image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Chapter 1 : Kecederan Pada Kaki A.K.A urat putus 100% (Tendon Achilles Rupture)


Aku mulakan entri dengan gambar. 
Supaya korang boleh kenalpasti mana satu urat kat kaki aku yang putus, which nama urat itu ialah Tendon Achilles. 

Di sini aku cuma nak buat perkongsian. Sebab? Sebab jika berlaku kecederaan ini diagnosis dia agak sukar dan sering kali silap. Dan memandangkan Tendon Achilles aku putus 100%, jadi pengalaman ini tidak boleh disamakan dengan tendon yang putus separuh.

Jadi untuk kes aku apa yang berlaku semasa TA (tendon achilles) aku putus.
  • 1. Rasa pada pergelangan kaki belakang seperti ditendang seseorang. Sakit seperti ditendang dan sekejap saja.
  • 2. Bunyi seperti "pop" yang sangat kuat. Memang kuat sebab orang depan gelanggang aku pun dengar.


Aku takde jatuh, aku takde melompat tapi berdasarkan cakap doktor tu, maybe aku salah landing and over used tendon. Sebab apa? Sebab aku dah pegi zumba untuk 2 jam dan sambung main badminton 2 jam berturut-turut.

So Selasa malam tu juga aku sendiri driving pegi hospital kecemasan. Dan doktor yang merawat aku malam tu suspek aku cuma terseliuh dan bagi aku MC sehari. Dan Khamis aku pegi kerja macam biasa, cuma aku kene heret kaki aku sebab tapak kaki aku aku tak boleh nak goyang atau angkat. Tapi tak sampai tengahari aku minta excuse untuk pegi emergency semula.

So masa kena check another new doctor, doktor suruh pegi x-ray, x-ray came back with tulang ok takde retak or patah, then doktor tu suruh cuba gerakkan bahagian bawah kaki which is tapak kaki, but I cannot do anything sebab memang sangat kaki. Lastly doktor tu suruh baring meniarap dan dia pegang pergelangan belakang kaki and bagitau urat kaki putus. 

So untuk mengesahkan kaki urat putus, aku tunggu pakar pula lagi. Tunggu agak lama, well you all know sebab hospital kerajaan kan. Then doktor pakar datang, suruh baring 7 meniarap juga. then dia start sentuh bahagian belakang pergelangan sampai betis belakang untuk buat perbandingan & perbezaan dan seterusnya mengesahkan putus 100% tendon achilles aku.


So hari tu dapat detect, hari tu juga doktor pakar suruh masuk hospital. Khamis tu juga aku admitted to the hospital sebab pembedahan untuk sambung TA aku balik ialah besok tu juga, which is Jumaat.
Aku agak terkejut juga sebab aku tak sangka macam kecederaan takde luka takde pendarahan apa tapi   kene dapatkan rawatan and pembedahan secepat itu.

So Jumaat pembedahan dijalankan. Doktor bagi aku bius separuh badan. Maknanya pembedahan berjalan dalam keadaan aku sedar tapi tak boleh rasa dari pinggang sampai ke hujung jari kaki.
And syukur lah pembedahan end out okay. And berakhir lebih kurang jam 1.30 petang & bius mula hilang sekitar jam 8 diiringi dengan sakit yang sangat berdenyut-denyut sampai kene minta nurse tambah ubat tahan sakit baru aku boleh tidur. uhuhuuuuu

5 hari 4 malam di hospital ibarat berminggu-minggu bagi aku. Lagipun sehari selepas pembedahan baru aku perasan yang aku tak boleh duduk lama dekat kerusi roda sebab aku akan rasa kepala berat dan tak boleh luruskan kepala dan mual. Rupa-rupanya itu kesan bius dekat belakang pinggang. So Isnin aku balik pun memang agak payah sebab kesan bius tu cuma hilang kalau aku dah baring. 

Tips untuk hilang kan bius? Minum kopi. Minum kopi rasanya dua hari sekali baru aku minum sebab aku bukan peminum kopi. So dalam seminggu baru kesan bius tu betul-betul nak hilang. Walaupun hakikatnya kesan bius tu memakan masa nak hilang.






Share this:

CONVERSATION

5 comments:

  1. Ouch!! sekarang macam mana dah ok ke?
    Get well soon ya...

    Dulu Mrs. A pernah kena time main netball tendon koyak tapi bunyi meletop jugak.
    Bila kena tu tak rasa sakit pun siap boleh bandage sambung main lagi.

    Dah sudah tu bila sampai rumah bengkak habis kaki nak pijak pun ngilu. Pergi klinik doktor X-tray katanya tendon terkoyak.

    ReplyDelete
  2. mcm tu ke citenya..ouchh..skitnya..sy bedh bhgian situ gak tp kes lain

    ReplyDelete
  3. Selepas pembedahan,awak boleh berjalan seperti biasa?doktor benarkan awk berjalan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope. Bukan berjalan as if 'berjalan' hehehe. lepas pembedahan nurse tak suruh bangun. Kene tunggu lebih kurang 6 jam ke baru boleh bangun. Tapi bangun pun means duduk je atas katil tu

      Delete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih