image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Seqy Beauty



So. Ada tak yang tak tahu product SEQY BEAUTY lagi?

Sebenarnya produk ni hmm...dari last year kalau tak silap aku.

Pengasas dia pun asal blogger juga.

Tapi bukan nak cerita pasal pengasas atau blog dia la. Hahaha

Ni nak cerita pasal kenapa aku boleh pilih pakai produk dia dalam banyak-banyak produk yang lebih gempak bin ajaib.

Nak dijadikan cerita. Muka aku ni dari zaman remaja memang subur dengan jerawat. Sebab aku seorang wanita yang paling suka berjemur, kalau setahun memang sekali dua tiga kali akan sunburn sebab telebih berjemur.

So macam kira sampai aku umur 20 pun sama gak ceritanya, memang aku suka pada matahari dan suka berjemur dan menyebabkan memang aku agak berjerawat.

And then one day aku tengok Tabita. Masa ni Tabita memang seriaauuuu, banyak peminat dan aku pun salah seorang yang terjebak dengan Tabita.

Tapi serius pakai Tabita muka jadi felolesss...Ada sebiji jerawat 2 3 hari konpem muka feloless kembali. And then sampai satu tahap dalam tahun tu juga, aku stop pakai Tabita sebab aku rasa okey and try to pakai yang jenis soft sikit seperti Johnson baby.

And memang betullah, pakai Tabita memang lepas tu jerawat macam balas dendam. Serius pipi aku je tau, pipi aku penuh jerawat merah, panas, besar dan sakit. Bermula daripada satu buji jerawat, dari pipi kiri sehingga ke kanan. Tapi aku tak boleh salahkan Tabita sebab masa tu kebetulan aku termandi air perigi yang bertanah. So maybe nasib aku tak baik ke apa la kan?

So akhirnya muka aku getting better. Pengajarannya di sini? Walau apa pun yang berlaku, korang kena laluinya dengan sabar dan redha.

Lepas tu, memang lama aku macam terkapai-kapai mencari pencuci muka yang sesuai. Sebab apa? Salah satu sebabnya muka aku ni jenis pemilih tak sedar diri. Kalau pencuci muka tu aku tak sesuai, atau krim tu aku tak sesuai. Tak payah tunggu besok, pagi sapu, petang-petang tu akan ada keluar sebiji jerawat yang agak besar atau kecik, hah...itu petanda kulit muka aku rejek.

So sampai aku jumpa balik akak pengasas produk ni punya blog. And then aku dapat tahu dia ada keluar produk ni aku take risk to try. Memang aku sesuai. Cleanser dia aku sesuai. Serum dia aku sesuai juga. Tapi krim siang malam dia ni macam kulit aku rejek. So fine, memang tak pakai lah.
Tapi dah terbeli, sooo......hmmm...

Tapi benda macam ni normal la. Kulit kita ni sebenarnya kadang kala berkesan dengan produk yang berbeza. Maksud aku, mungkin pencuci dari brand A, krim dari brand B, lepastu maybe dia punya yang lain-lain dari brand C,D,E hehehe...

Aku ada satu tips lagi untuk nak benteras jerawat kalau ada tanda-tanda awal. Iaitu Tea Tree Oil. Yang tu korang boleh sambung di >>>>>>>>  SINI  <<<<<<<<<


Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. Huhu mai haritu jadi jerawat yang teruk juga, siap pakej nanah2, alhamdulillah skrg dah surut sikit.adoi.. bleh cari nanti Seqy Beauty ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la mcm tu juga. Bole cuba seqy beauty ni. 🤗 Sebab aku pun memang tgah pakai n really help a lot

      Delete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih