Search This Blog

Thursday, September 8, 2016

iPhone 7 di Malaysia?

Ini ada satu cerita yang menjadi feveret aku sebenarnya. Aku ni memang peminat iPhone sesangat tapi yang mula dari iPhone 6 lah, yang sebelum tu aku tak minat sebab dia tecikkkk....


So iPhone 7 confirm akan dikeluarkan pada bulan September iaitu bulan ni. Cuma tak tahu berapa haribulan dan tak tahu berapa harga awalnya nanti. 

Tapi yang pasti untuk iPhone 7 ni ialah. Dia akan ada 2 camera untuk menangkap satu gambar yang paling meletopsssss. Seperti yang aku cakap kat entri sebelum ni, aku bagitau lagi sekali, kamera dia memang superbssss, buat video memang macam pro aku kasitau mu.


Skrin? Kalau ikut gosip dia tak pakai spesis gorila dah. Dia pakai saphireeee. Maksudnya kalau korang beli kasut jenis tahan lama baru koyak. Yang ni spesis dia pakai sampai rambut putih pun tetap maintain. Hahaha Ok itu tak logik. 
Maksudnya, kalau sebelum ni jatuh 10 kali baru ada retak bagai, yang ni mungkin nak jatuh 100 kali baru dia calar aje. hehehehe
Tapi yang penting, aku cakap la. Serius skrin dia best nak pandang nak menonton and nak main game, yang aku rasa best tu pun iPhone 6s, yang 7 ni mungkin macam main dekat TV kot.


Ok bab cip ni aku takde lah nak banding sangat. Tapi nak kata sangkut-sangkut tu masa aku pakai Samsung memang selalu hang sikit, tak banyak sikit aje. Yang iPhone ni, aku penah kena hang juga sikit tapi masa tu sebab bateri nak habis dan dia habis. Hahahha

Tapi untuk iPhone 7 ni, dia lebih laju kononnya. Kelajuan yang mungkin aku rasa kalau jari baru nak sentuh wassap terus wassap dah keluar. Baru nak sentuh tu, belum sentuh ok.  Lepas tu yang bateri pulak lagi best, dia kata the longest life ever in an iPhone. Aku siap quote. Sebab aku main game kat iPhone tetap sama juga macam samsung bateri dia hahahaa 


Kalau bab stereo aku tak berapa nak komen sangat. Sebab aku bukan jenis pasang lagu dekat henpon.  Tapi kalau dia dah cakap bunyi dia power, aku rasa budak raiver ni boleh beli iPhone 7. Senang sikit nak mercik tarian tangan tu. Aku tak kondem tauuu aku support bagi idea.


Okey. Bab intenet ni aku pecaya kadang kala bukan masalah line. Kadang kala masa receiver henpon juga. Dan iPhone 7 ni dia dah tolong settle. Dia bagi up lagi boleh kasi laju wi-fi boleh kasi laju data. Lepas ni yang guru mengajar dekat pedalaman, korang simpan duit gaji beli iPhone 7 okey? Takda masalah, confirm ada line (aku tak janji, aku cuba bagi idea).


Tapi kan....Yang paling best aku rasa pasal iPhone 7 kali ni. Ialah earpods atau earphone dia. Kalau sebelum ni korang ada masalah nak gulung wayar earphone kali ni korang punya masalah korang akan hilang sebelah earphone. Hahahaa...
So aku rasa kan, dia punya bateri tahan lama sebab dia punya earphone ni pakai bluetooth. Sama juga la kes dia ni. :)


Itu review awal iPhone 7. Aku ambik ni daripada page Apple juga. Sebab dia hantar email share dekat aku pasal iPhone 7, so aku pun ambik kesempatan free tolong dia share dekat korang juga. huhhuuu

No comments:

Post a Comment

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih