Search This Blog

Wednesday, May 27, 2015

Thanks God I Am Happy


Kadang kadang kan dalam hidup aku ni bila dapat suatu hal yang aku tak boleh buat pilihan, aku sangat berharap supaya aku boleh dapat pilihan untuk pilih selain daripada yang aku dapat tu.
Tapi akan tiba juga masa nanti, bila aku terpaksa untuk memilih, dan aku pula sangat berharap supaya aku tak payah susah payah nak pilih tapi terus ada satu jawapan saja.
Hakikatnyakan sebenarnya itu lah manusia. Kan?
Selalu kita mahu apa yang kita tak ada, dan apa yang kita tak ada kita tidka menghargai sepenuhnya.
Macam cerita aku dulu.
Masa takde pakwe gatal sangat nak cari pakwe.
Bila dah ada pakwe menyesal giler sebab rasa terkongkong lah apa lah ini lah itu lah...Memang banyak masalah tau aku masa ada pakwe tu.
But bila tak ader macam hampeh betul gatai tau nak ader pakwee..LoL
Kadang kala aku tak paham betul apa yang aku nak sebenarnya. 
Padahal ada pakwe belum tentu aku suka orang tu.
Heh merepek aje aku dalam blog aku.
Tapi sebenarnya apa yang aku nak taip ni ialah....
Kita selalu diberikan rezeki yang sesuai dengan apa yang kita akan lalui dan patut kita miliki.
Pada aku kalau Allah tak bagi mesti ada sebab...
Kalau bukan sebab Allah rasa kita tak sesuai, mesti Dia nak bagi something else, atau maybe Dia tau benda tu tak baik untuk kita atau sebab Dia actually dah rancang sebenarnya apa yang elok untuk kita :)
Macam aku mula-mula posting. Aku frust giler dapat tempat sendiri.....
Bukan sebab tak nak berbakti pada tempat sendiri, tapi aku mengharapkan suatu pengembaraan dalam tugas aku sebagai guru...Memang first month second month aku frust giler....
Terpaksa pura-pura aje nak sekolah aku..tapi aku still buat kerja aku elok-elok ok...Takde sambil lewa.
Memang aku frust tau sampai macam-macam aku buat aku minta tolong member dengan semua jenis kabel yang aku boleh capai untuk pindah mana-mana lah.....
Until sampai ke satu tahap aku kecewa....
Kalau korang tanya aku apa rasa kecewa aku sendiri pun tak tau macam mana nak explain sebab rasa kecewa sangat tu unexplainable.
Tapi sekarang I mean really punya sekarang....
Somehow aku rasa happy tau.
Disebalik kesibukan aku yang berlambak itu...Somehow aku bersemangat nak siapkan kerja yang aku dapat & aku bersemangat nak ajar murid-murid aku.
As if aku rasa macam biar orang nampak aku sibuk banyak kerja tapi bagi aku...
Aku rasa happy, aku rasa puas n aku memang nak buat.
Senang cerita 
THANKS GOD I AM HAPPY.

Tuesday, May 26, 2015

Polis Trafik Sila Jangan Baca


Awal aku bangun hari ni. Mungkin sebab aku rasa tak sihat kot. Kerongkong aku pun dah sakit je. Jangan aje demam sebab hujung minggu ni kene berkampung dekat sekolah satu malam. . . .

So semalam sebenarnya kalau ikut betul jam 8.30 aku dah tido dah. Awal sangat tido sebab plan pun nak bangun awal sangat kononnya. Ada keje nak siapkan. Sekali masa dah baring kawan sekerja mesej "KFC".

Aku memula ingat dia salah send ke aper, so aku tanyalah balik "delivery ke?"

Rupa-rupanya hari jadi anak murid aku. Mak aii...Mak budak tu pun dah tertanya-tanya aku ni kat mana. Sebab aku rasa takut nanti orang tertunggu-tunggu, ke takut budak yang tertunggu-tunggu, maka aku pun bangun aje tukar apa yang patut.

Sempat aku bungkus hadiah tau! Apa lagi memang laju lah aku bawa kete. heheheee
Perjalanan 20 minit kalau aku dah rush boleh jadi 10 minit, itupun kalau tak sesak. Tapi dah malam tempat aku ni biasanya tak sesak pon.

Aku kalau dah buat sesuatu biasanya aku sempat refleksi diri tau. Especially time otw driving ke mana-mana. So aku sendiri sebenarnyan rasa kurang senang dengan tabiat aku ni, drive laju sangat buat aper? Tapi bila aku drive slow aku rasa dem bosannnnn hehehee....


Monday, May 25, 2015

Sibuk


Minggu ni minggu paling last budak bersekolah. 
Minggu depan dah mula nak cuti. 
Pastu konvo aku pun kene time cuti.
Tapi aku tak pegi. Ramai juga yang tanya kenapa aku tak pegi.
Konvo tu untuk first ijazah aku.
Bagi aku, 
pada rasa aku keutamaan dan kepentingan untuk pergi belum capai ke tahap yang aku kene pegi.
So aku memang tak pegi. 
Entah lah. Bukan tak menghargai sekeping ijazah itu.
Tapi hati aku ni kuat mengatakan tak payah lah nak pegi.
Agak banyak belanja yang aku kene keluar kan untuk pergi.
Tapi bukan sebab belanja duit aku tak pegi.
Tapi aku rasa memang aku tak mau pegi.
So minggu ni minggu aku sibuk.
Sibuk dengan buku program anugerah murid, sibuk dengan program gabungan British Counsel, sibuk dengan perkhemahan...Fuh...
Kalau ada yang masih cakap keje cikgu ni senang.....
Keje cikgu ni tak senang sebenarnya, tapi orang yang bekerja sebagai cikgu tu....Dah pro sampai orang nampak dia macam senang. Tapi kerahan tenaga tu memang cuma Allah aje yang tau.

Sunday, May 24, 2015

SEGMEN JOM KONGSI TAZKIRAH by Atyy Azmi

[KLIK BANNER UNTUK JOIN]


Well tazkirah untuk hari ini ialah aku mulakan ringkas dulu.... Berapa ramai yang memberi tazkirah tu sebab nak kongsi tazkirah atas sebab rasa tanggungjawab untuk berkongsi dan bukan sebab dia rasa yang dia baik. Dan berapa orang pembaca yang membaca tazkirah itu merasakan bahawa si penulis tazkirah itu benar-benar ikhlas nak kongsi tazkirah dah bukan sebab nak sekadar tunjuk yang diri si penulis itu baik-baik or alim-alim belako?

Aku tengok dalam komen facebook aje pun aku sendiri rasa tak puas hati. Kenapa? Tak kiralah yang muslim ke yang non muslim ke, bila ader aje komen yang panjang lebar yang aku fikir dan aku baca memang betul memang baik punya komen, mesti ader aje keyboard warrior ground level yang cuba nak pusing benda baik jadi benda negatif.

Benda ni lebih ketara bila ada setan yang cuba nak sembur api untuk mengapi-apikan masyarakat kita yang memang dah pelbagai macam jenis ni. Masing-masing tetibe lak nak tunjuk baik agama masing-masing sedangkan semua agama itu tercipta dengan baik dan cantik sekali. 

Yang paling tak boleh tahan bila ada yang cuba nak menjatuhkan sesama sendiri. Yang non muslim pakai tudung diejek kononnya dapat laki kaya, kononnya saja poyo. Yang kerabat non muslim tu pulak cakap lupa daratan apa semua. Bagi aku setiap manusia jika dia memilih agamanya itu atas dasar apapun, jika baik maka sokong lah....Bukan makin nak buka aib lama dia.

Senang cerita aku nasihatkan tak payah rasa cemburu dengan apa yang orang cuba buat. Bila ada rasa cemburu maka muncullah segala muslihat licik kotor yang cuba difikirkan untuk menjatuhkan orang itu walaupun hakikatnya orang itu menuju ke arah yang baik. Korang kena ingat, taubat seorang umatnya lebih disukai Allah. So bila korang kutuk orang tu ertinya korang kutuk Allah juga la. 

Bila Sebut Pasal ROTAN

Ramai yang suka nak bagi pendapat bila orang berbicara tentang bab sekolah ni. Sebagai contoh ROTAN.

Ramai yang setuju dengan peraturan baharu sekarang ni, iaitu merotan ada dilarang sama sekali. Tapi ada juga yang tak setuju. Dan kebanyakkan yang tak setuju itu sudah pastinya mereka yang dari dalam kalangan guru kan?

Sebenarnya apa konsep rotan pada pandangan korang? Konsep rotan berbeza pada pandangan setiap orang bergantung kepada pengalamannya juga. Ada yang mengganggap rotan itu sangat tidak baik kerana mungkin pada pandangan mereka rotan itu adalah perbuatan yang akan menyebabkan kesan yang sangat teruk seperti lebam-lebam yang melampau.

Tapi ada juga yang berpendapat itu, rotan merupakan satu hukuman ringan yang berfungsi hanya sebagai peringatan supaya kanak-kanak tidak mengulangi lagi kesalahan mereka kerana akibat daripada rotan itu menyebabkan mereka akan berusaha sama ada untuk menyiapkan kerja rumah atau tidak mengulangi kesalahan yang sama.


Berikut ialah termasuk beberapa hukuman yang tidak boleh dikenakan kepada murid. Dan pada pandangan aku hukuman tersebut memang boleh diterimalah kalau dilarang, sebab memang agar merbahaya juga kan. Tapi yang bahagian ketuk ketampi tu yang tak boleh aku terima. Entah lah, maybe waktu pj pun aku tak patut buat aktiviti lompat katak sebab lebih kurang macam ketuk ketampi juga.

Pada aku, rotan itu patut dilaksanakan. Sebab ape? Sebab macam yang berlaku pada sekolah aku sekarang, bukan takat sekolah aku. Sekolah lain-lain yang pernah aku mengajar pun, tanpa hukuman rotan, memang budak tak siap kerja ramai. Serius aku cakap, budak tak siap kerja ialah budak yang sama. Dan disebabkan kalau ikut unit disiplin KPM memang macam guru tak boleh buat apa-apa, then macam aku, murid aku tak siap kerja ada yang sampai seminggu aku bagi pun tak siap juga, apa aku bole buat?  Suruh aje lah budak tu buat sampai siap, kalau hujung tahun baru siap pun aku kena terima juga. Betul tak?

Saturday, May 23, 2015

Mimpi Mencekik Entah Apa


Aku tak faham lah pasal mimpi ni.
Aku mimpi semalam.
Mimpi yang aku sendiri pun tak tau macam mana aku nak tafsir.
Entah lah leher sape yang jadi mangsa.
Tapi yang pasti aku mimpi aku cekik orang tu atau benda tu sampai kepala dia tercabut.
Aku cuba ingat balik, berusaha ingat balik.
Macam kucing hitam tapi macam manusia juga yang aku cekik tu.
Tapi yang paling menakutkan aku rasa ialah masa aku cekik benda tu.
Aku cekik bukan guna tangan, tapi guna ibu jari aje.
Masa mencekik panik giler, aku rasa macam semua perasaan sedih, marah, kecewa, takut, benci satu set dalam tu.
Lepas dah berlaku aku pegi cuci tangan terus cuci benda yang tak berkepala tu macam cuci botol kosong...
Haih...Kadang kala mimpi aku ni boleh buat rasa macam nak gile tau.
Entah apa la mimpi aku ni.....

Sukarelawan


Aku sebenarnya minat pada benda-benda berkaitan dengan sukarela ni. Cuma aku tak pernah tau nak register atau macam mana benda ni berfungsi. Kalau ikutkan hati aku tak nak terikat dengan bekerja. Biar lah aku keluar membantu manusia-manusia lain. Tapi apa kan daya, semua orang dalam family aku ni aku rasa takde yang faham hasrat hati aku. Especially bila melibatkan kedua ibu bapa aku.

Mungkin kah kehidupan kita ini sudah sememangnya ada mind set yang mewajibkan kita belajar dan keluar sebagai seorang pekerja untuk memperoleh wang? Atau sebab kita bekerja supaya bila sampai ke usia tua nanti kita tidak akan menyusahkan sesiapa? Hakikatnya, aku berpegang teguh kepada prinsip rezeki itu datang daripada Allah, daripada Tuhan yang menciptakan kita semua.

Tapi kenapa masih ada perasaan takut?

Thursday, May 21, 2015

Nak Beli Kereta? Baca dulu.

Selepas berakhirnya gelombang GST. Maka aku tengok makin ramai pulak dah yang beriya-iya nak beli kete baru ni. Apatah lagi kalau tengok sekarang memang banyak aje kereta yang keluar cun-cun macam si anu tu. Hahahhaa

So sukanya aku nak kongsi lagi tips atau peringatan bila nak beli kereta. Especially bila yang sedang baru nak bekerja, baru nak merasa gaji and baru nak memulakan hidup ini. Uhahahaa


Baru nak kerje? Aku pun begitu juga. Takde beza pon. Aku pun baru keje. Dalam hati memang nak beli kereta paling cun la. Branded biar tip top sama dengan gelaran cikgu kononnya. Ada hati nak beli Honda ada hati nak beli Toyota. Bukan tak mampu. Sangat mampu kot. Tapi......

Sini ada tapinya. Hehhee Ayah aku berpesan. Macam ni....

Tak salah pun nak beli kereta besar-besar, tapi sebab baru kerja, baru nak dapat duit. Biarlah ambik dulu yang kecik sikit. Bukan apa. Baru kerja ni duit kene simpan dulu. Nanti dah keje 5 tahun gitu, hidup duit gaji dah stabil boleh la beli kereta apa yang ko nak.

Fuh....Ok. Apa kah logik disebalik nasihat itu? 

1. Bila kita beli kereta, setiap bulan kita kene bayar tau. Kalau lagi mahal lebih dari Rm1K ler, so kalau gaji baru RM2K ertinya ada baki Rm1K kan....Ada sambungan.

2. Kereta ni perlu minyak tau. Kalau jenis jalan selalu jem je, ader je nak stop stop tunggu-tunggu ertinya minyak yang boleh taham 3 hari maybe jadi sehari setengah je. Kalau jenis dekat maybe jimat. So just contoh seminggu minyak rm50 dalam sebulan ader 4 minggu. So rm200 jumlah baki gaji Rm800. next.

3. Makan free ke? Kalau jenis yang suka makan steak aje. Atau yang jenis suka nak makan makanan yang tak menggemukkan, yang nak kualiti tinggi aku rasa Rm800 habis begitu saja lah. Hahhahaa Okey contoh sebulan untuk makan semua jenis makan lah, makanan ringan, minum segala keropok jajan cokelat ke aper. Rm200. So baki gaji Rm600.

4. Belum lagi korang nak beli benda lain kan kan kan kan kan? So...? Fikir dulu elok-elok. Kalau jenis ada support dari family aku rasa boleh la angkat aje kete paling mahal hahahaha...




Murid Bagi Angpau


Budak zaman sekarang memang boleh tahan.
Kenapa? Sebab diorang boleh bagi duit untuk hadiah hari guru.
Guru dapat angpau dari murid.
Aku sendiri rasa pelik daripada budaya ini datang?
Kalau aku nak blame sebab masyarakat cina, peraturannya dalam bab bagi angpau ini ialah orang yang memberi mestilah mampu dan sudah berkahwin. Senang saje.
So dapat angpau budak?
Aku punyalah rasa pelik.
Walau tak mencecah sampai ke RM1ribu.
Budak sekarang.
Kalau kita bagi kertas sekeping dia boleh je main lempar-lempar minta yang baru.
Diorang ingat sekeping kertas itu mudah nak dapat.
Macam dapat duit.
Ada seorang budak. Datang dekat aku.
Lepas tu boleh dia cakap.
"Cikgu, semua yang aku ada sekarang free saje. Sebab ayah aku yang bayar."
Bangga benar. Tapi aku tak faham, dia tau ke tak nilai sebenar duit ayah dia.
Aku tak maksudkan nilai duit.
Tapi aku maksudkan nilai titik peluh.

Tuesday, May 12, 2015

The Hell Is This?


Part 1
Cuba bagitau aku kegilaan apakah yang berlaku pada diri aku ini sekarang? Kenapa sakit itu aku boleh rasa pada sakit yang hanya berlaku pada aku. Aku tarik-tarik kulit aku sebab aku tau memang kulit aku boleh ditarik macam getah. Walau tak boleh aku tarik sampai kemana-mana tapi aku tahu aku boleh tarik. Aku cuma rasa pelik, Kenapa dalam satu dunia yang besar ini, yang memerlukan kapal untuk sampai kesuatu tempat yang lebih jauh dan aku disini cuma boleh merasakan apa yang berlaku kepada aku.

Aku pandang muka aku. Pfftt! Jerawat tak guna. Kenapa kau tak pandai berhenti berlegar di muka aku ni? Lepas ni mesti aku rasa aku hodoh bila jumpa orang. So? Aku cuba la Google cari mana-mana kata-kata semangat untuk aku. 

“Be yourself.”

Apakah bendanya aku nak be yourself sedangkan sebab jerawat pun aku dah tak confident? Takkan aku nak bertapa dalam bilik sampai jerawat tu hilang? Persetanlah semua itu. Aku tetap nak keluar. Lepas tu paling pelik bila jumpa manusia di sini sana mula lah lagi monolog antara aku dan aku. 

Haih…Kenapa kulit dia tu lawa je. Halus betul….. Yang aku bila nak jadi macam tu? Bila nampak yang berjerawat pulak stilll rasa jeles. Apesal dia ada jerawat tapi still nampak lawa ek? Memang kepala dah bengong sebab bila tengok cermin memang aku rasa aku hodoh. Tapi still ada hati yang mengorat jantan lain?


Part 2
Kenapalah aku rasa stress sangat ni…Kadang-kala aku terpikir tau tak. Apakah aku ni sebenarnya ada depression? Perlu ke aku nak jumpa doktor ni? Tapi aku rasa aku normal aje. Tapi kenapa aku rasa macam aku tak puas hati tanpa sebab ni?

Aku nak marah memang aku rasa nak tentang je tau dinding tu sampai hancur! Nasib aje lah dinding simen…Rugi je aku rasa sakit kalau nak tendang dinding bodoh tu. Still aku stuck disini. Pliisss lah…Bila aku boleh bebas macam burung. Aku rasa macam aku terkurung. Sampai aku rasa aku lebih rela berkurung sebab bukan dapat pegi mana pun? Arrgghhh!!!! Kebabian apakah semua ini?


Part 3
Kesepian. Sapelah yang pernah rasa. Biar banyak kawan dia. Tetap dia  rasa sepi. Sebab benda yang dia nak cakap takde sorang pun dia boleh nak cakap. Bukan sebab tak percaya. Tapi entah. Maybe sebab dia rasa itu bukan orang yang sesuai untuk dia bagitau? Terlalu sepi. Sampai diri sendiri pun mulai nak mengasihani diri sendiri. Sendiri rasa sendiri kesian sangat. Aduhai…..

Nasib-nasib ajelah tak sampai ke part nak bunuh diri. Nasib-nasib aje iman pada Allah masih ader. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Sooo.... Ada korang dapat pengajaran tak dalam cerita ni?




Sunday, May 10, 2015

Jadi Kamu Bila Lagi?


