image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Chapter 5 : Setelah 8 Minggu Kes Tendon Achilles Rupture


Tendon Achille Rupture.

Tau tak bahagian mana tendon ni, ataupun dikenali sebagai urat.



Kalau korang pegang dekat bahagian belakang kaki korang dekat tumit, korang akan perasan macam ada satu garisan panjang yang hampir sampai ke betis. Hah, itulah tendon dan itu la yang putus dekat kaki aku.

Cerita lebih detail boleh ke klik dekat

>>>> Chapter 1 <<<<
>>>> Chapter 2 <<<<
>>>> Chapter 3 <<<<
>>>> Chapter 4 <<<<

So bila actually cuti aku start? Aku start dekat 12 Ogos 2016 and habis cuti dekat 12 Oktober 2016 which is hari rabu minggu ni. Actually boleh je aku sambung cuti, sebab sebenarnya bukan bole jalan sangat pun. Perjalanan 1 minit boleh jadi 5 minit juga sebab kaki ni tak boleh jalan laju and dia kena macam jaga step. Itu belum campur rasa ngilu, sakit bagai lagiiii ahahaha.

So apa yang berlaku? Simen separuh aku dah tak pakai. Doktor dah suruh aku berjalan seperti biasa, tongkat kalau boleh elakkan, maybe supaya aku tak terlalu bergantung pada tongkat kut?

Yang pasti sepanjang proses pemulihan aku ni takda penglibatan fisio langsung, so aku kena banyak rajinkan diri cari info sendiri. Jelaslah menunjukkan bahawa kalau takda medical card memang kalau ada kecederaan berat korang takkan boleh dapat rawatan yang baik daripada hospital kerajaan.

Sebahagian daripada diri aku juga bersyukur juga nasib pembedahan ok dan takde jangkitan setakat ni. Sebab kalau pembedahan especially dekat kaki ni memang risiko jangkitan tinggi. Tapi takat ni aku rasa ok dan harap sembuh dengan ok juga. Hahaha

So aku cuma harap dalam masa sebulan ni, atleast aku boleh berjalan dengan normal sudah la. Takde tempang lagi. Tapi minggu ni nak masuk minggu ke 9, ikut pembacaan kebanyakkannya boleh berjalan dengan normal (rasanya tanpa tempang kut) selepas 6 bulan. Ertinya aku kena bertempangan selama beberapa bulan. Kemungkinan sampai tahun depan? Haishhh....

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih