Search This Blog

Friday, December 30, 2016

Update Giveaway Akan Datang- Buat Atau Tidak?

Dalam masa terdekat ni aku akan buat Giveaway yang pada pandangan aku sangat best ๐Ÿ˜œ.

Sebab apa?

Sebab hadiah yang aku tawarkan aku sendiri rasa bombasstiiikkkkaaaaa๐Ÿ™Œ

Aku bagi hint saja sikit-sikit :)


Yang ni gambar pinjam. Tapi akan ada dua microfon ni jadi hadiah. Sama kaler sama bentuk. ๐Ÿ˜›

Seperti yang digembar gemburkan. Dua set makeup brush ๐Ÿ˜

Dan....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

InsyaAllah...Akan ada lagi hadiah. Huhuhu....
Yang penting korang follow. Komen buat juga kalau nak, kalau ada yang setuju, GA buat masa 01.01.2017 nanti. ๐Ÿ˜œ

Friday, December 23, 2016

Bila Ayah Dituduh Dayus Oleh Orang Yang Tanya Pasal Video Kongket


Serius cerita ni panjang sangat. Nak ulas pun tak tahu apa. But aku tak tau mana salah aku. And kalau you guys boleh bagitau which part aku salah please tell me, sebab bila aku tanya dia tak jawab pun which part.๐Ÿ˜‘




P/s Sebarang retweet, repost atau share perlulah melalui pemilik which is aku oke? Tak nak nanti ada kes salah guna. Naya aku.



Sunday, December 18, 2016

AsyaAmin - Fixed Bloglist Segment

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]


Weehooo! 
Tarikh tamat 23 Disember 2016! 
Jangan tunggu lama-lama! huhuhu

Hobi yang terbiar

Lama pula rasanya aku tak snap-snap gambar. Apa maksud aku snap-snap gambar ni?

Bagi yang ada follow insta aku mesti tau kan yang aku ni actually jenis yang suka pada seni gambar. Bagi aku berseni lah, tak tau pula yang lain.๐Ÿ˜…

Mostly gambar aku snap memang pakai henpon. 
Sebab kalau nak buat review produk lebih senang dan cepat untuk share and edit. 
DSLR aku?


Aku suka snap yang macam natural view gitu. Tapi...dengan keadaan santai. 


Sejak dah keje ni memang 'santai' itu takde wujudlah. No such thing as santai. Takde masa aku nak santai untuk snap gambar sesuka hati, apatah lagi nak lepak๐Ÿ˜ฉ.

Lagi-lagi lepas tendon rupture aku which korang yang tak tau boleh baca kat

Setiap pergerakkan aku macam limited. Bukan tak boleh nak berjalan pon๐Ÿ˜ช... Boleh aje, but dia macam ada limit. Kiranya aku ni separa OKU la kut๐Ÿ˜ข, but aku tak nak lah pula cakap aku OKU. Ishhh๐Ÿ˜ค

Tapi tengok la next year. Aku macam plan nak solo travel. Iyelah, kalau dulu ada satu member aku kawan travel, dari study memang kitaorang kaki travel even dalam Malaysia aje ahahaha. Tapi since kalau travel kene ada dengan husband dia, macam awkward pula deh ๐Ÿ˜ฅ.
Lagipun dia kena layan family mentua dia, so I guess solo travel la kan?

Atau ada blogger yang nak bawa aku sekali neh? Huhuhuuuuu




Tuesday, December 13, 2016

Poreberalone

Bulan ni je dah 2 majlis kawin yang aku urus. 

Dua-dua kawan aku. Satu kawan yang memang macam adik beradik, satu kawan yang best friend. Ehehee ada beza tauu๐Ÿ˜…


Syukur alhamdullilah kawan merangkap adik aku ni sudah selamat nikahnya minggu lepas. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜
Ini lah member yang sama-sama melalui kehidupan dekat tempat belajar dulu, sama-sama bertudung ke masjid, sama-sama berjubah ke majlis rasmi tempat study and sama-sama juga bertudung outing sesuka hati, even tho kitaorang actually non-muslim๐Ÿ˜‰.

Syukur juga la mudah perjalanan kawan aku ni untuk convert and dapat suami yang Islam. Untuk gambar dia ni aku harap korang takde la sifat judge melampau sebab aku rasa antara sebab kenapa dia tak pakai baju nikah yang tutup full set sebab dia tak nak family non muslim dia terasa kot...

Some thing tentang non muslim ni yang muslim kena paham juga. Sama juga yang non-muslim kena paham things about Islam.๐Ÿ˜˜

Untuk aku? Maybe perjalanan aku jauh lagi untuk memeluk Islam. Ayat mudah, dugaan aku masih panjang. Mulut senang nak cakap convert aje, but actually ada banyak benda, banyak hati dan perasaan selain diri aku yang aku kena jaga.

Since niat aku bukan nak kawin dulu, so nampaknya aku dah jadi pereberalone sekarang sebab adik aku ni macam laki dia pun susah nak bagi kebenaran keluar dengan aku๐Ÿ˜‘. So sendiri-sendiri la aku ni ๐Ÿ˜ข.

Sunday, December 11, 2016

Produk Baru Lagi Yang Aku Berani Cuba

Muka aku ni actually jenis yang sensitif. 

Cepat sangat dia nak merah, nak gatal kalau ada yang tak sesuai. 

Muka tak payah cakap. Kalau jemur lebih sikit aje, confirm lah klepas tu besok dia akan datang sahabat baru bernama jerawat. Kadang kala bawa kawan atau family sekali. Itu lah kumpulan The Jerawats๐Ÿ’ฅ

Kawan aku ada suggest benda ni.


Dia kata kulit aku yang senang nak naik jerawat sesuai pakai ni. Kalau jenis berminyak pun sesuai.

So aku nak pakai benda ni dah seminggu, baru aku perasan, kumpulan jerawat belum datang melawat lagi walaupun dah 3 hari aku tidur tak on time. ๐Ÿ˜ฌ

Memang betul la banyak produk yang best di luar sana. But just in case, ada diantara korang la kan yang sama spesis dengan kulit aku yang cerewet bin memilih, maka boleh lah korang try produk ni.๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Yang penting walau apa pun, jangan sesekali beli produk yang terlalu murah & efek dia sepantas melepaskan kentut.๐Ÿ’จ

Yelah, takut ada mercury kan. Aku dah pernah kene. Serius terus hodoh beb. ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ๐Ÿ˜ฉ

But still aku bersyukur juga lah sebab sekarang ni dah ok. Takde lah seteruk macam mula-mula aku kena dulu.๐Ÿ˜“

Wednesday, December 7, 2016

Giveaway Tahun 2016? Atau 2017?



Hai semua ๐Ÿ˜˜

Sebenarnya aku tengah fikir nak buat GA untuk tahun ni bulan December 2016 ni ke atau nak buat bulan Jan 2017 nanti๐Ÿ˜•

Dok kumpul hadiah untuk GA lagi. And kalau perasan dalam insta. Makeup brush yang comel tu merupakan antara hadiah untuk GA yang aku plan nak buat ๐Ÿ˜Š huhuhu.

Brush tu memang comel sampai aku pun ada belikan satu untuk diri sendiri. Padahal bukan reti pon nak pakai makeup bagai ๐Ÿ˜….


Tuesday, December 6, 2016

MacBook Pro Tanpa Touchbar


Dan akhirnya laptop lama berganti dengan laptop baru. ๐Ÿ˜Œ

Dan aku buat entri ni baru perasan blog dah boleh letak emoji๐Ÿ˜ฎ. Aku ni kalau bab emoji memang paling menang la๐Ÿ˜Ž. Tapi baru perasan tak banyak emoji yang ada, tapi yang sedia ada pun sudah mencukupi๐Ÿ˜œ.

So kali ni aku review pasal MacBook Pro edit 2016 ni. Kalau yang tak tau, Apple dah keluarkan laptop MacBook Pro yang baru dengam dua warna which is space grey dengan silver๐Ÿ˜. And aku dengan rasminya beli yang warna hitam atau space grey, seperti yang korang nampak dalam gambar ittew๐Ÿ˜Œ.

Ok selain dua warna. MacBook Pro edisi 2016 ni ada dua jenis juga. Satu dengan touch bar, & another one dengan take touch barn yer ituuu... Touch bar ni advantage kepada yang profession dia nak edit video bagai sebab mudah nak reverse ke, forward ke dengan hanya menggunakan jari telunjuk huhuhu ๐Ÿ˜.

Since aku ๐Ÿ˜• takdelah perlukan fungsi touchbar tu. And then tambahan pula harga yang ada touchbar tu seriously mahal๐Ÿ˜ฉ.

So...MacBook Pro edit 2016 dengan MacBook Pro lama Aku edit 2011. Apa bezanya?

Well first of all. Beza yang paling ketara ialah pada saiznya. Walaupun sama 13inch, tapi yang ni macam kecik sikit. Kalau tengok macam screen MacPro baru lebih besar, tapi skrin sama saiz cuma body jadi kecik and yang paling penting ๐Ÿ‘†, dia dah jadi nipis dan sangat ringan berbanding yang sebelum ni.

Masa bawa dekat handbag, yes handbag boleh muat MacPro ni๐Ÿ˜…. Takde rasa pon. Hampir lupa dekat handbag ada laptop sebab handbag kan selalu main baling aje๐Ÿ˜“.

Selain tu, yang baiknye ialah trackpad dia puas hati beb. Besar dan luas daripada yang lama. Tapi untuk keyboard maybe sebab aku belum biasa. Rasanya macam takde tertekan keyboard pun ader sebab macam nipis aje walaupun dia lebih besar setiap satu buttonnya itu. Senang citer, keyboard dia sama macam MacBook Air. Huhuhu...๐Ÿ˜…

Salah satu benda yang tak best pasal MacPro baru ni ialah, port dia cuma ada 3. Which is 2 port USB-C and satu headjack untuk earphone. USB-C ni tak sama tau macam USB pendrive yang kite selalu pakai tu. So memang kena keluar duit untuk beli adapter dia la. Itu aje yang aku kira tak puas hati๐Ÿ˜ค.

Tapi actually yang baiknya pula. Dia ada adapter yang ada 4 lubang USB yang boleh digunapakai. Kelebihan USB-C ni pula, cucuk 3 jenis benda berbeza contohnya charger+HDMI+USB pun still boleh jalan sebab USB-C ni memang dicipta multipurpose & very tahan punya๐Ÿ˜.

Overall perasaan aku pasal MacBook Pro edisi 2016?

Aku still dalam tempoh nak sesuaikan diri dengan keyboard and fungsi trackpad dia. But actually takde juga aku menyesal beli ni even tho kena pakai adapater bagai. Sebab apa? Sebab seriously laptop ni ringan boh๐Ÿ‘.

P/s ini aku tambah. Baru je aku test sound dia. Omaigadddd๐Ÿ˜ฑ best giler sound dia!
Lepas ni memang tak payah loudspeaker bohhhhh!


Tuesday, November 29, 2016

Nak Atau Tak Nak

Sejak aku pakai laptop Mac memang terus aku lebih guna gadget jenama Apple. Walaupun mahal tapi rasanya berbaloi. Jadi kalau nak beli memang beli ikut yang betul-betul nak pakai seperti laptop & henpon aje lah.

Kalau ikut hati memang nak beli ipad. Tapi kegunaan ipad macam takde kat situ sebab aku ni walau macam mana pun memang lebih suka guna laptop.

So. Aku punya first laptop Apple Macpro keluaran 2011 masih aku guna sehingga sekarang. Tapi dah upgrade lah. Upgrade sendiri sebab version aku ni kita boleh upgrade sendiri. Kalua jenis Macbook dengan Macbook Air aje, yang tu dia fix dan korang tak boleh atau tak dapat nak upgrade isi dia.

Maksudnya, kalau hardisk rosak memeamng rosaklah cerita dia. Tapi untuk Macbook Pro kalau rosak satu benda masih boleh replace, tapi masalahnya meamng mahal sebijik laptop Macbook Pro ni.

So maybe aku akan review Macbook Pro yang terbaru ni. 

Dia ada dua version, satu yang takde touch bar, yang satu pula ada touch bar. Nampak tak yang colour dekat keyboard tu? Hah itu la touch bar nye. Korang boleh play video sorong tolak aje dengan jari. Kalau ikut keupayaan orang yang mampu, walaupun fungsi tak berapa maybe boleh test beli. Dan sesuai untuk orang yang memang pro buat video & kerja utama tukang buat video sebab lebih senang.

Tapi untuk aku & ikut kemampuan aku. Aku cuma boleh beli yang takde touch bar.


Satu aje yang tak bestnye tentang mac baru ni ialah diorang dah kurangkan lubang-lubang yang ada pada laptop tu. Kalau sebelum ni ada 8 lubang kalau mac aku sekarang. Yang terbaru pula hanya tinggal 3. Maksudnya, salah satu lubang atau port penting iaitu untuk USB pun takda.

Ertinya, memang kena beli lagi sambungan untuk USB port. Untuk aku, aku rasa kebaikkannya memang segala habuk payah la nak masuk lepas ni, kalau jenis besemut pun takde nak risau hahahhaa...

Aku memang kena beli laptop baru. Tapi still not sure nak beli ke tak yang version baru ni sebab port USB ni bagi aku sangat-sangat penting. Nanti jumaat, InsyaAllah aku pegi test dekat outlet Apple dulu. huhuhu.....

Sunday, November 27, 2016

Bila Barang Baik Sudah Sampai- BAE BB Cushion


Kan aku ada cerita pasal AKU BERSANGKA BAIK dekat entri latest tu. Actually benda yang aku order tu dah sampai waktu hari Jumaat hehehe. Lawa aje packaging dia tau. Kemas, comel & aku boleh cakap rasa berkualiti.

Waktu aku ambik tu aku masih kat sekolah lagi bekerja macam biasa. Walau budak cuti sekolah cikgunya sebenarnya bekerja seperti penjawat biasa.

Lepas tu aku ada test juga kejap dekat sekolah. Aku kan selalu suka lepas dengan kerani sekolah aku dekat ofis dorang. So bertepek aku di sana sambil cuba try test BB Cushion ni hahaha. Respon dari dorang aku nampak lawa. Lepas tu mata aku ke atas sambil senyum lebar. Hahahaa

So balik rumah aku pun cuba lagi.


Serius lawa beb.
Rasanya ini produk bedak muka BB cream ke apeke mende yang aku puji berkesan.
Kulit aku ni kan kulit mak datin sikit. Cerewet sangat walaupun tak lawa ahahhaa.
So bila pakai BB Cushion ni kebaikan dia ialah kulit nampak putih but still dia nampak naturally looks like that.
Maksudnya macam tak nampak korang pakai bedak kat muka tapi sebenarnya ada & korang nampak flawless.
Korang tau tak bedak yang korang pakai and then macam dia bergumpal-gumpal dekat mana-mana bahagian muka yang dia suka la ahaha. Yang ni xde macam tu. Aku tau sebab sebenarnya aku suka cuba test produk muka bedak-bedak foundation concealer bagai ahahha

So sape rasa-rasa tiba-tiba tertarik nak cuba try test beli, boleh la pegi page dia kat Instagram ni hah...Hehhehe




Saturday, November 19, 2016

Bila Terlalu Bersangka Baik aka Meletakkan Harapan XD

Aku ni selalu cuba nak bersangka baik. Actually bila fikir baik aku ni sebenarnya suka meletakkan harapan. Harapan itu mesti lah yang baik-baik kan? huhuhu

So cerita yang latest pasal aku pasang harapan ni bila aku nampak satu benda ni dekat Insta Stacy.



Aku tengok dia punya video masa pakai pun syiok juga. Terus nampak betul-betul flawless. Hehehehe.
So dekat muka surat ini juga aku ada komen sebenarnya. 



Hahaha aku letak harapan kut kut dia nak bagi free bagi aku test cuba pakai. Sekali kena pm rupa-rupanya dia pm harga XD Hahahaha...

Ok la fine...memandangkan memang aku nampak and then aku tertarik terus. Jarang wey aku nak tertarik benda-benda kecantikan macam ni. Serius aku cakap sangat rare aku nak order apatah lagi beli barang mekap ni kecuali perlu sesangat. Ahahaha...

So, malam ni buat payment nanti dah sampai aku buat review. Manatau aku pakai best. Sebab aku ni kan cerewet sesangat. Huhuhuuuuuu

Friday, November 18, 2016

Hai November *edisi lambat


Lama juga Aku tak update entri ni.
Untuk bulan November ni macam belum ada apa-apa laga yang aka update kan?
Lepas kaki dah bebas simen hari selasa bulan lepas, terus aku start bekerja. Fuh"
Memang banyak kerja menanti dekat sekolah.
Sibuknya pula sampai ke hari ni baru aku boleh duduk kejap untuk update entri.
Manatau ada yang tercari-cari aku hehehe.

