Search This Blog

Saturday, September 3, 2016

Chapter 3 : Dua minggu selepas pembedahan Tendon Achilles Rupture

Well..
Untuk memudahkan korang yang mencari rujukan kalau ter-berlakunya kecederaan macam aku. Aku buat note yang senang sikit.

Minggu 1
Lepas pembedahan. Sakit dekat kaki tak berapa nak rasa untuk dua tiga hari sebab nurse baik punya, dia sentiasa on time bagi ubat tahan sakit. Aku stop ambik ubat tahan sakit pada hari Isnin which is hari ke4. Minggu pertama ni agak bebal, sebab kesan bius tu. So aku macam blur banyak sikit. 
Aku rasa nak tidur lebih banyak. Sebab kalau duduk memang tak larat. Seriously rasa blur bebal....


Minggu 2
Minggu yang ke2 ni aku agak sengsara sikit. Sebab kaki dah mula sakit. Yang sakit tu pun bukan tempat kena pembedahan. Dia sakit dekat betis. Muscle pain. Yeap, muscle dekat betis tu sakit sebab posisi kaki kan ke bawah.

Lepas tu, minggu ni juga aku baru minum pati haruan. Keesokan harinya terus banyak air keluar dekat luka pembedahan tu. Air tu dipanggil drainage atau serous (sirus). So memandangkan first time aku kena bedah apa semua, aku agak panik bila kapas yang tutup luka pembedahan aku tu basah, aku terus pegi emergency, doktor yang check tu pun cakap macam nanah (punyalah aku tambah panik). 

Lepas tu panggil pakar, yang memula check kaki aku tu awal-awal nak detect tu. Dia kata bukan nanah, air bisa aje. Lagipun dia tekan-tekan dekat luka aku tu takde pula keluar pape & takde sakit. So normal la kata doktor tu. 

Untuk sakit muscle aku, aku memang jumpa doktor juga, doktor bagi ubat tahan sakit dengan vitamin untuk urat katanya. So dalam dua hari juga aku bergantung pada ubat tahan sakit, sebab memang sakit sangat-sangat.

Minggu ke2 ni juga la, jahitan aku dibuka. And nasib nurse tukang buka jahitan aku ni rasanya tau rasa sakit, dia buka pun elok je. Huhuhu......


2 comments:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih