Search This Blog

Wednesday, September 7, 2016

Kadang Kala Kita Ingat Kita Betul Sangat.


Hangat cerita adik ni. Aku panggil adik sebab dia muda dari aku. 
Secara zahirnya, kita nampak dia salah sangat. Ramai yang kata takde ini la takde itu lah.
Aku walaupun bukan dekat tempat dia, tapi aku rasa aku faham apa yang dia lalui.
Aku bukan Melayu and aku belum lagi Islam.
But aku tahu apa yang dia lalui.
Ini pendapat aku tentang adik ni.

Dia memang berubah, dia memang nak berubah sebab Allah. Allah memang bagi dia hidayah untuk berubah. Namun sebagai manusia, memang tidak lari untuk kita berasa tertekan, untuk berasa lemah, apatah lagi kalau sebangsa dia tu yang patut menyokong dia, yang patut berikan dia galakan walaupun jauh dalam sudut hati orang lain itu merasa dia cuma bermain dengan dunia.

Namun disebalik perubahan dia itu, ramai tak sedar betapa banyak yang dia kena buang. Kebiasaan dia yang terpaksa dia lepaskan, betapa dia kuat untuk menerima perubahan secara mendadak itu walaupun hakikatnya dia tahu dia perlu kuatkan hati untuk buang yang dia biasa, dia perlu kuatkan hati untuk menerima yang baru. Dia buat aku yakin untuk Allah. 

Tapi..... Sebagai manusia kerana kita manusia kita ada keperimanusiaan. Sebab itu Allah kata kita manusia, tak sama dengan jin dan malaikat. Malaikat takkan ada perasaan seperti kita manusia, tapi kita manusia ada perasaan dan setiap pergerakkan dan keputusan kita itu bukan sahaja memberi kesan kepada diri kita tapi kepada orang sekeliling. 

Aku tahu, adik tu berubah bukan semua benda baik berlaku, terpaksa dia sakiti orang lain dan beban itu sebagai manusia hanya manusia yang rasa dan manusia itu ialah dia. Dan kita sebagai manusia lain sepatutnya, wajib memberikan kata-kata positif sebenarnya. Bukan mengeruhkan keadaan. 

Apa yang kita boleh buat sebagai manusia, sepatutnya bukan menjatuhkan dia. Sebaliknya berdoa semoga dia diberikan hati yang kuat. 

Kadang kala taubat daripada manusia yang banyak kali membuat dosa lagi diterima Allah, lagi disukai Allah...Itu ialah ujian dia. Itu adalah antara dia dan Allah. Bukan tanggungjawab kita untuk menilai dan menghukum dia kerana kita juga seperti dia, makhluk Allah.

No comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih