Search This Blog

Monday, September 21, 2015

Musafir Yang Merantau

Sepatutnya aku nak buat ni giveaway sempena raya bulan ni. Tapi sebab aku pun tengah sibuk nak buat Ibadah Qurban, & aku blum lagi balik rumah dengan laptop yang tinggal kat umah tu.... Alamatnya memang tak jalan bulan ni maybe aku buat awal bulan Oktober okey?

So aku takat ni kat Negeri Sembilan. Kat kampung & takde line tenet kecuali bila dah kat Seremban.  So agak betul juga aku tak bawa laptop tu bawa datang. Huhuuu. Update gune henpon kecik aje lah, maybe kene tukar pegi Samsung Note 5? Hahahaha

Doakan perjalanan untuk buat Ibadah Qurban nanti selamat hokey? 😁 Till i write again Selamat Hari Raya 😊


Thursday, September 10, 2015

Tukang Jahit Level 1

Okey, antara percaya atau tidak. Aku at the age of 24 tak reti guna mesin jahit moden. Moden lah, you know yang bukan nak hayun kaki naik turun tu.

So aku ni actually dah beli sebuah mesin jahit kecik lah katakan. Untuk apa? Bukan nak belajar menjahit. Tapi memang nak menjahit kononnya. Aku ni sebenarnya suka sangat menjahit.. Tapi selalunyakan aku jahit pakai tangan. Tapi bila benda yang ko nak jahit tu memang panjang lebih dari semeter, memang liat sungguh lah nak jahit pakai tangan kan? ahahhaa


Beli dekat LAZADA sebab dah lama aku dok usha ahahaha XD

Petang aku ambik terus aku try malam. Perrgghhh...Terus siap satu lagi passport cover.


And as you all can see. Its not so perfect. Tapi itu lah hasil jahitan level one aku. Ahahaha XD And aku akan guna yang ni as civer passport aku, sehingga aku boleh buat yang betul-betul kemas punya cover.  But still it looks cute juga kan? hahahhaa

Sunday, September 6, 2015

September Giveaway Maybe?

So bulan ni aku rasa aku nak buat giveaway lagi. But then aku takmo buat giveaway senang macam hari tu, tempek je reload number lepas tu korang rembat je no no no...Hahaha Kali ni aku bagi susah sikit, sikit aje lah mana banyak susah dia ni...:P

So maybe reload tetap akan ader. Topup untuk Digi, Maxis & Celcom, tapi kalau korang ada baca entri ni & rasa-rasa nak tambah satu Tunetalk you are welcome to comment. huhuhu.... Lepas tu aku nak tambah wallet. Wallet kulit tau atau purse ke yang dompet jenis panjang tuuuuu, aku beli dalam harga Rm100+ tapi tak terpakai then rasanya better send out as giveaway kan?

And then hari tu aku di bakery jumpa mug kiut gilerrrrrr, so maybe I'll add that as gift for the giveaway...Jumlah barang giveaway ada 8. 

Aku rangka la dulu apa yang aku kene nak korang buat ke haperr...Hahaha Aku nak cari idea buat rangka isi entri giveaway dulu.....



Saturday, September 5, 2015

Keluar Dari Malaysia.

Bulan ni aku akan keluar dari Malaysia. Keluar sekejap aje. Itu pun bukan pegi jauh, pegi Vietnam. Kejap je okay kejap je. Hehehee 

Untuk apa aku gi Vietnam? Macam ramai pula kan orang gi Vietnam baru-baru ni. Sebenarnya aku pun macam baru perasan sikit yang ramai plak gi Vietnam ni, sampai ada orang haritu tanya kenapa ramai orang gi Vietnam. Aku pun tak tau sebenarnya. . . . 

So apa sebenarnya tujuan aku pula gi Vietnam? Sebenarnya aku join Ibadah Qurban anjuran tempat aku study dulu. Niat dah lama nak join tapi tahun ni baru berkesempatan nak join. Apa Ibadah Qurban tu? Dia macam buat misi bantuan kemanusiaan kite akan gi perkampungan orang susah & give them what they need. 

And since aku tau aku ni jenis tak reti jaga benda-benda aku, aku mengisi lah kononnya masa lapang aku yang tak berapa lapang itu dengan membuat cover passport aku. 


Sekian untuk masa lapang aku hari ini. hahahhaaa



Friday, September 4, 2015

Sibuk Atau Penyibuk?

Memang aku ni antara jadi penyibuk atau aku ni sebenarnya memang sibuk. Berapa lama blog aku terbiar aku pun tak hingat la...Tapi sebenarnya hari-hari aku ingat nak dok update blog. Tapi bila nak buka nak taip, terus idea tu hilang. Terus masa taip takut korang rasa boring. :P

So aku actually sibuk sikit kat sekolah. Sebab ada lawatan daripada 17 orang guru besar daripada semenanjung. And aku ada volunteer and kene suruh buat gift for all of them and for each of them. So dekat aku cuma gambar untuk gift setiap dorang. Its cute, but aku tak tau sesuai ke tak untuk guru besar sekalian itu, tapi dengar cerita diorang liked it so very much sebab it was a handmade gift & rare katanya.

And this was made actually a day before diorang nak datang. Last minute request from my boss. Hahahaa 

And sebelum belum tu pula. Aku tersangatlah sebok menconteng dinding. Actually jumlah dinding ada 3 kesemuanya. And Im just gonna show u gaiss yang satu aje. Dinding paling besar aku tunjukkan. Hahahhaa


So...Nice kan warna mural tu? Bukan senang sebab kene lapiskan warna yang sama over and over again. Which is paling sikit 3 kali lapisan warna yang sama supaya warna dia timbul dengan lawanya. Hahahhaa....Aku ni memang penyibuk sebab sibuk...