Search This Blog

Friday, September 16, 2016

Kenapa Aku Pilih Jenama Apple?

Well mula-mula sekali aku nak cerita pasal diri aku.

Aku bukan lah sorang manusia yang kaya raya, aku juga bukan jenis yang kalau aku nak benda tu terus aku dapat besoknya.

Aku pun macam korang juga, kerja dapat gaji kene tunggu dapat gaji dalam 2 3 kali baru boleh beli apa yang aku nak.

Jenama Apple. Ramai yang akan cakap jenama Apple ni hanya untuk orang yang berduit aje. Atau ada yang cakap "kau orang senang memang lah boleh pakai Apple".

Well mula-mula aku terjebak dengan Apple sebab laptop. Dan benda jenama Apple pertama aku pun ialah laptop Mac. Kenapa? Sebab aku nampak kawan aku pakai elok aje. Takde masalah virus, takda masalah laptop tetiba mati takleh nak hidup tanpa sebab and so on.

Masa tu aku guna jenama X. Biar lah aku rahsiakan jenamanya tu, memandangkan aku time tu memang desperate guna laptop, sebab kena pada akhir tahun degree aku, so aku terpaksa lagi pakai duit untuk beli laptop kecik yang murah macam laptop 1 Malaysia tu. Aku bersyukur juga lah, time aku desperate takde cukup bajet ada aku jumpa laptop kecik harga RM300 brand new jenama Y.

So laptop brand X aku tu memang jenis terbaru, tak sampai setengah tahun aku guna dia dah ada problem dekat button on off dia tu. Terpaksa aku hantar sendiri ke HQ brand X dan aku menunggu 2 bulan lebih tanpa sebarang berita. Aku terpaksa sendiri kejar, sendiri call berkali-kali sampai aku cakap aku minta number bos diorang untuk settle. Bila aku dah cakap macam tu baru diorang cakap, okey laptop aku memang ada masalah and still under waranty, tapi sebab stock untuk laptop yang sama takde, diorang akan ganti cash atau laptop yang hampir sama harganya. Punya lah aku stress....

Harga laptop jenama X tu dalam Rm3k lebih. Akhirnya diorang ganti aku balik dengan cash. Dan aku terpaksa beli laptop baru sebab nak buat slide show apa semua laptop kecik tu tak mampu nak tahan, pandai hang bagai. So aku pun beli lah Macbook Pro.

Apa yang aku cuba sampaikan sini? Untuk jenama Apple, tempoh masa diorang nak selesaikan masalah kita paling lama seminggu. Diorang akan contact balik dan bagi korang tanpa korang terkejar-kejar diorang. And then, kalau betul tak dapat fix dorang akan ganti yang baru terus.

Macam baru-baru ni kan iPhone6s aku tu problem? Actually dulu pernah jatuh dalam lopak dan memang ada kesan air masuk sikit. But then? Since yang rosak tu pun memang actually dari dalam iPhone tu maka Apple bagi exception diorang ganti aku iPhone yang baru. Senangkan?


Aku suka service macam tu why? Pengguna beli satu laptop tu sebab dia suka. So bila claim waranty, even kalau tak dapat baiki dan nak kembalikan, better kembalikan benda baru yang sama. Kenapa nak menyusahkan penggunakan?

Setakat ni serius aku cakap, Apple bagi service yang paling baik walaupun harga dia mencekik. Tapi sebab service dia baik, aku tak terasa pun tercekik sebab whenever you have problem with their brand, they will really help you to sort it out.



2 comments:

  1. teringin jugak nak gadget dari Apple nie, tapi sebab harga yg mencekik, tahan je la diri. :D memang service apple terbaik dan pantas. :)

    ReplyDelete
  2. klo service tiptop hrga mencekik cmne pun x kn rsa nk mati..heaven je rsa..hihi

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih