Search This Blog

Thursday, July 23, 2015

Drama Jom Kahwin! 101% Yes!


So ramai betul yang dah kawen kan tahun ni. Pastu aku rasa macam aku tak laku laku sampai sekarang. Padahal umo baru je 24 tahun. Hahaha....

So hari ni pun aku nampak salah seorang member yang aku kira close waktu zaman sekolah aku try on baju kahwin yang sesangat sesuai & lawa dekat dia...OMGEeeeee

So bila nampak macam tu aku lak tetibe rasa jeles. Nak juga ikut kahwin. Pffftttt...tabiat apakah itu? Hahhahaa Tetibe cemburu macam tak masuk akal.

Sekali aku flashback terus hilang mood nak kahwin. WHY? Ada banyak part dalam hidup aku ni pasal kahwin. Aiseh...Macam dah kahwin banyak kali. Hahaha Actually ader dua part dalam hidup aku pasal kahwin. Dimana aku actually rasanya bukan reject kot...tapi aku minta hold untuk kahwin. LoL....

You see aku pernah dilamar untuk berkahwin. Yang sorang berkali-kali nak lamar. Aku pun dok cakap tunggu-tunggu dan tunggu. Lepas tu ada lagi seorang datang pun ungkit soalan sama. Aku pun dok bagi jawapan sama. Tapi bila nampak orang nak kahwin pandai pula rasa nak kahwin...Hahahaha

So apa pengajaran entri kali ni? Cinta tu kalau kita mengharapkan sesuatu daripada pasangan kita itu bukan cinta namanya. Ibarat kita dengan kayu yang dibakar. Adakah kita nak bagitau dekat kayu api itu kalau kita nak dapat haba panas yang cukup baru kita nak tambah kayu untuk api jadi lebih bercahaya?

Maybe kita nampak orang lain nampak bahagia bila nak kahwin. Tapi hakikatnya mungkin pada kita belum sampai waktunya dan tidak perlu kita terhengeh-hengeh mencari kerana yakinlah bahawa Allah sememangnya menciptakan setiap makhluknya berpasangan atau berpasang-pasangan. Hehehee

Sunday, July 19, 2015

Lonely

Aku masih ingat lagi time lagu Lonely tu hangat diputarkan. Semua kawan-kawan aku pun memang entah suka sangat dengan lagu tu. Aku orang yang suka lagu berpandukan kepada lirik lagu. Lagi bermakna lagi aku minat. Tapi bukan pasal lirik lagu yang aku nak kongsi hari ni. Tapi memang kepada perkataan "lonely" itu sendiri atau dalam bahasa Malaysianya ialah sendiri.

Sebenarnya ramai dalam kalangan kita ni berasa lonely. Walaupun ada yang jenis ramai kawan tapi tetap ada rasa lonely for no good reason. Tapi ada orang menyalah tafsir kan rasa lonely itu sebagai empty atau kosong.

Well....Life is actually so wonderful. Kadang-kala aku pun rasa lonely & sometimes empty. But yet aku rasa life is actually wonderful and all you need is to get out and search for you life purpose. Sebab aku rasa setiap orang ada life purpose cuma kadang kala disebabkan aliran dunia kita jadi lupa tujuan hidup kita di dunia ini.

Dan sesungguhnya hidup yang paling bermakna apabila kita hidup demi Allah kan? Tapi sesetengah orang bukan mudah untuk dia mencari erti hidup, tapi bagi yang separuh itu Allah permudahkan kepada mereka.

Kenapa?

Kerana Allah tahu apa yang terbaik untuk setiap manusia ciptaannya itu.

Friday, July 17, 2015

Kalau Dia Curang

Aku selalu rasa tertanya-tanya. Bagaimana seorang manusia boleh memalukan diri sendiri dan diri orang lain dengan memaki hamun orang lain di hadapan ramai orang lain. 

Tapi siapalah aku nak judge itu semuakan? Dan aku sekarang rasa tertanya-tanya bukan untuk judge orang lain sebab aku rasa kesian juga pada orang yang dimaki, orang yang memaki dan orang yang menonton peristiwa memaki orang lain itu.

Macam tadi aku ingatkan bunyi buang benda nak halau anjing ke hape? Rupa-rupanya pasangan muda yang aku sendiri tak pasti dah kawen ke belum bergaduh. Bergaduh memaki sampai barang macam kerusi yang tak pernah jadi sebahagian daripada hidup diorang tu pun jadi mangsa kemarahan. Pada fikiran aku cuma satu aje, dah lepas bulan ramadhan ni memang setan naik suka lah dengan benda-benda macam ni, entah-entah tengah bertepuk suka ria.

Bunyi untuk apa yang aku taip selepas ini mungkin macam terlalu selfish. Tapi aku bagi pendapat based on my own experience.

Kalau belum bernikah
Jangan terlalu ikutkan kehendak si dia. Biar lelaki ke perempuan ke. Selagi tak sah milik tak payah nak tunjuk kesetiaan yang tidak menjamin korang ke syurga itu.

Kalau belum bernikah
korang dapat tau aje dia dah curang, tak payah lah nak minta kesian nak pi cari gaduh dengan perempuan atau lelaki yang ambik pasangan korang tu. Sebaliknya korang kene jumpa siap bagi hadiah sebab tolong korang dedah kan tabiat sebenar pasangan korang yang belum kahwin sudah gatal nak cari orang lain.

Kalau belum bernikah
Duit tu simpan aje elok-elok. Kalau pasangan nak minta ini itu kalau memang rela hati nak bagi bagi lah. Beli lah apa yang dia nak. Kalau tak ikhlas nanti bila putus merengek mengemis nak minta balik korang juga yang rugi kan?

Kalau belum bernikah
Tak payah nak bergaduh macam dah ada anak 2 3 4  orang dekat rumah. Kalau nak gaduh gaduh depan rumah. Bukan jadi bahan tontonan umum. Kalau budak nampak memang sah korang lah pengaruh paling tak guna.

Itu saja perkongsian aku hari ini untuk raya pertama hahahahaa


Selamat Beraya :)

 
Tahun ni rasanya aku tak beraya macam tahun-tahun sebelumnya. Tapi aku rasa macam its a good thing juga macam aku dapat berehat fully selepas banyak hal yang aku rasa sesangat lah penat :P.
By the way, SELAMAT HARI RAYA untuk korang yang menyambut hari raya, aku nak minta maaf sesangat kalau ada yang aku tak sengaja sakitkan hati atau aku sengaja gitu...heheheee

Bagi yang berjalan jauh, sila berhati-hati semasa memandu. Kalau pandu laju-laju kene bawa dengan selamat jangan ikut sesuka hati sebab nak cepat sampai. Kalau yang pandu perlahan juga kene berhati-hati jangan terlalu perlahan sangat sampai terlampau lambat sampai ke kampung. Hehehe

Thursday, July 16, 2015

Ramadhan Weekly Topup Giveaway #2


Aku tahu korang menunggu. Ada yang tak puas hati ke? Ehehehe.... 

Sebelum aku nak bagi korang topup rilot tu aku nak tunjuk something dulu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

 Wei weii....Kalau nak menang pun jangan lah skip tengok kad raya aku weii.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kan aku dah kata jangan skip.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ok ok....Jangan lupa sharing is caring :)

Jangan lupa tinggalkan komen topup yang korang dah dapat tu. Just in case orang lain datang kot-kot dia nak cuba nasib. hehehe Atleast dia tau topup mana yang dia rasa dia boleh dapat. :P



Ramadhan Weekly Topup Giveaway - Last Hari Ini


So aku tau GA tu actually ada lagi paling last untuk minggu ni. Paling tepat sebenarnya hari ni. So untuk persediaan korang aje. Topup untuk GA last ni akan diberikan sebanyak 6 keping rilot masing-masing untuk digi, maxis & celcom. Means dua keping untuk si maxis, dua keping untuk si celcom & dua keping untuk si digi.

Macam yang aku cakap la kan? Kalau dah dapat satu, sila lah jangan lagi tambah dua, biar kita kongsi dengan orang lain hehehee... So bila aku nak post entri yang ada rilot topup kupon atau makanan henpon korang tu?

Tunggu selepas jam sepuluh malam nanti. Ingat tau! Selepas jam 10 PM hari ini. Good luck!

Sunday, July 12, 2015

Bila Ada Budak Tetiba Datang Panggil Akak


Selepas penat memandu macam dalam fast furios merentasi jalan raya berbukit-bukit, beralun-alun dengan pelbagai teknik mengelakkan lubang di jalan raya dan aksi potong memotong. 5 jam sampai ke destinasi balik. Mak aii penat tau. Sempat lepak sekejap temankan kawan yang sedang menunggu teksi untuk pulang ke Kota Kinabalu.

Masa tu aku hidupkan enjin kereta. Bukan tingkap. Dah kebiasaan aku buat begitu. Sekali tetiba ada budak remaja yang tak seberapa nak remaja muka memang macam terdesak. Sampai lap-lap air mata yang aku sendiri tak pasti ada ke tak.

Apa dia nak? Sebenarnya dia kata boleh tak hantarkan dia balik ke rumah. Aku pun terus teringat cerita budak minta hantar balik sekali kene rogol lah kene rompak lah. Tapi budak tu tak berhenti macam tu aje. Dia cakap dia ada duit tapi duit dia hilang. Aku pun blurr...

Terus aku buat ape? Aku naikkan tingkap kereta aku. Aku matikan enjin kereta aku keluar dari kereta aku bercakap dengan budak tu. Nak kemana, dari mana semua aku tanya. Rupa-rupanya mak dia hantar ke pekan ni nak beli dekat baazar tapi duit dah hilang kepala dia rasa sakit sangat. Aku pun tanya dia ada bas tak nak balik, reti tak nak balik? Dia kata reti. So aku tanya naik bas nak duit berapa? Dia kata Rm5. So untuk tempat aku RM5 tu aku rasa memang ada tapi dekat nak balik tempat budak tu aku tak tau lah harga betol ke tak. So aku bagi, budak tu pun pergi.

Masa drive nak balik rumah, aku sempat berfikirr....

Betul ke apa yang berlaku tadi tu?

Budak tu menipu ke? Tapi macam betul aje tau masa depan mata.

Last sekali aku doakan semoga budak tu takde pape biar balik dengan selamat. Aku malas nak fikir yang buruk-buruk ni apatah lagi bulan pose ni. Aku anggap aje yang semua itu benar. Dan sekarang ni aku penat tapi keje masih berlambak. Sedihnya.

Wednesday, July 8, 2015

Wanita Pelik?


Aku tak tau lah sama ada aku ni boleh dikategorikan sebagai pelik atau tidak. Tapi kesemua benda yang aku minat ni & yang aku nak lakukan sebagai hobi macam bukan seperti wanita biasa.

Apa yang aku buat?

Sepatutnya aku boleh tanam bunga atau tanam pokok paling tidak pun tanam rumput yang berharga macam rumput untuk kuda atau lembu. Tapi malangnya, tangan aku ni kalau ikut cakap orang tua-tua tangan panas. Kalau bunga tu memang dah mekar pun cuba kalau tangan aku yang pindahkan mesti beberapa hari kemudia layu. Kesian!

Lepas tu paling tidak pun kalau aku nak bersukan aku boleh je join yoga. Atau menari ke atau paling kurang pun lari-lari aje dekat treadmill tu kat gim atau kat rumah kan? Tapi entah lah kalau ko suruh aku pegi yoga aku asyik nak menguap semacam je. Takde kesabaran betul aku ni.

And then kalau orang lain nak pelihara natang pun mesti pelihara atleast kucing ke...Arnab ke....paling kik pun maybe burung? Aku kat rumah pelihara ulat dengan kumbang. Hahaha

Hakikatnya aku ni kalau pasal suka aku suka yang lasak macam lelaki. Apa yang lasak macam lelaki? MMA. Habis murid aku semua kena tumbok ikut suka hati aku. Hahhaa lepas ni kuor berita cikgu gila tumbuk budak. Hahahaa

Ok fine. Itu aku minat bukan sebab dia ganas ke apa. Aku terpaksa akui aku ni bukan wanita jenis yang ayu sakan. Aku minat sebab suka tu aje yang aku boleh rasa dia gerakkan semua anggota badan & memerlukan kekuatan. Aku suka.

Lepas tu aku pelihara ulat & kumbang tu sebenarnya ulat tu ulat yang korang feed untuk burung-burung atau Sugar Glider tu. Korang ingat ulat mealworm tu murah ke nak beli! Baik aku pelihara sendiri. Bukan susah! Hehehehe

Cuma bila training MMA ni aku rasa susah nak cari trainer perempuan. Yang aku pegi ni laki bini pun main MMA. Cuma bini dia baru aje datang hari ni. So aku rasa rileks & steady aje hari ni. Hahahaa

Taip panjang-panjang aku cerita kepelikkan aku. Actually aku ada masa menaip ni pon sebab baru balik latihan. Sementara tunggu badang berhenti berpeluh, aku training jari-jari aku dolo. Hahaha

Monday, July 6, 2015

Taniah!


So rasanya kesemua topup tu valid & korang-korang yang laju dah dapat kan? 
So bagi yang terlambat satu saat sila jangan kecewa kerana aku janji minggu depan ada lagi. 
Selagi masih bulan puasa minggu-minggu akan aku buat. 
Cuma isi aje yang misteri. Antara Rm5 atau Rm10. 
Sekali lagi taniah kepada yang menang.
Dan sila tunggu minggu depan lagi. 
Hari tak semestinya hari Isnin ke atau Ahad.
Bergantung kepada aku la, mood aku kononnya. Hahahaa
Tapi kalau nak dapat tips,
Maybe boleh rajin-rajin baca entri. 
 :)




Ramadhan Weekly Topup GA #1


Dengan rasminya Ramadhan Weekly Topup GA ini berlangsung pada hari ini untuk minggu ini. So sape yang awal-awal dah online dah blogwalk ke hape untung laaaaaaa.....
Jangan lupa komen di ruang komen entri ini tau kepada sesapa yang dapat topup tu :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Good Luck!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Sunday, July 5, 2015

Ramadhan Weekly TOPUP Giveaway by MekZumbie

Di bulan Ramadhan ini aku tetibe rasa nak buat weekly giveaway. Amacam weekly giveaway ni berjalan? Macam mana nak dapat? Macam mana nak menang? 

Sebenarnya senang aje. Giveaway aku ni lebih kepada macam permainan. Permainan dia pula jenis siapa cepat dia lah yang dapat. 


Syarat GA aku ni maybe for some people dia akan rasa pelik. Tapi sebenarnya biasa-biasa aje. GA ini akan berlangsung macam ni.

1. Setiap minggu akan ada satu entri yang mengandungi NOMBOR TOPUP maxis, digi & celcom yang  bernilai RM5 atau RM10.

2. Entri yang akan mengandungi NOMBOR TOPUP tersebut akan diletakkan banner yang macam kat atas itu sebagai tanda. So kalau korang nampak aje banner tu korang kena laju-laju tekan entri tu & cari lah topup yang sesuai dengan nombor korang.

3. Setiap orang boleh mengambil seberapa banyak topup yang korang nak, akan tetapi pada bulan yang mulia ini adalah disarankan agar setiap orang boleh berkongsi antara satu sama lain. :)

4. Mana-mana peserta yang mendapat topup tersebut diminta untuk komen sebagai pemberitahuan kepada orang lain dan sebaik-baiknya korang buat entri yang telah dihiperlink kan ke blog ini supaya orang lain pun boleh menyertainya.

5. Mana-mana pihak atau orang yang tidak mengikuti syarat tidak akan rugi topup dan tidak akan rugi apa-apa kecuali mungkin korang akan rasa bersalah seumur hidup atau kalau tidak pun itu adalah urusan kamu dengan Tuhan saja. Hehehee

6. GA untuk yang pertama kalinya akan diadakan sebentar lagi. :)

Saturday, July 4, 2015

Thank You

" apa jua yang sedang berlaku, berlaku atas kehendak Allah. Tiada kebetulan, tiada terkalau, atau terskip atau ikut suka hati dan kepala kita untuk memastikan perkara itu berlaku"



Aku petik dari komen salah seorang sahabat blogger yang komen entri Hijrah aku. Sejujurnya ada kebenaran di setiap bait-bait komennya itu. Thank You So much.

Siapalah Aku


Aku selalu buang masa scroll facebook tengok video entah pape. Paling aku suka tengok video dalam Buzzfeed Video. Ada info menarik kadang kadang ada yang lucu. Kalau waktu aku sarapan aku tengok jap video-video lawak aku gelak-gelak macam sakai kejap. Supaya bila aku masuk kelas aku rasa happy aje teringat video tu, so bila budak aku buat hal pun aku ikut sama diorang gelak kat budak tu.

Aku masih ingat lagi ada seorang budak tu tak siap kerja. Aku bukan marah. Aku cakap bagi sepatah dua kata siap aku gelak lagi. Lepas tu memang terus siap kerja dia. Bukan aku nak cakap aku baik ke aper ke, tapi aku malas lah nak jentik-jentik, nak rotan-rotan nak marah teriak-teriak bagai. Sebab aku rasa penat. Bukan aku tak pernah buat dulu, pernah lepas tu memang aku rasa penat. Keluar kelas aje cari makanan, amacam badan tak senang nak naik?

Tapi hari ni aku tengok video lawak kejap jumpa video isteri orang mengamuk sampai terbalikkan segala benda piring yang ada dekat meja makan awam. Yang bukan isteri pun ikut sama menyampah. Kalau ikut hati memang aku komen. Tapi since I know Islam in deeper way, aku mula fikir tentang apa yang aku nak buat before aku betul-betul pegi buat. Aku mula fikir tentang Allah & aku mula fikir tentang what if I was her atau sesapa yang ada dalam mana-mana video yang aku nak komen kaw kaw tu.

Takde untung pun aku gi komen. Takde sebab on why should i viralkan lagi video yang mengaibkan itu, and takde sebab untuk aku taip benda-benda nasihat ke ape ke atau nak sokong mana-mana pihak coz aku sendiri pun tak tau sape betul sape salah & situasi sebenarnya diorang. Betul tak?

So why should we bother? Since the only thing we know is only about what the video's and the comments from them? Betul tak?


Wednesday, July 1, 2015

Hijrah

Aku rasa persekitaran memainkan peranan penting tak kiralah untuk orang tu nak berubah ke, nak berjaya ke, atau macam mana keadaan sekalipun. Kenapa? Sebab aku rasa persekitaran yang sesuai dengan apa yang kita nak lakukan memberikan diri kita satu kelebihan unutk menentukan sama ada kita akan berjaya dengan apa yang kita ingin ubah atau lakukan.

Demikianlah mengapa aku memilih untuk berhijrah masa nak posting dul. Tapi kemahuan itu tidak tercapai. Aku balik ke tempat aku sendiri dan aku rasa kecewa. Sampai kan aku berfikir adakah memang ini takdirnya? Atau sebenarnya Allah menguji sejauh mana aku akan berusaha untuk pergi ke arah hijrah itu.

Dan sejujurnya. Ujian demi ujian datang kepada aku ibarat menguji sejauh mana aku mampu menahan dugaan yang datang. Semuanya kerana persekitaran aku dan situasi aku yang bukan Islam pada ketika ini. Bagaimana seorang non muslim benar-benar dapat mengamalkan cara hidup Islam sekiranya dia bukan Islam. Dan sekiranya semua orang di sekelilingnya itu memang melihat diri aku sebagai bukan Islam?

Dan aku tau. Pada ketika ini aku ada satu peluang tahun ini untuk memohon untuk berpindah. Namun mengapa aku rasa yang aku mesti tak dapat nak pindah. Mungkin kah aku sudah berputus asa? Atau aku semakin lupa ditelan cara hidup yang aku lalui ketika ini?

[sumber dari GOOGLE IMAGE]