Sunday, October 23, 2016

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia. Penghantaran hadiah hanya dalam kawasan Malaysia sahaja
  2. Mempunyai blog dan instagram 
  3. Follow blog: http://www.bajuwarnacoklat.com/ dan http://tyrasahaja.blogspot.my/
  4. Follow instagram: @nurraihanahhh dan @loveaa.my_
  5. Kalau ada twitter, sila follow @NRraihnh
  6. Buat satu entry bertajuk Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha dan letakkan banner di atas, sila backlink ke entry ini sahaja
  7. Di dalam entry tersebut, anda dikehendaki untuk menulis tentang ‘random kindness’ yang anda pernah lakukan dengan ikhlas dan jujur. Penulisan hendaklah berdasarkan pengalaman penulis [peserta] sendiri dan unsur tipu dan tidak jujur adalah tidak dibenarkan sama sekali. Sila sertakan sekali dalam entry nama instagram anda untuk tujuan pemeriksaan. Individu yang tidak mengikuti syarat yang ditetapkan akan di blacklist daripada menjadi pemenang giveaway ini.
  8. Selepas ayat terakhir anda dalam entry, sila sertakan ayat di bawah: **Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**
  9. Sila komen dan berikan link penyertaan anda di entry ini sahaja.
  10. Giveaway akan tamat pada 13 NOVEMBER 2016, jam 11pm. Jadi anda dikehendaki untuk berikan link penyertaan sebelum pukul 11 malam pada 13 NOVEMBER. Pemberian link penyertaan selepas waktu yang dinyatakan adalah tidak diterima.
  11. Pemenang yang terpilih dikehendaki untuk menulis review tentang pengalaman memakai Shade Dough ini dan selfie bersama-sama dengan Shade Dough by Hanis Zalikha di blog dan juga kongsikan gambar selfie anda di instagram dan tag @loveaa.my_

TARIKH-TARIKH PENTING: 

  1. Giveaway tamat: 13 NOVEMBER 2016 
  2. Pemilihan pemenang: 14 NOVEMBER 2016 sehingga 18 NOVEMBER 2016 
  3. Pengumuman pemenang: 19 NOVEMBER 2016

_________________________________________________

Cerita Tentang My Random Kindness

Hm...Agak kekok nak cerita pasal kebaikan yang aku buat. Sedangkan aku rasa ada yang buat lebih besar kebaikan namun tidak diketahui oleh sesiapa kecuali Allah kan?

Tapi untuk satu ini, semoga kebaikan yang aku kongsi ini dapat membuka fikiran korang yang membaca entri ini & sekaligus join la GA ini yer. Hhuhuhu....

Masa aku study dekat suatu tempat ni dulu, memang ramai pengemis yang berstatuskan PTI berjalan-jalan meminta sedekah. Cuma aku sendiri tak pasti duit yang mereka dapat itu sama ada untuk diri mereka atau ia hanyalah taktik sindiket semata-mata.

So suatu hari ni, kebetulan duit aku pun nak kata cukup-cukup aje untuk belanja aku sehingga next elaun. Tiba-tiba ada seorang budak yang asyik minta duit dekat aku dengan member aku sorang tu. Masa tu pun aku tengah lapar sebenarnya. Masa budak tu minta entah tetiba pula aku cakap 

"Kalau duit aku takda. Kalau nak aku bagi makan."

Budak tu pandang aku macam blank. Macam dia pun tak tau nak respon apa. Dia tengok aku sambil macam pandang someone dekat tempat lain. Rupa-rupanya ada lagi sorang sebaya dia. Mungkin kawan atau adik atau abang. Dalam keadaan comot, kotor macam tu aku bagitau tuan punya gerai, boleh tak benarkan budak-budak ni duduk dekat sini makan, nanti aku bayarkan. Tuan punya gerai tengok aku & tengok budak, dalam hati aku jangan lah pula dia kata tak boleh, takkan nak budak ni makan tepi jalan kut.

Aku suruh budak order apa-apa makanan yang diorang nak. Dalam keadaan begitu diorang order makan, tapi order satu aje untuk diorang kongsi... Aku tanya kenyang ke tak, diorang kata cukup. Dalam keadaan kekurang diorang tak ambil kesempatan tetapi diorang minta yang cukup untuk mereka.

Lepas makanan diorang sampai, aku bayar dekat tuan gerai. Aku cakap, biar diorang makan sampai habis sebab aku dah bayar. Lepas tu aku jalan dengan member aku. Lepas tu rasanya macam takde jumpa pula budak-budak tu lagi walaupun aku dengan member aku selalu jalan dekat kawasan tu.

So itu aje cerita biasa Random Kindness aku dari aku. =)

My Instagram


____________________________________________________________

**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**