Search This Blog

Tuesday, June 23, 2015

Sedekah

Mungkinkah sebab aku ketika ini tidak memerlukan duit atau tak reti simpan duit atau mungkin sebab itu adalah tanggungjawab aku? Bila orang lain nampak apa yang aku buat untuk anak-anak murid aku mereka akan tanya

"kenapa nak buat semua ni?"

"Baik awak simpan duit awak."

"Nanti claim saja dengan sekolah."

"Kan sekolah ada peruntukan?"

Semua yang diungkapkan tu memang ada betulnya tapi apa yang aku buat ni sebenarnya pun ada sebab supaya bila aku terus mengajar murid-murid ni nanti aku sendiri tak susah nak fahamkan diorang. Duit aku ni kalau simpan saja pun belum tentu aku boleh jadi kaya raya betul tak? Tapi ada juga aku simpan sikit manatau ada emergency ke atau nak perlukan duit so aku spend sikit untuk bebudak kat sekolah, yang mana aku boleh simpan aku cuba lah simpan.

Memang betul boleh claim dengan sekolah. Tapi aku rasa aku pun malu nak balik-balik claim duti dengan pihak sekolah ni walaupun aku tau sepatutnya sekolah yang tanggung bahan-bahan untuk murid ni. Tapi takpelah...Manatau aku boleh claim dengan Allah? 

Sekolah macam sekolah aku ni memang ada peruntukkan. Tapi rasanya macam peruntukkan tu limited. Terhad untuk beberapa keperluan yang jenis kekal bukan keperluan bahan yang cepat habis. 
So kiranya apa yang aku buat ni aku tak rasa berat hati kerana aku sendiri rasa bahawa apa yang aku buat kerana Allah..Segala titik peluh aku, khidmat aku kepada murid aku kerana Allah. Dan Alhamdullilah sebenarnya setiap kali aku mengajar pun aku takde rasa  stress melebih-melebih walaupun murid aku buat perangai. Hehehee


Sunday, June 21, 2015

Penantian

Dalam hidup kita ni mesti ada beberapa perkara yang nantikan betul tak? Masa kita kecik kita tak sabar nak nantikan untuk menjadi dewasa sebab masa kecik dulu kita rasa bila dah besar kita dapat buat lebih banyak benda baru yang kita rasa seronok. Tapi bila dah besar kita merindui zaman kita budak-budak dulu sebab waktu itu kita rasa takde benda yang kita perlu runsingkan atau fikirkan. Dunia kita ibarat.

Kalau budak yang masih study mesti menantikan masa untuk keluar habis study dan bekerja. Dengan harapan bila dah keje semua boleh dapat dengan mudah. Tapi bila dah keje rupa-rupanya bukan senang nak dapat apa yang kita mahu. Maybe sebab kita tak cukup gaji? Tak cukup masa? Or maybe kita terlalu banya merungut sehingga kita tak tahu nak bersyukur?

Penantian bagi aku ialah suatu dugaan. Kalau korang ada ikut entri aku sebelum ni mesti korang faham niat aku kan? & hari ni aku dapat tahu kawan aku yang aku rapat tu, yang memang kite dua pasang niat sama-sama nak convert tu maybe akan convert bulan September nanti. Alhamdullilah sangat dan semoga takde halangan untuk dia convert. Korang tolong doakan untuk kawan aku juga tau! :)

Untuk aku kadang kala bila aku cerita kat orang untuk bantu aku keluar untuk aku berhijrah setakat ni aku tengok non of them really understand why i need to move far away from home. Bila kita bercerita pada yang lebih berusia diorang akan rasa benda ni simple sahaja but like I've said...untuk kita merasa suka duka seseorang itu kita kenalah berada di tapak orang itu sendiri.

I guess untuk aku ini lah penantian aku. Dan aku harap penantian ini akan membuahkan sesuatu yang manis dalam hidup aku.


Dan Ini Jawapannya

Aku meminta jawapan daripada Allah. Iya memang aku meminta banyak jawapan daripadaNya pada bulan puasa ini. Kenapa? Kerana pada bulan puasa ini lah aku yakin pada jawapan yang aku akan terima daripadaNya.

Hari ini tanpa sedar aku mendapat jawapanya. 
Sengaja aku tidak meletakkan ayatnya. Dengan harapan semoga mereka yang tidak tahu akan mencarinya dalam Al-Quran.


Friday, June 19, 2015

Kata Orang Kata Hati

Mungkin memang ramai yang akan menghadapi situasi ni. Bila akan tiba masanya nanti korang akan berada di tengah-tengah keputusan. Kerana kedua-duanya atau semua pilihan itu secara zahirnya membawa kebaikkan kepada kamu. Namun kamu juga tahu, ada satu yang terletak dan bersuara kuat daripada hati kamu sendiri.

Orang kata apa yang dipilih oleh ibu bapa kamu itu merupakan yang terbaik untuk kamu. Aku tak nafikan begitu kerana memang apa yang berlaku sekarang, apa yang aku ada sekarang kerana keputusan daripada kedua ibu bapa ku. Dan kebanyakkan keputusan aku sebelum ini pun bukan lah suatu perkara yang baik namun aku tau aku belajar daripada kesilapan yang aku lakukan.


Kadang kala sebab larangan Allah aku akur pada kedua ibu bapa aku. Macam yang aku cakap. Aliran yang aku ingin pergi sememangnya bertentangan dengan apa yang mereka dan ahli keluarga aku mahu. Lantas itu....Aku menjadi kedu.

Adakah satu-satunya cara aku untuk terus dekat dan dekat dengan Nya adalah dengan melalui satu ikatan yang dipanggil nikah? Kadang kala aku terfikir boleh ke aku melalui semua ini, atau hakikatnya memang Allah mahu aku melalui semua ini agar aku benar-benar merasa perit dan nikmat ke arah Islam? Adakah ini semua ujian yang diberikannya? Atau ini semua sekadar permainan dunia yang aku sendiri sesat dan bingung untuk menyelesaikan semuanya?

Aku Buka Semuanya

Aku sebenarnya nak share something. Apa yang aku nak share hah ni yang aku nak share.

# For you guys yang tak tau aku ni agama apa, actually aku ni non-muslim
# Aku memang minat dengan Islam. 
# Pendedahan agama dekat aku memang dah ada sejak aku kecik lagi. Agama pertama yang aku kenal ialah Kristian and then Buddhist kemudian Islam. 
# Aku tertarik dan banyak belajar pasal Islam since aku kenal Islam.
# Allah is my only belief and my God.
# Aku mempunyai banyak persoalan yang tidak masuk akal.
# Setiap tindakan aku ialah berdasarkan cara hidup Islam, cuma maybe aku tak pakai tudung and some other stuff.
# Aku ingin berhijrah. Memang aku ingin berhijrah. But aku stuck kat tempat aku sendiri & I dont know what to do anymore.
# Aku tau aku tak rela. But setiap titik peluh aku untuk anak-anak murid aku I did it demi Allah.
# My strenght is Allah

Tiada agama yang mengajar umatnya untuk melakukan kejahatan. Tak kira kristian, Buddhist, hindu atau Islam. But entah kenapa, I prefer dan lebih tertarik dengan ajaran Islam. Dalam keadaan biasa aku boleh menerima sebab mengapa seorang wanita itu perlu menutup auratnya. Even waktu aku study pakai tudung ibarat suatu kemestian untuk aku sebab aku rasa kalau tak pakai tudung aku hilang keyakinan untuk keluar. Hanya dengan sehelai kain yang dipanggil tudung mampu menenangkan hati aku apatah lagi dengan keseluruhannya tentang Islam. Ya Allah, andai perasaan yang aku rasa ini boleh di kongsikan untuk dirasa bersama, sudah pasti aku kongsikan untuk menunjukkan betapa indahnya Islam itu walaupun hanya secebis.

Thursday, June 18, 2015

Part Aku Punya Cerita Sikit.


So its time. Time untuk apa benda sebenarnya? Masa untuk aku continue study sebenarnya. Walau bukan full time tapi as part time atleast orang kata aku ada income untuk support study aku sendiri & pada masa yang sama ada income untuk aku kira macam sara hidup aku neh.

Master. Aku sendiri actually tak berapa faham konsep master. I mean, ambik master kene ikut 100% dengan degree ke? Atau korang boleh je ambik bidang lain. For sure kalau bukan asal sains memang agak memerah kot kalau master ambik bidang sains kan? And same goes to vice versa.

Sebenarnya kalau ikutkan perasaan akulah. Aku cerita pasal perasaan aku dulu. Aku rasa aku nak ambik bidang keagamaan kot. Ader ke non muslim yang ambik subjek kaji Quran neh? Actually aku tertanya-tanya juga...But kalau tak silap saya non muslim tak boleh nak pegang Al-Quran kan? Aku bekerja untuk budak as cikgu aku rasa takde beban seriously, but bila bab aku nak go on life macam nak sambung study ke nak lakukan sesuatu I was kinda macam berbelah bagi sebab its mostly about what my family wants and most importantly about people's around me.

Macam yang aku cakap. Im living in a two different world. Entah bila agaknya aku betul-betul berpeluang nak actually live the life that I want. Walaupun hakikatnya hidup ini bukan semata-matanya untuk kita, & kita tak harus mementingkan diri sendiri but aku still rasa apa yang aku nak tu bukan sesuatu yang selfish.....

Aku tertanya-tanya...Adakah ini semua dugaanNya.....

Wednesday, June 17, 2015

Gila ke?

Kadang kala aku fikirkan...Aku ni macam ada mental problem. 
Sometimes aku terfikir perlu ke aku berjumpa dengan pakar psikiatri atau maybe berjumpa dengan kaunseling?
Tapi bila aku fikir lagi semula sebenarnya takde masalah besar pun. Aku bukannya buat benda yang tak patut cuma satu aje masalah aku.

"AKU TERLALU KERAP BERMONOLOG"

Aku rasa aku hidup dalam dunia yang berbeza. Walaupun aku jenis berterus terang...Hakikatnya terlalu banyak yang aku simpan dalam sanubari aku. Kehidupan aku sebenarnya semuanya dusta belaka. Sehinggakan aku sendiri kadang kala berasa sangsi dengan diri sendiri, boleh timbul rasa prasangka pada diri sendiri.

Terlalu banyak keluhan yang aku kongsi kepadaNya. Sehingga aku rasa perlu ke aku cari partner aku untuk bincang pasal hal macam ni? Sedangkan aku tahu kalau ada partner pun mesti takkan kemana punya. 


Terlalu kerap aku memohon jawapan daripadaNya sebenarnya dan terlalu kerap jawapan yang aku akan dapat ialah ini.

Macam mana aku dapat? Selak-selak buku agama bila rasa ayat tu terkesan pada hati kita dan pada masa yang sama ianya ibarat menjawab kepada persoalan anda kepadaNya. Maka sebenarnya itulah yang jawapan yang Allah berikan. Aku tak banyak melawan takdir tapi aku terlalu banyak memberontak dalam perasaan aku. Dan aku sendiri pun tak tahu, sampai bila aku mampu bertahan dengan diri aku sendiri.

Tuesday, June 16, 2015

Terus Terang


Aku ni ader satu habit atau tabiat yang tak bagus. Aku cepat berterus terang. Terlalu terus sangat dalam bab berterus terang. Kalau aku tak suka orang tu aku bagitau apa yang aku tak suka. Kalau aku minat lelaki tu aku bagitau kat lelaki tu yang aku minat kat dia.

Usually kalau orang tu memang jenis backstab memang aku takkan layan & memang cuba hindarkan diri sebab aku memang tak suka. Kalau bab gosip pun selalunya, kebanyakkan nya aku pun cuba lari. Cuma kadang-kala aku pi menyibuk kejap sebab aku rasa macam menarik. Itupun rasanya sebab nak tau apahal yang berlaku aje.

Bila aku jumpa orang yang aku rasa aku suke sangat aku akan bagitau kat orang tu. Bukan nak bagitau untuk kapel ke aper ke, just nak bagitau yang aku suke kat dier & tnyelah either dia ni single ke in a relationship ke. Kenapa? Sebab kalau single boleh aku kenal dia lebih sikit, sms dia lebih sikit, wassap dia hari hari kononnya ahahah & kalau dah berpunya memang aku tak berapa nak kacau lah. Cari pun kalau ada hal penting. Kalau dia kata dia tak minat takat ni aku ok aje, sebab bukan aku suka means aku nak dia jadi milik aku terus. Kan?

For some people diorang akan tanya. Aku tak rasa malu ke? Tapi pada pandangan aku ramai orang rasa malu pada situasi yang diorang tak patut rasa malu. Maksudnya? Aku rasa.... malu ni pun perlu kene pada tempatnya. Kalau dah tahu dua-dua takde ikatan sah then masa tu lah yang korang patut malu kalau berdua-duaan di tempat yang tak patut. Ye dak?


Saturday, June 13, 2015

Peraturan Mempercayai Manusia Lain


Emak aku selalu berpesan kat aku supaya jangan mudah sangat percaya pada orang lain. Even kalau orang nak minta tolong pun jangan terlebih baik sangat nak tolong. Benda ni selalu dia pesan especially kalau aku kene outstation atau benda-benda yang aku kene jalan jauh. Maybe sebab aku aku selalu nampak aku macam tu kot?

Well sebenarnya aku pun ader satu tabiat buruk. Aku rasa aku ni terlalu friendly sangat sampai aku boleh tegur dekat meja sebelah aku walaupun aku langsung tak kenal orang tu. Well bukan lah tegur sampai orang pun rasa pelik cuma kawan aku sendiri pun kadang-kadang cakap yang aku ni kalau pegi mane-mane takyah risau sangat sebab cepat sangat dapat kawan.


Bagi aku, mempercayai orang bukan saja bermaksud korang berani nak tinggalkan barang berharga atau tidak berharga kepada orang itu. But pada aku mempercayai means korang tau yang orang itu, orang yang kita kenal or tidak kenal itu meletakkan niat yang baik terhadap kita.

Mempercayai bukan setakat bermaksud apabila orang mencari kita untuk bantuan dan kita perlu percaya yang orang itu benar-benar susah. Tapi mempercayai bermaksud kita benar-benar meletakkan   pemberian kita atau sedekah kita kepada orang itu dengan harapan bahawa apa yang kita buat ini diterima Allah walau dengan apa bentuk sekalipun dengan niat kita yang penuh ikhlas tanpa ada rasa prejudis.

Kadang kala kita tak sedar. Dalam kita memberi sebenarnya terdetik perasaan kita yang tidak mempercayai. Contohnya kita berkenalan dengan orang baharu, memang secara zahirnya kita tidak memberi apa-apa benda pun kepada orang itu. Tapi hakikatnya kita mendapat satu hubungan persaudaraan atau persahabatan yang baharu. Dan bukan kah itu yang dituntut oleh Allah? Untuk membina hubungan erat antara satu sama lain apatah lagi apabila ianya adalah antara Islam dengan Islam sendiri?

Tapi aku tengok orang zaman sekarang ni pelik sikit. Mana dia rasa pelik sikit dia tak hiraukan. Malah dikutuk lagi kaw kaw extra hot. Aku sendiri nampak aku sendiri dengar aku pun rasa pelik. Bila nampak lain bangsa, lain agama buat muka macam baru lepas gaduh buat muka macam kite datang minta duit seposen. Kadang kala buat baik ni bukan hanya pada bila kita menderma sebenarnya...Tapi banyak benda simple, gesture simple hanya dengan senyuman aje pun can make your day, atau hari orang lain lebih baik.

Thursday, June 11, 2015

Kata Hatiku


Mempercayai Tuhan dalam hidup sebagai seorang manusia ibarat mempunyai landasan untuk anda menjalankan kehidupan. Tuhan itu ibarat jalan raya yang membolehkan kita bergerak dengan lancar dan baik dan segala papan tanda segala lampu isyarat itu ialah ibarat hukum hakam, perkara wajib dan haram dalam kehidupan kita.

Aku. Bila orang bertanya kepada aku tentang agama. Aku selalu berbelah bagi. Antara kewajipan atau pandangan manusia, aku sering kalah pada manusia dan juga kepada persepsi aku sendiri. Walaupun aku tau yang aku ni begitu tertarik kepada Islam dari semua aspeknya tapi aku juga takut pada pandangan masyarakat dengan pilihan aku sendiri. Walhal perkara yang perlu aku takut ialah Allah sendiri. Hakikatnya aku cumalah manusia biasa......

Aku ingin mengenal Islam dengan lebih mendalam lagi. Tapi terlalu banyak masalah manusia yang aku sendiri takut sebab tak yakin aku mampu menghadapinya. Sekali lagi walaupun aku tau yang aku perlu lakukan ialah percaya kepada Allah...

Tapi ya Allah...Dugaan mu walau tidaklah membebankan fizikal ku. Malah tidak mengganggu pun hidupan harian ku tapi dugaan mu terlalu besar bagi aku sehingga aku sendiri tidak pernah rasa tenang. Antara halal dan haram selalu bermain-main di dalam kehidupan ku dan selalunya aku menangkan manusia daripada hukumMu.

Yang pasti...Aku tidak ingin menyesal ....


Wednesday, June 10, 2015

GIVEAWAY RM3100

Mana nak dapat Giveaway yang menawarkan hadiah berjumlah RM3100 ? Tak percaya? Atau tak faham? Ringgit Malaysia Tiga Ribu Satu Ratus Beb! Apa tunggu lagi? Jom Tengok macam mana nak menang. Klik banner aje pon. Hehehhee

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

GIVEAWAY EFG MEGA RAYA

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]


Hadiah :

SEO

RM300 x 1 pemenang
RM200 x 1 pemenang

RM100 x 1 pemenang

RM100 Cash x 25 pemenang

Mula : 10 Jun 2015 | Tamat :9 Julai 2015


Sunday, June 7, 2015

How Can You Be Happy?


Bukan ke pelik bila ada manusia yang lebih suka dan merasa bangga bila ada kumpulan yang ditimpa dengan masalah? Aku sendiri rasa tersangat lah pelik sebab aku tak paham betul macam mana seorang manusia boleh merasa gembira apabila diorang tau atau diorang nampak manusia lain teraniaya. Sedangkan binatang pun boleh menunjukan belas apatah lagi manusia yang dikurniakan akal kan?

So as i grew kononnya. Dalam erti kata lain...Semakin aku melihat dunia ni semakin aku rasa aku nak join program-program sukarela. And sebelum ni pun aku ada join program sedikit but still aku rasa tak puas. Aku sendiri pun tak tau kenapa aku bole tertarik..But one thing for sure aku nak make our world a more better place. 

Aku rasa sendiri. Macam negara kita dah kucar kacir. Memang betul kita takde berperang-perang apa semua, kita still boleh keluar rumah awal pagi balik lewat malam but korang nampak tak bahawa setiap kali mana-mana bahagian kita di Malaysia yang ditimpa masalah..Bantuan macam banyak tak sampai kepada yang benar-benar perlukan? Kita yang berada dalam keadaan selesa mesti senang kita nak cakap "ala itupun nak tunggu bantuan ke? Tak bole ke bergerak sendiri?"

Kadang kala  kita lupa....bahawa kita juga pernah berada dalam keadaan susah dan kita lupa keadaan kita akibat kita sudah senang. Ataupun memang kita pernah susah, tapi tak bermaksud apa yang Allah uji pada mereka itu sama pada apa yang Allah uji pada kita...

Sebenarnya aku cuma nak cakap...Tak usahlah kita bergembira dengan kesusahan orang lain..Biarpun orang lain itu musuh kita atau orang yang kita benci...

Friday, June 5, 2015

UPDATE GEGARAN SABAH


So update ni berdasarkan pada berita yang disampaikan oleh sepupu-sepupu aku dekat Ranau. Since Ranau merupakan punca gegaran pertama awal pagi tadi. Kalau ikut berita dari mereka. Selepas gegaran kuat awal pagi tadi iaitu pada jam 7.15am ada beberapa benda yang berlaku.

1. Batu atau bahagian telinga Gunung Kinabalu telah jatuh.
2. Air hotspring bertukar menjadi kehitaman.
3. Pendaki yang kini menunggu untuk turun ke bawah.
4. Beberapa pendaki yang cedera, mati termasuk yang saya tau pada ketika ini seorang guide yang mati akibat kehilangan darah kesan kena batu semasa menyelamatkan pendaki lain.
5. Terdapat beberapa kali gegaran kecil yang hanya dirasakan oleh penduduk daerah Ranau yang dirasakan mungkin dalam 5 kali. Yang terakhir baru-baru ini saje dalam jam 9.20pm.

Doakan semoga keadaan selamat...Andai ini ialah petunjuk awal kiamat...I am so speechless.....

Bila Mulut Tak Jaga

[SUMBER GAMBAR DARI GOOGLE]

Bagi yang mengenal Sabah. Orang kat Sabah ni sebenarnya tak tinggal atas pokok. Orang kat Sabah ni ader juga kereta, ada juga rumah malah ada rumah diorang ni serius besar macam istana. Orang kat Sabah ni kalau ikut betul tak lah tamak sangat, ambik lah apa yang kitaorang ada, kalau susah pun ramai yang akan cuba berdikari untum dapatkan hasil makanan harian atau pendapatan. Jarang-jarang nak nampak orang Sabah ni pegi mengemis walaupun susah, yang aku nampak takat ni mengemis pun bukan orang Sabah.

Aku rasa dengan kejadian gegaran atau gempa bumi hari ni ader juga status FB yang agak mendukacitakan. Memang Sabah ni kalau ikut nasib memang agak malang sejak beberapa tahun ni. Serangan dekat Tanduo, penculikan yang takde berita khabar dan tangkapan sampai lah ke gegaran di seluruh Sabah. Tak perlu lah ada keyboard warrior yang hebat nak hancur kan Sabah..

Aku kadang kala pelik dengan sikap sesetengah manusia. Suka menjadikan dirinya, tempatnya itu lebih hebat daripada yang lain. Sedangkan dia tak sedar sehebat manepun dirinya, tempatnya atau apa yang dimilikinya itu sebenarnya adalah rezeki dari Allah. Betul tak? Mungkin Allah bagi kesenangan sebab Dia nak uji, sejauh mane korang akan ingat padanya semula. Angkuh ke tak korang dengan kelebihan korang. Dan pada yang rasa dirinya ditimpa musibah ke, susah ke, apapun...Bagi aku sebenarnya itulah tandanya bila Allah nak sangat kita beringat padanya. Dan pada aku pada ketika itulah Allah sebenarnya sedang mengambil berat tentang umatnya...Contohnya macam cikgu, dia marah aje dekat murid tu kenapa? Sekadar suka-suka ke? Bukan...Sebab dia benar-benar nak murid yang dia marah tu sedar dan pandai sebab cikgu tu sayangkan muridnya.

Sebenarnya aku rasa Islam agama yang mudah. Dia hormat pada agama lain & takde pun ajaran kutuk mengutuk ni. Biarpun kepercayaan dengan yang bukan Islam tu bercanggah ke, tak sama ke tapi Islam tak pernah suruh kutuk atau marah yang agama orang tu salah. Just suruh terangkan dengan elok dan dengan halus dulu. Tapi apa yang berlaku sekarang? Sekali gah terus macam nak matikan orang tu? Demm...Aku kadang kala nak cerita kat non muslim pada Islam pun aku yang terkedu...Sebab apa? Sebab aku bukan Islam lagi tapi aku yang terhengeh-hengeh nak betulkan perspektif orang terhadap Islam. Tapi macam mana? Sekirannya apa yang mereka nampak itu memang dah jahat sangat? So please....Dunia ni even kalau nak jatuhnya sesapapun, balasannya akan ada. Bukan hari ini, bukan esok, bukan tahun depan tapi yang pasti dikubur nanti.

Petanda Kah Sudah?

Aku terasa gegeran awal pagi tadi terus aku update blog Gegaran Seluruh Sabah. Aku walau pernah alami gegaran gempa bumi ke atau gegaran bumi, tapi tak lah macam apa yang aku rasa pagi tadi. Syukur juga rumah takde pape retak ke...Tapi dekat bahagian lain ada bangunan dah retak-retak belaka.


Gambar-gambar ni merupakan kesan daripada gegaran tadi tu. Tapi ini semua dapat dari kawan aku lah. Macam yang aku cakap tempat aku kesan dia tak berapa nak teruk. Sekadar kereta berbunyi- bunyi aje. Tapi dekat area berdekatan memang dengar cerita agak kuat n kesannya ada macam ni.

Berdasarkan berita pula. Gegaran susulan akan berlaku mungkin pada jam 9 pagi nanti atau dalam tempoh 24 jam. Kebarangkalian gegaran akan menjadi lebih kuat tapi aku harap kalau boleh langsung takde pape gegaran lah kan?

Kalau nak ikut kepercayaan orang tempatan...Gegaran ni berlaku sebab penjaga gunung kinabalu marah. Apa yang dia nak marah? Ada kes dimana pelancong kencing beramai-ramai di atas puncak gunung kinabalu itu. Tadi masa gegaran pun mak aku tiba-tiba sebut pasal gunung kinabalu..Heh...Aku ingatkan gunung kinabalu tu gunung mati. 

Tapi apa pun yang berlaku...Hanya Allah tempat kita memohon keselamatan kan? Aku pun terfikir juga..Inikah antara petanda dunia akhir semakin dekat? 

Gegaran Seluruh Sabah

Aku baru terjaga tadi rasa dalam jam 6-50 -jam 7.00. Aku rasa pelik sebab antara aku pening atau aku masih bermimpi. Gegaran yang menyebabkan aku rasa bangunan dengan tilam-tilam katil aku bergerak-gerak. Rupa-rupanya gegaran .....


Kuat juga kan....


Thursday, June 4, 2015

Sebab Itu Aje Aku Mampu


Bila dah baru keje memang normal lah orang lain pasang angan-angan nak kereta besar, kalau gadget terbaru dah keluar maybe Iphong 6.5 terus nak angkat sebab orang kate dia dah bergaji kan? Aku pun masa mula-mula tak keje tak dapat gaji lagi memang semua aku mimpi nak rembat. Kereta paling besat aku nak angkat. Tapi hakikatnya bila dah keje. Bila dah boleh pegang duit sendiri, bila dah nampak dengan mata sendiri baru kita bole rasa dengan hati sendiri berapa kemampuan kita. Tapi itu aku rasa untuk orang yang sedar diri lah, kalau yang tak sedar diri tu aku tak taulah...

Macam pesanan ayah aku. Kalau gaji banyak sampai beribu-ribu pon, kalau semua benda pun nak beli walaupun tak tau nak gune ke tak, tetap tak cukup. Even ada family yang ayah dia keje sebulan RM800 ajepun cukup nak sara anak lagi sekali, inikan pula kalau keje gaji cikgu. Hah. Ayah aku ni jarang nak bagi aku ceramah nasihat bagai. Tapi sekali dia dah buka mulut, memang boleh jadi mainan otak tau. Korang akan teringat-ingat pastu fikir apa yang dia dah cakap.

Macam aku beli kete baru-baru ni. Bukan sebab nak beli suka hati. Tapi nak gune pi sekolah. Duit sape? 100% duit aku sendiri kecuali plate number. Hahahaa So kiranya kalau daftar harta, memang itu adalah officially harta pertama aku. Masa aku dengan kereta murah aku tu ada juga la mulut-mulut yang tanye,

"Kenape ko tak beli Hilux je"
"Kenape alang-alang?"

Dan macam-macam lagi lah...Kalau ikut bunyi tanda diorang tak setuju dengan kenapa aku beli kereta biasa aku sekarang hahaha... Aku bangga dengan apa yang aku ada. Maybe pada mata masyarakat cikgu boleh beli kereta besar, segala-galanya nak besar. Dan maybe pada pandangan sesetengah orang jadi cikgu kene tunjuk kemampuan so beli kene lah yang hebat-hebat.... Dan aku rasa itu budaya masyarakat sekarang kan? 

Hakikatnya kalau kite tengok masyarakat sekarang memang macam tu kan? Semua nak tunjuk sape yang lebih. Kalau lebih gah maka lebih lah senyumnya dengan orang ramai, tapi dalam hati? Hanya Allah je yang tau dengan bank. Hehehee

Wednesday, June 3, 2015

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]

Mari join sama :) Jangan tunggu lama-lama sebab Giveaway ni sampai 14 Jun aje. Huhuhu

Giveaway Mega Raya By Azhafizah.com


Aku tengok best je. Huhuiiii Mari join. Rugi tau tak join hehehee

Jadi Cikgu Kan Senang....

Ramai orang kampung aku rasa tak tau aku cikgu. So gurau-gurau bercerita memang selalu itu macam benda biasa. Sampailah ada satu ketika ada seorang pakcik ni macam biasalah dia bergurau-gurau dengan aku. Memang dari aku sekolah menengah lagi dia selalu suka menyakat aku macam-macam tapi benda tu bagi aku benda biasalah. Sekadar hiburan kan.


So aku ni pulak kadang kala kalau tolong family aku kat kedai, sejak jadi cikgu ni aku bawa je keje budak yang aku kene periksa sekali kat depan kaunter tu. Sebab kalau nak tunggu sampai aku betul-betul free memang mustahil. Terus pakcik tu nampak aku periksa buku budak dia tanya aku ni cikgu ke? Terus aku senyum aje aku angguk. Lepas tu? Lepas tu pakcik tu promote anak dia ke kat aku? Hehehe Bukan la...Terus dia minta maaf sebab selalu kacau-kacau aku. Terus aku blurr kejap. . . . Aku cakap lah aku pun tau juga pakcik tu selalu bergurau, aku faham juga aku senyum aje. Memang itu lah aku, selalu aku senyum aje  ahahaa

So apa yang aku nak sampaikan sini? Kalau dulu dulu dulu kan...Cikgu ni bukan sekadar satu pekerjaan, tapi satu gelaran yang orang akan dengar mereka akan hormat. Kalau cikgu tegur budak tu yang apa yang dia buat tu salah, murid tu akan senyap & aku rasa insaf terus tak berani buat lagi. Kalau cikgu bagitau kat ibu bapa murid tu yang anak diorang tu tak belajar dalam kelas, selalu tak siap keje rumah walaupun seminggu tempoh masa diberikan terus ibu bapa tu marah kat anak sampai rumah sambung marah kaw kaw.

Sekarang? Kalau ikut pengalaman aku sebagai cikgu dalam tempoh 3 bulan ni aje. Aku bagi mak murid aku anak dia tak siap keje aku Bahasa Inggeris walaupun seminggu aku bagi masa, boleh pulak mak budak tu cakap dia kesiankan anak dia selalu balik dari tusyen dah penat bagai, nak paksa buat keje rumah pun rasa kesian. Aduyai...Aku terkedu dengar jawapan mak budak tu. Biar aku tekankan masa tu aku bagi seminggu pun tetap anak dia juga yang dia sayang. Itu baru mak, belum lagi sampai bapa budak murid lain, jawapannya itukan tugas cikgu nak ajar murid? 

Itu lah. Bila rotan cikgu dipersalahkan. Padahal bukan semua guru yang merotan itu rota sesuka hati. Memang normallah ada orang lain yang jadi cikgu merotan sampai tak masuk akal. Tapi hakikatnya itu ialah orang lain. Bukan orang yang sama kan? 

Lepas tu aku rasa cikgu zaman dulu maybe senang kot. Memang kerje diorang mengajar aje. Tapi bukan pada zaman ini. Cikgu pada zaman ini bukan sekadar mengajar. Cikgu pada zaman ini boleh jadi tukang jahit langsir, cikgu pada zaman ini kene jadi kerani sebab banyak yang dia kena taip kalau bukan laporan, kene buat kertas keje, kalau bukan kertas keje, kene buat segala taip menaip berkaitan dengan program yang dia nak buat untuk murid...Akhirnya? Proses tu lebih banyak daripada hasil untuk murid. Nah.... Jadi cikgu senang kan?

Tuesday, June 2, 2015

Boleh Jadi...

Kan sebelum ni aku dok meroyan sebab kiranya dapat posting di tempat yang aku sendiri memang tak nak sangat. Tempat aku posting keje ni kalau kira betul ramai yang nak ni & ramai yang jeles kot. Kenapa? Sebab dekat dengan rumah aku je, 20 minit kalau memandu ke sekolah.

Aku ni memang dah set awal-awal biar dapat jejauh lah, sebab apa? Dengan harapan kononnya nak belajar hidup berdikari nak rasa hidup dalam tanggungan sendiri. Kenapa dengan sekarang? Sekarang aku dok rumah family lah, makan takyah cakap memang free benar, kecuali memang dah mengidam nak pizza ke KFC ke memang keluar duit lah, sekali beli terus untuk orang kat rumah. Bil air bil letrik semua memang secara tak langsung aku tak bayar, sebab apa? Sebab dorang parents aku tak suruh bayar & kalau ikut pengalaman aku masa mula-mula dapat gaji pun diorang tak nak duit aku. Sedih tak?

Tapi untuk gaji pertama aku memang aku berkeras lah bagi diorang duit. Aku rasa itu adalah salah satu must to do list kot. Kalau ikut betul, sepatutnya aku boleh safe banyak duit kan? Tapi bila aku tengok perbelanjaan aku ni..sebenarnya takdelah safe sangat pun....Kereta aku memang aku bayar sendiri, malahan barang-barang budak kat sekolah memang aku yang keluarkan duit sendiri sebab nak harapkan sekolah macam kene tunggu lagi. Mana benda yang aku boleh ambik dari sekolah macam kertas ke, reben ke memang aku minta sekolah..Lain-lain aku beli untuk murid aku...Sebab aku rasa itu tanggungjawab aku...

aku ada seorang mentor dari Kanada, diorang datang untuk guide atau bimbing kitaorang yang ajar Bahasa Inggeris kat sekolah. Actually kalau ikut betul kitaorang buat suatu aktiviti & bagitau dia & dia tolong tambah idea aje macam tu..Kalau ikut betul sangat aktiviti untuk dia lebih banyak dari aktiviti untuk sekolah kot?

So bila dia tanya bahan aku ni aku dapat dari mana, aku kata aku beli sendiri. Terus dia tanya ada claim dengan sekolah tak? Aku kata takde, sebab macam tak berapa mahal juga barang ni walaupun sebenarnya sebulan maybe Rm200 ke Rm300 untuk aku beli barang budak. So dia cakap, baik claim untuk beli barang lain lagi lain kali..Aku senyum angguk saja.

Mungkin pada ketika ini aku rasa aku belum nampak kepentingan claim duti dengan sekolah itu. Tapi pada pendapat aku sekarang, walaupun aku habiskan duit dalam banyak itu untuk bagi kat budak barang-barang untuk belajar, tapi aku rasa happy. Ada satu kepuasan yang aku rasa kalau aku claim dengan sekolah akan hilang rasa happy itu. Walaupun sekolah tak tau aku beli barang guna duit aku sendiri (tapi kalau tengok tempat aku dengan macam-macam barang aku rasa sekolah tau), tapi aku tak rasa duit aku kurang walau sesen pun...

Lagipun kitaorang cikgu-cikgu ni kan ada cuti, kalau cuti kan tak mengajar, so kiranya duit gaji aku yang lain tu masuk macam free je kan? Aku rasa macam tak afdal aku simpan duit yang aku dapat time cuti, so better aku guna untuk keperluan budak kat sekolah. Kan?

Monday, June 1, 2015

Flu..Flu..Hello... Helloo


Emmm.....Selepas aje balik dari perkhemahan dua hari satu malam. Habis pada hari Jumaat. Terus aku selsema sampai hari ni. Agak-agak la kalau selsema aje aku boleh terima kot. Ini dah selsema terus deria rasa hilang. Apala nasib si lidah, si hidung dan si perut. Hehehe....

Kan aku ni suka makan. Bila benda yang aku nak makan tu takde rasa. Terus aku rasa useless.... Allah tarik nikmat itu dan aku pun semakin kurang nak makan kononnya la...Sekali aku rasa macam makin rancak pula aku nak melahap makanan ni. Kawan aku dulu pun macam tu, dia selsema sampai tak boleh nak rasa benda tau, sekali macam-macam dia nak makan macam orang mengidam pun ader sebab dia kata dia nak yang asam aje, sebab yang asam aje yang ader rasa. ehehee Pelik tak?

Aku pulak takde lah sampai nak yang asam. Setiap kali aku nak makan aku nak pasti kan aku dah tarik hidung aku supaya bau makanan tu aku terasa sikit. Biar ada daripada tak ader. Faham tak maksud aku tu? Alarrr mesti korang pernah kene juga kan selsema yang takde deria tuuuuu.....

Tapi kalau pasal selsema ni yang paling aku benci sekali korang tau tak aper? Bila hidung terkupas kulit sini sana. Aduhai...pengalaman lepas macam aku kena penyakit kulit tau tak, dengan bibir atas aku sekali dia sapu nak terkopek-kopek kulit. Geram betul. Sebab tu lah kali ni, memang aku paksa betul minum bebanyak, biar kenyang air hehehee.....Sebab tak nak berlaku kulit kering kan....Korang tak tau ke bila selsema, cecair yang keluar tu sebenarnya banyak kandungan air, so ertinya memang extra banyak kene minum air bila sakit.

So minggu depan kemungkinan besar aku kat KL sebab outstation kononnya. Ayat tak boleh blah....So sekarang aku tengah sibuk nak buat hasil art kids kononnya ader pameran sekolah kat situ. So kalau ikut cakap PK1 boss nak bawa aku sekali. So aku sebenarnya pun tak tau status aku dibawa ke tak, tapi entah lah. Kalau dibawa pun syukur la kan rezeki? Tapi kalau tak bawa pun okey juga aper, aku kira nak jejalan kat somewhere juga. hahaha...