Search This Blog

Wednesday, September 14, 2016

Chapter 4 : Minggu ke 3 & Minggu ke 4 selepas pembedahan Achilles Tendon Rupture


Minggu 3
Minggu ke 3 ni awal minggu ader review. 
Kali ni dia naikkan sedikit simen tu so kiranya dia ada tolak tapak kaki la. And then berlakulah luka semula pada kulit belakang kaki tu, sebab masa dia jahit tu kan macam dia tengah jahit lebihan karung  kat bawah kaki. So macam tertarik kulit tu dia ada macam luka sedikit.

So masa ni segala sakit krem krem atau kejang kejang segala sakit otot dah kurang. Sebab kaki dah tak macam penari balet. Cuma awal-awal tu memang terasa sangat la tendon tu keras kene tolak untuk naik sedikit dengan simen baru tu.

Tapi aku nak komplen. Aku jumpa pakar, aku bayar RM5. Aku tak minta layanan special pun dari nurse or the doctor. But atleast bila aku senyum, aku ucap selamat pagi ada jugalah kene reply. But then, maybe doctor stress? It made me so unhappy. Huh.

Minggu 4
Minggu ni luka aku dah kering. Actually positive la, pulih dengan ok.
Aku pun dah berani buka sendiri balutan bandage simen tu untuk adjust kaki. Latih tapak untuk pijak sikit, supaya next review dia mudah nak kembali ke asal. Kiranya macam hari-hari aku train, sampai yang aku rasa aku mampu je. Rasa dekat tendon tu actually tak sakit, dia cuma rasa keras dan tegang aje. Aku pun tak paksa sangat takut nanti putus la pulak.

Luka pembedahan aku pula dah mula rasa macam ader begerak-gerak, macam gatal-gatal sikit pun ader. Orang cakap itu tanda-tanda nak pulih.

So next review aku ialah pada 14 September iaitu pada hari ini.
Aku cuma boleh berharap luka aku semakin sembuh, urat aku semakin err...kukuh? And aku boleh berjalan dengan secepat mungkin.

Simen kaki minggu ni? dah berpindah ke belakang. Ada terasa sakit juga urat atau muscle tu macam kene tarik, tapi tak la sakit sangat. Just tak selea. Hahaha XD




1 comment:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih