Search This Blog

Saturday, January 30, 2016

Program Jom Kurus

Aku pegi join salah satu aktiviti Program Jom Kurus dengan duta Jom Kurus si Aizat Razak tu.  Actually aktiviti ni sabtu lepas. Baru je dapat peluang nak update dekat blog. Sebab apa? Sebab aku ada 30 fail nak update dekat sekolah. Biasalah cikgu part time kerani. Pasrah aje lah...Uhuhuuuuu


So dia ni tinggi okey. Yang impressive? yang mengagumkan? Ialah from berat asal dia 220KG last year, dia sekarang dah 95KG. Bayangkan laaaa...Tapi dia tingggiiii tengok aku kat sebelah pendek je sebab tinggi aku baru 1.65m uhuuuuu


Awek lawa sebelah aku. Nama dia Nana. Actually...Aku tak kenal dia Nana saper until kawan aku cakap then baru aku tau dia Nana sape. Kesian kan aku.. Aku ni kalau bab begini memang fail la. Nasib kawan yang join program ni paksa-paksa juga aku begambar dengan Nana lawa ni hehehe 


So this is group foto kitaorang. And mata aku bukan tertutup okay. Aku just sepet. Sepet yang teramat sangat. Setiap kali gambar aku excited so majoriti gambar aku memang macam tu. Apa boleh buat la.....


Okey so total people agak kabur gambar ni. Ini gambar pinjam, so tak boleh nak buat copyright. Hehehe.. Nampak tak ada sorang je yang angkat tangan tu. hah itu lah aku. XD 




Sunday, January 17, 2016

Gemuk bermula hari ini


Well aku ni gemuk tapi selalu tak sedar diri. Tapi hari ni macam aku tersedar dari lelap. Sebab aku tak sangka aku gemuk sampai boleh capai tahap ke 102kg. Seriously aku tak sedar. I mean even tho kadang-kadang aku join marathon tapi aku entah aku somehow baru tersedar yang aku telah mengabaikan diri aku sampai ke 102kg. 

Actually aku rasa ada hikmah juga kenapa aku boleh terserempak dengan program JOM KURUS 1 MALAYSIA ni. Sebab kalau tak jumpa maybe aku akan terus gain weight non stop kan? hehehe


Sebab aku rasa benda ni penting. Bukan supaya aku kurus jadi supermodel ke apa. Even tho ada kawan-kawan aku memang cadangkan aku kuruskan badan mengikut ideal weight which mean aku kena kurangkan atleast separuh daripada 102kg tu, tapi entah aku rasa macam aku cuma nak kurangkan aje but not until macam supermodel laa..hahaha XD

So workout tadi for first day today. 
450 kali skipping.
50 pumping
50 squatting.

Dengar, tengok & baca macam senang kan? But reality aku first time bersukan, buat exercise macam ni boleh muntah. Seriusly aku muntah macam air flush toilet keluar begitu. Nasib aje bukan muntah dekat dalam gym tu, aku gi toilet laaa.... Coach kata muntah tu baik actually, aku pun ikut pengalaman dulu masa sukan pun cikgu aku kata muntah tu baik, acid something keluar amende. hehehee


Tapi walau apa pun. 
Dekat luar sana. Tak ader satu manusia pun yang layak nak mempersendakan orang gemuk tak kira whatever reason. Sebab kita tak tau, many people dia ada sebab kenapa dia jadi begitu. Even kalau kita nak tolong dia sedar pun jangan sampai nak aniaya atau nak ejek. 
Banyak cara elok kan? hehehee

Wish me luck.


Saturday, January 16, 2016

Selalu Sakit Hati Sejak Jadi Cikgu.

Sakit hati pada sesetengah ibu bapa.
Kenapa?
Aku sebagai guru, even bukan aku yang alaminya sendiri, kalau tengok komen ibu bapa dalam group sekolah Malaysia yang aku join.
Sekolah buat undang-undang murid yang selalu tak hadir tanpa sebab tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan sekolah.
Yang bikin panas? Kebanyakkan ibu bapa komen sana mau komplen pigi Pendidikan lah MOE la tanpa berfikir fakta dia sana, "YANG SELALU HADIR TANPA SEBAB". Kalau sakit kononnya takkan mau paksa la...ketara dulu pun selalu tak pi sekolah sebab tak boleh translate surat sekolah dengan betul.

Apa guna hantar anak pigi sekolah kalau dalam seminggu 1-2 kali anak tidak hadir? Satu hari belajar satu kemahiran, tertinggal satu kemahiran kamu ingat cikgu yang rugi? Anak kamu yang rugi & kami yang bersusah payah nak suruh anak kamu kejar kemahiran, yang kamu tau cuma nak marah kami buat extra class, marah kami suruh beli buku & semua nonsense.

Jangan bandingkan sekolah kerajaan dengan sekolah swasta, sekolah swasta dalam satu kelas bilangan murid lebih sikit dari sekolah kerajaan. Yang perlu dibayar kepada swasta pun mungkin 2 kali atau 3 kali ganda daripada anak kamu sekolah di sekolah kerajaan. Sedangkan nak bayar yuran RM10 pun sudah ada yang merungut, sedangkan hakikatnya itu untuk anak anda!

Aku tak paham kenapa ada sesetengah ibu bapa yang suka mencari kesalahan guru atau pihak sekolah. Sedangkan anak mereka di sekolah bukan mereka sedar pun bahawa kerja rumah anak tak siap.

Sakit hati. 




Friday, January 15, 2016

JOM KURUS -Tinggal 4 jam saja lagi!


Korang kenal tak dia tu? Aku kenal dia ni dari program yang dia buat untuk body fitness tu je.
And guess what? 
Aku pun dah daftar diri untuk join program JOM KURUS 1 Malaysia JK1M yang akan bermula 16 Januari 2016 bersamaan pada hari esok iaitu SABTU!

Aku dah ready untuk satu perubahan pada tahun 2016 ni. Korang dah ready ke? Hehehhee

Thursday, January 7, 2016

Belated tapi masih baru


Walaupun bukan hari pertama tahun 2016,
walaupun hari ni hari ke-7 untuk tahun 2016,
tapi aku still nak wish korang selamat tahun baru 2016,
semoga tahun ni kita semua dapat menjadi manusia yang lebih baik, lebih banyak berbakti dan lebih banyak melakukan perkara yang membawa pahala kepada kita. hehehee

Aku ni lama tak update sebab sibuk sikit dengan kerja awal tahun.
Biasalah kan? Kalau buka sekolah memang banyak kerja berlambak.
But no worries, banyak kerja aku yang aku dah nak settle
& aku pun rasanya dah boleh mula update seperti biasa start from today hehehe
So as a beginning, aku still nak wish korang Selamat Tahun Baru 2016. hehehe