Search This Blog

Saturday, December 26, 2015

Plastic Surgery Kononnyerrr

Aku tau lama aku hilang. And aku minta maaf kepada sesapa yang serius follow update entri aku. Hehehe..

Aku menghilang ni pun bersebab. Sebab aku buat plastik surgery. Pada siapa? Bukan siapa. Lebih kepada apa. Pada laptop aku. Hehehe...

Aku upgrade laptop. 

Ramai yang tak sedar sebenarnya laptop yang korang ada sekarang boleh korang upgrade atau ubah isi dalam laptop itu sendiri atau dengan bantuan mereka yang pakar tentang laptop. Kalau nak beli laptop baru lagi canggih, lagi lagi yang power maybe dalam 3K atau 4k kan? Aku upgrade laptop aku baru-baru dari hardisk SATA kepada SSD & upgrade RAM aje dalam RM1777 termasuk upah nak buat. 



Maybe ada yang akan cakap 1777 itu terlalu mahal. But untuk dapat apa yang aku upgrade ni dalam laptop baru its gonna be really expensive dari harga yang aku dah bayar ni. Huhuhu...

Saturday, December 12, 2015

Review Blog Siri 31 - 35 : Peserta Oktober GA MekZumbie

31.
 
Actually aku tak tau header dia ni sengaja macam tu or memang loading page aku problem. Ini lah masalahnya kalau line lembap. Tapi aku suka header dia. Nampak macam pro & interesting. Hahahaa Jadi isi dia macam mana? Apa kata korang jenguk. Nanti aku dah cerita panjang lebar korang tak pi jenguk pula. Hehehe



32.
So aku rasa. Tengok header pun korang tau kan ini blog apa. Hehehe. Aku rasa tak rugi kalau follow blog macam ni. Sebab apa? Sebab entri dia mesti selalu up-to-date pasal semua jenis contest & GA. So kalau korang jenis yang memang tak boleh nak ketinggalan segala contest dengan GA memang wajib follow blog ini. Hehehe.


33.
 
So untuk blog seterusnya. Aku ni agak macam terkejut lah. Sebab apa? Sebab header dia soft je. Bagi aku soft la. I mean tengok gambar. Tapi kalau tengok overall blog dia..Mak aii...Macam dua personaliti kot. Hahaha XD Tak percaya? Cuba jenguk.


34. 
Untuk blogger peserta yang ke 34. Aku rasa maybe dia ubah setting ke aper? Sebab aku ingat dia punya blog aku dapat masuk hari tu. But aaju share aje. Manetau aku ke yang kene block XD Hahahaha singgah aje dekat  http://theathra.blogspot.com/ :)

35. 

Kalau tengok blog dia ni ada beberapa benda yang comel. Serius comel. Macam tuan dia tu yang menyandar dekat batu tu. Hahaha. Kalau korang tak percaya nanti korang masuk blog dia ni scroll sampai bawah & jeng...jeng...jeng...Nampak lah korang apa yang aku cakap comel itu. Hehehehe




Official Facebook Untuk Mek Zumbie Blog :)


Link aku belum sure macam mana nak letak. Tapi kalau korang ader free time sila la add ke, follow ke, arr... Hehehee :)

Friday, December 11, 2015

LAZADA TIPU PENJUAL BAGI PEMBELI HARGA MURAH GILA !!!


Aku baru je beli jam tangan lelaki kat LAZADA minggu lepas. Harga asal dari seribu lebih kepada hanya seratus lebih aje! Aku mula-mula ingat memang cincai ke aper, tapi bila jam tu sampai... Homaigaddd...Lawa siot! Ini pula ada lagi contest, memang aku tak nak lepas kalau kene bagi tunai lagi untuk shopping di LAZADA .....XD...

Jam yang aku beli tu Jenama dia OFFICINA DEll'ATTIMO, untuk si dia kononnya nak ganti jam dia yang pecah, frust menonggeng sebab jam tu ada sentimental value dia beli kat PARIS. pffttt.... Terpaksa aku pujuk XD. 

Tapi aku tengok ada sale gile gile dari LAZADA ni memang terus gatal hati aku nak membeli lagi. Sebab apa? Sebab ada beberapa benda yang aku aim nak sangat-sangat sebab aku perlu dan aku nak. Kalau sekadar nak nanti korang kata aku ikut nafsu pula kan? So aku memang perlu guna sebenarnya. Hehehehe

1. Aku perlu AIR PURIFIER


Aku rasa exhaust fan dalam bilik aku tu tak cukup. So memang aku tengah tengok-tengok mana yang aku rasa aku mampu tapi pada masa yang sama kecik aje tapi function dia all out. Takat ni memang ni je yang aku berkenan.  XD


2. Aku perlu TAB atau sesuatu yang besar dari henfon aku sekarang untuk nak buat nota tapi bukan dengan kertas.
Sebab setiap kali kursus, setiap kali mesyuarat atau setiap kali lepas aku dah tulis kat kertas aku lupa mana aku selit, mana aku letak. Jadi memang kerja aku selalu macam cincai. Memang dah lama aku aim ni. Tengok harga memang perrggh...Jimat!


3. Dan benda paling last yang aku rasa aku nak. Vakum Kereta.

Benda yang aku perlu sebab kete aku adui....Kalau nak gi cuci kete tiap-tiap minggu macam boleh tahan juga belanja duit ni. Aku ni kalau boleh memang nak try lah simpan-simpan or bajet-bajet belanja kan. Huhuhu....

Ini aje yang aku rasa-rasa nak beli dekat LAZADA takat ni XD. Sebab apa? Sebab ada beberapa item aku dah beli dekat LAZADA dan sedang menunggu. Manatau rezeki menang boleh lah beli lagi kannnn...Hehehe

SO? Jangan lepaskan peluang untuk beli barang idaman korang dengan harga tipu penjual sementara pembeli dapat harga murah pada 10.12 hingga 12.12.2015 nanti. Hehehe..Untuk maklumat lanjut? Pegi je : http://www.lazada.com.my/online-revolution/




P/S.. Aku baru aje order Sewing Machine ni. XD



Sunday, December 6, 2015

Bila Sudah Ketagih!

Haih...Sejak aku cuna sekali dengan member aku...Terus aku jadi teruja, terus aku jadi ketagih pada benda tu. 

Bukan nak cakap apa. Member aku memang dah lama buat benda tu. Aku tengok memang seronok diorang buat, memang diorang ada juga ajak aku sekali..Tapi selalu aku tolak sebab aku takut. Takut nanti aku pula yang tak boleh buat, takut nanti aku pula yang ditertawakan mereka yang sudah lama ikut buat macam tu.

Tapi entah kenapa hari tu aku nekad. Aku nekad walau apapun yang berlaku aku tak peduli. Aku akan ikut. Peduli lah sapa yang nak suruh aku tarik diri aku tak kisah. Sebab aku dah buat keputusan. 

Yang aku akan join larian 
Larian sejauh 12.8KM untuk novice macam aku. Bukan sekadar novice. Memang betul-betul first time aku lari actually more too jalan sejauh itu XD. Yang paling puas hati sebab ader medal.

And then aku ikut lagi my second marathon. Which is Zombie Infested Run dekat Kota Kinabalu. Yang tu best sebab aku mekap jadi zombie, padahal aku guna pewarna telur merah aje XD Nasib boleh hilang tau! Kalau tak aku jadi avatar merah dalam seminggu.


So aku sekarang ni memang dalam keadaan macam ketagih nak join lari. But semua yang dekat-dekat tempat aku ni aku terlambat untuk register. So....Terpaksa tunggu untuk next year. haih...

Saturday, December 5, 2015

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2015 SHEILA INSPIRE

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Give Away Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire



Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq, Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang serta Yang Maha Memberi Rezeki, dengan ini saya ingin melancarkan "Giveaway Akhir Tahun 2015 Sheila Inspire".... sempena template baharu ini dan keluarga besar blooger yang sering berkunjung ke blog yang tak seberapa ini.... semoga ukhwah kita sentiasa terjalin,,, tegur-tegur la diri ini. Adakala tak berapa nak aktif kerana kesibukan tugasan.... Akhir sekali, saya harap dengan GA yang tak seberapa ini dapat menjalinkan hubungan kita sesama blogger.... Maaf yer gambar hadiah tidak clear....

Syarat:
1. Buat entry masukkan banner dan link ke segmen ini.
2. Kalau sudi boleh follow : Sheila Inspire, add Facebook, add Twitter, friend Google, follow Instagram (kalau tak nak pun tak apa)... terpulang....
3. Jangan lupa tinggalkan link di petak komen.

Tarikh akhir : 29 Dis 2015 jam 11.59 pm

Hadiah 

3 x (2 orang) (hadiah misteri)



1 x (1 orang) planner 2016


1 x (1 orang) diary 2016


3 x (3 orang) shawl H&M


1 x (1 orang) face tower + vase


1 x (1 orang) botol air


1 x (1 orang) beg mickey mouse


3 x (3 orang) pamplet set zikir Asmaul Husna


Setakat ini 12 peserta bertuah dicari dan mungkin akan bertambah dengan kasih sayang Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Razzaq.... Keputusan akan ditentukan secara cabutan bertuah pada 31 Dis 2015 InsyaaAllah, Allah Ya Baari'.... 


Senarai Peserta





Friday, December 4, 2015

Review Blog Siri 21 - 30 : Peserta Oktober GA MekZumbie

21.
Peserta blogger yang ke 21 ni pula aku tengok banyak giler jenis entri yang dia bagi. Korang nak cerita pasal retis ada, pasal tips benda-benda ader, memang semua complete set. So aku kira blogger ni memang rajin nak cari info-info yang paling latest & share kepada semua especially pembaca dia. Seriusly kalau korang nak updates on anything, pegi je dekat blog akak ni. Huhuhu....


22.

Blog ni pula aku tengok mesti jenis rajin nak blog walk ni sebab tengok update GA banyak ahahaha. Ada juga terselit-selit entri yang berkaitan dengan hidupnya iu. Sesuai dengan headernya tu which is actually aku rasa sangat unik kot. Hehehe...



23.
Jangan cakap header dia yang yang baik. Blogger dia pun baik sebab apa? Sebab dia akan buat bloglist penghargaan dalam entri dia & aku pun ada dalam tu ehehehe. Penghargaan apa? Korang pegi tengok cepat! hhahaha


24.
Blogger Cik Belbel ni aku tengok suka update pasal cerita retis dengan movie drama sekali kan, tapi itu untuk bulan ni punye lah. Kalau bulan lepas-lepas tak berapa sangat. Blog dia ni remix punya cerita. Hehehe Ada info pasal  blog, sikit-sikit info pasal routine life yang lain-lain korang pi tengok sendiri hehehe.


25.
Jangan korang tertipu dengan header dia yang simple, sebab isi entri dia ni power superb! hehehehe... Untuk blogger ni pula aku tengok rajin bebenor dia update entri. Epecially pasal movies, program and lots more. Ini kalau nak up-to-date memang boleh je korang follow dia terus. Kenapa? Sebab aku tak serajin dia ni. hehehehe 



26.
Dari blogger ni memang boleh dapat banyak entri GA yang best best. Aku rasa dia ni mesti rajin nak blogwalk bagai Hehehe So kalau korang nak dia pegi blog korang, rasanya tak salah kalau korang jenguk blog dia laju-laju. XD


27. 

Blogger ni pula banyak pasal life & pengalaman dia.  And then tengok button dia kat dekat header. Ada pasal PTPTN & Maybank. Maybe korang-korang yang nak sambung study dengan pinjaman duit belajar boleh jenguk-jenguk kat blog dia for more info. And then sesapa minat filem Tuan Anas Mikael pun boleh gi lepak blog dia huhuhuuu....



28.
Akak blogger ni pula kalau tengok header pun tau dia ialah pakar Shaklee. So sesapa yang nak tambah sihat tu boleh lah jenguk & hubungi akak blogger kite ni. Jangan malu-malu nak bertanya, kelak diri sendiri yang tak tau. hehehe Kalau tak nak makan takpe, boleh juga jadi tukang jualnya macam kak blogger kita ni. Hehehe..Cuba ushaaa.




29
.
Yang rarenya blogger seterusnya ialah blogger ni menggunakan platform WIX untuk blogging. Dia tak guna blogspot. Dulu pun aku ada juga terserempak Wix ni, ader register juga tapi tak reti & malas nak gune. Tapi serius, semua page WIx ni aku boleh cakap coollllll....Tak percaya? Cuba korang pegi tengok.


30. 
Hah ni pun jangan lupa terjah. Misteri sangat blogger kita ni kalau tengok dari header kan? Apa yang misterinya? Biarlah jadi misteri. So korang jangan lupa jenguk blogger yang ada header misteri ni, sebab kalau aku cerita banyak nanti tak jadi misteri dah. XD hahahaaa


Tuesday, December 1, 2015

Mari Jadi Volunter :)

[KLIK BANNER UNTUK DAFTAR]

 Sea Games pada tahun 2017 nanti akan diadakan di Kuala Lumpur. 
So aku tengok kat wesite dia actually dia perlukan bantuan sukarela daripada sesiapa yang mahu atau sudi sumbangkan tenaga dalam menjayakan SUKAN SEA di KL untuk tahun 2017 nanti. 
Jadi korang tunggu apa lagi?