor. 
Itupun sebab masalah aku tak period setahun lebih kan. Tapi doktor tu kata kalau tak kahwin lagi normal lah tu. And memang takde test apape.

Kali ni aku gi doktor yang aku rasa dia punya bidang ni memang bahagian pregnancy atau bahagian perempuan. So aku bagitau lah pengalaman aku dengan doktor yang cakap kalau tak kawin memang normal takde period. Dia pun cakap macam ni, wanita memang tak normal kalau period tak menentu atau dia tak datang period. 

So moral of the story? Sila ambil perhatian tentang period korang. Kalau datang tak menentu sila buat pemeriksaan. Just in case aje. Sebab kawan aku pesan kat aku, adik dia meninggal dunia sebab dia tak peduli pasal period...And yes she died because of that..benda tu jadi cancer.



Sunday, April 10, 2016

POLIGAMI - Isu atau masalah?

Aku selalu rasa poligami ialah satu isu yang tak pernah selesai dan takkan pernah dapat di terima oleh semua manusia yang bergelar wanita, perempuan atau hawa.

Betul atau tidak?

Poligami pada pendapat korang la kan, merupakan satu isu atau masalah? Sebab pada aku dia ialah isu. Pada sesetengah orang pula benda tu ialah masalah?


Apa pendapat korang sebenarnya tentang poligami?

Berapa peratuskah kesanggupan anda untuk berpoligami. Kalau tidak sanggup mengapa?