image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Selalu Sakit Hati Sejak Jadi Cikgu.

Sakit hati pada sesetengah ibu bapa.
Kenapa?
Aku sebagai guru, even bukan aku yang alaminya sendiri, kalau tengok komen ibu bapa dalam group sekolah Malaysia yang aku join.
Sekolah buat undang-undang murid yang selalu tak hadir tanpa sebab tidak akan dibenarkan untuk menduduki peperiksaan sekolah.
Yang bikin panas? Kebanyakkan ibu bapa komen sana mau komplen pigi Pendidikan lah MOE la tanpa berfikir fakta dia sana, "YANG SELALU HADIR TANPA SEBAB". Kalau sakit kononnya takkan mau paksa la...ketara dulu pun selalu tak pi sekolah sebab tak boleh translate surat sekolah dengan betul.

Apa guna hantar anak pigi sekolah kalau dalam seminggu 1-2 kali anak tidak hadir? Satu hari belajar satu kemahiran, tertinggal satu kemahiran kamu ingat cikgu yang rugi? Anak kamu yang rugi & kami yang bersusah payah nak suruh anak kamu kejar kemahiran, yang kamu tau cuma nak marah kami buat extra class, marah kami suruh beli buku & semua nonsense.

Jangan bandingkan sekolah kerajaan dengan sekolah swasta, sekolah swasta dalam satu kelas bilangan murid lebih sikit dari sekolah kerajaan. Yang perlu dibayar kepada swasta pun mungkin 2 kali atau 3 kali ganda daripada anak kamu sekolah di sekolah kerajaan. Sedangkan nak bayar yuran RM10 pun sudah ada yang merungut, sedangkan hakikatnya itu untuk anak anda!

Aku tak paham kenapa ada sesetengah ibu bapa yang suka mencari kesalahan guru atau pihak sekolah. Sedangkan anak mereka di sekolah bukan mereka sedar pun bahawa kerja rumah anak tak siap.

Sakit hati. 




Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. mashaallah.
    the world need more teacher like u :)

    bcs some teachers just dont care. and yes. qila pun dpt rasa sakit hati tu sbb bayang jd cikgu pastu semua nak tuding jari dkt kita hek eleh betul la dkt certain parents ni haih.
    bertabah kak <3
    hugs!!!!! may allah bless u mooooore ;)

    ReplyDelete
  2. Sekarang memang macam-macam hal camni...dunia akhir zaman...lupa tentang jasa dan hormatkan guru...moga kita dijauhkan dari tergolong dalam golongan tersebut..

    ReplyDelete
  3. Jasa guru2 yang mengajar sangat besar ertinya. Tanpa mereka siapalah kita. Terima kasih pada semua guru2 yang mengajar tanpa erti jemu..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih