Search This Blog

Sunday, August 23, 2015

Hantu Setan

Nak dijadikan cerita sepanjang aku jadi pelajar yang duduk asrama, sepanjang waktu itu lah aku lalui episod histeria, jumpa hantu, dengar benda pelik semua tu. Bukan nak share aku hebat ke, aku malang ke atau aku suka.

But atleast, aku ada pengalaman dan pengalaman ni aku rasa baik untuk dikongsikan bersama dengan korang-korang yang bakal duduk asrama ke hostel ke with zero experience on how to choose your room, kalau tak pun katil dalam hostel atau asrama. hehehehe
1# RAJIN MESRAKAN DIRI
Bila kita tiba di tempat baharu, adalah wajib bagi kita sebagai tetamu untuk buka mulut dahulu. Buka mulut apa? Buka mulut & make friends dengan orang yang ada dekat asrama tu. Siapa yang paling utama? Pakcik Guard & Makcik Cleaner. Kalau bukan pun Makcik Guard & Pakcik Cleaner. Why??
Selalunya yang keje kat tempat tu memang dah lama keje kat situ & diorang yang dah pernah melalui semuanya. Diorang tau tang mana yang paling banyak hantu menunggu & paling penting ialah diorang tau bilik mana yang tersenarai dalam blacklist.

2# SPOT THE KEPELIKKAN
Pernah tak korang gi satu tempat, atau spesifik satu bilik tu pastu banyak pula bawangnye, banyak pula daun limaunye. Macam-macam lah. Selalunya memang weird & bilik tu atau tempat tu ada something wrong. So kalau dapat pindah, pindahlah. Kalau tak dapat its okay, rajinkan diri tu solat.

3# JANGAN TAMAKKAN TINGKAP
Biasalah orang ni kalau boleh sengaja nak dok dekat tingkap. Macam aku dulu suka dok dekat tingkap. Malam pun suka buka tingkap sebab nak angin sejuk. Cuma aku syukur sangatlah takde pula kene peristiwa yang menakutkan dengan tingkap. Yang ada aku takutkan diri sendiri sebab dekat luar tu gelap, pastu ada pokok pastu mulalah aku tebayang macam-macam. .... So selalu kalau dah panas sangat aku buka tingkap tapi langsir aku tutupkan separuh, hahaha Kalau nak tido memang aku akan tutup tingkap huhuhu....

4# JANGAN PILIH TERLALU DEKAT DENGAN TOILET
Aku tau ada jenis pemalas, sebab tak nak jalan jauh-jauh baik pilih bilik dekat toilet. Demmm...Pengalaman aku, kawan aku yang dok bilik dekat toilet ni selalu sangat kene histeria. Aku juga yang selalu kene panggil untuk tolong tahan benda tu. Lama-lama aku jadi annoyed. Bila kene panggil aku marah, aku marah bende tu suruh dia keluar sebelum aku panggil ustaz, itu pun marah dalam hati. Hehehehee

5# JANGAN SUKA KE TOILET MALAM BUTA
Banyak student diduga didalam tandas ataupun masa on the way nak ke tandas. pecaye tak? Kalau korang tanya budak-budak yang dok asrama, yang pernah ke tandas lepas jam 12 malam sebelum jam 4 pagi mesti akan cakap pernah jumpa benda pelik atau terserempak. Itu memang normal sebab hantu ni mula bekerja time-time macam tu. Sengaja nak menyesatkan akidah, sengaja nak timbulkan kepercayaan karut. So korang pun time dorang keje tu korang tu ibarat client dorang. Jadi kencing berak lah siap-siap sebelum tido. Kalau tau perut tu jenis nak berak lepas makan 3 jam makan awal-awal buat timing yang elok ahahhaa XD

6# BALIK LA...BALIK
Kalau cuti pulang la. Tapi kalau korang tau ramai tak balik, korang confirm sangat ramai yang tak balik tinggal dekat asrama atau hostel tu dengan korang, boleh lah korang stay sekali. Tapi kalau korang nak jadi lone ranger nak dok sendiri kat bilik tu sebab alasan bajet tak cukup ke nak jimat ke, jangan korang komplen kalau malam-malam ada orang ketuk pintu tapi buka takde orang, pastu dengar meja ke kerusi ke kene seret-seret....Aku dulu tiap-tiap mesti mesti ada bunyi benda kene seret bila aku tanya dekat member yang dok atas bangunan aku dia kata masa-masa tu dia dah tido. Lagipun jarang-jarang dia dok kerusi..Haaahhh

Semua ni antara percaya atau tidak aje. Sebab bukan semua yang pernah melalui pengalaman mistik ni. Tapi pada aku, apa-apa mistik yang berlaku kuatkanlah iman korang. Percaya bahawa hanya Allah aje penyelamat dan Dia yang korang boleh harapkan. Kenapa? Sebab Allah pegangan aku setiap kali benda ni datang nakalnya. :P

Sunday, August 9, 2015

PEMBERONTAKAN??

At some point aku dah dapat rasa apa kehendak hati aku yang sebenarnya dalam dunia ini. Aku tau ada part of me yang memberontak untuk mengambil laluan yang aku mahu itu. But separuh daripada kata hati pula lebih rela follow the flow yang ada sekarang.

Sebenarnya aku tersepit antara sebuah perkhidmatan dan sebuah perjuangan. Dua-dua membawa kebaikan namun aku tahu hanya satu yang akan mendekatkan aku denganNya.

Tidak banyak yang akan memahami apa yang aku ingin perjuangkan dalam hidup aku dan apa yang aku ingin capai. Dan semua rahsia hakikat sebenar apa yang aku ingin dalam hidup ini tersemat kemas di dalam sanubari sepi ini.

Sepi bukan bermaksud aku tak mempunyai kawan. Sepi juga bermaksud bukan aku tidak mendengar secebis bunyi didalam hidup aku. Tapi sepinya aku bila apa yang sepatutnya aku dengari, apa yang patut aku tuturi, apa yang patut aku pelajari tidak dapat aku miliki dihujung jari ini.

Sebenarnya apa yang aku mampu rasa cumalah rasa hilang.

HILANG. Itu lah perkataan yang mampu membawa erti sebenarnya hidup aku sekarang ini.



Monday, August 3, 2015

Bila Kembalinya Aku.

Kesibukan aku dengan sekolah dan juga dekat rumah menyebabkan aku sebenarnya macam takde masa sangat untuk diri aku sendiri.

Bila aku balik rumah aje aku dah rasa penat. Seriusly mentally sangat penat.

But then hakikatnya sebab setiap kali aku nak update blog idea yang aku terfikir tu dah hilang entah kemana hehehee

Actually hari ni aje, minggu ni aje macam banyak benda yang secara tetibe datang menjelma kat aku. Aktiviti yang tetiba menerjah & paling tak boleh tahan bila orang yang dah lama tak muncul dalam hidup ko tu tetiba muncul balik.

Tapi buat ape nak kongsi benda tak best kan? Huhuhu.....I promise lepas ni aku rajin update. Janji yang aku buat sejak dari macam entri hari tu kot...Hahahhaa