 Semalam aku jadi photographer untuk family aku lagi. Kalau ikut betul ini kali kedua aku jadi photographer family aku yang berkahwin. Walaupun bukan berkali-kali baru dua kali. Tapi aku tetap bangga dapat jadi photographer family aku untuk event penting seperti majlis perkahwinan diorang tu.

Semalam yang kahwin itu ialah adik sepupu aku. 

(Okey aku rasa aku dah taip sampai habis.)

Ini cerita semalam. Semalam line tenet memang menyakitkan hati betul. So aku rasa aku kene taip lagi sekali. Tapi aku dah rasa fade up ahaha. Aku cuma nak bagitau. Asal pegi tempat orang kahwin orang mesti akan tanya "kamu bila lagi". Memang aku pun tak tau nak jawab ape. Hahaha hal kahwin ni bukan jumpa hari ni, suka hari ni, cinta hari ni, kahwin hari ni kan? Hahhaa....

Sunday, May 3, 2015

Hormon Yang Berat Sebelah

Sebenarnya aku ni bukan jenis pemakan ubat-ubatan tau. Especially kalau sakit demam biasanya aku memang tak cari ubat. Instead aku akan minum sebanyak-banyak air putih untuk melegakan badan yang panas atau untuk memudahkan nyah toksin dari badan. Sebab bila demam kalau korang perasan bila minum air je tak lama mesti nak kencing. Kenapa? Sebab badan kita tengah mengeluarkan haba melalui air kencing & benda-benda lain lah...Hahhaa

Hormon yang tidak seimbang. Sebenarnya berlaku kepada banyak wanita di bumi ni. Sebab itu lah wujud pil perancang kehamilan. Untuk yang tak tau, actually pil perancang ni bukan sekadar untuk mereka yang nak pregnant atau yang tak nak pregnant. Tapi untuk wanita yang mengalami masalah hormon tidak seimbang. 

So apa tanda-tanda  hormon tidak seimbang untuk seorang wanita? Pertama yang paling ketara ialah apabila period atau haid tiba-tiba datang tak datang and then tak datang langsung. Ataupun maybe korang tetiba ada jerawat melebih-lebih padahal takde bende yang korang makan atau allergik. Atau berat badan tetiba bertambah tanpa sebab. & last but not least bila tetiba ada bulu yang tumbuh dekat tempat yang tak sepatutnya ada atau melebih-lebih? 

Sini aku kongsi tips ringkas bagi mereka yang bukan jenis pemakan ubat. Bagi aku ubat tu cuma mainan badan aje. Andai memang dah terdesak korang rasa patut makan ubat then makan lah. But aku rasa, Allah lebih mengetahui dan cara penyelesaiannya ada bukan dengan hanya makan ubat. hehehe.

’how

Source: Wellness Mama

KERETA - 30% Senang, 70% Tanggungjawab

So aku ni keje dah nak masuk maybe dalam dua bulan lebih -lebih gitu. And aku pun baru bulan lepas dapat kete baru aku. Aku means, memang fully tanggungan daripada aku kecuali plat number mak aku bayar ahahaa.

So bila dapat kete apakah perasaan aku? Dah bunyi macam kene interview. Sebelum aku nak taip lebih panjang-panjang aku nak kongsi dulu pasal pemikiran aku yang tak seberapa penting sangat ini.....

Jadi kalau dulu masa study memang aku terhengeh-hengeh nak ader kete. Kononnya supaya memudahkan aku untuk pergi kesini kesana walhal bukannya penting sangat pun kesini kesananya itu. Tapi memandangkan mak ayah aku pun bukan jenis yang memanjakan. So memang diorang pun takdelah supportive sangat bab nak beli kete masa aku tengah study dulu. So masa praktikal memang main sewa kemain kete lec kitaorang.

So now bila sendiri ada kete how was it? Setiap bulan aku bayar RM850. Itu baru bayar loan. Belum plus minyak kete which is setakat ni aku tengok Rm50 setiap minggu. Which means 4 minggu sebulan sama dengan RM200 sebulan untuk minyak. Cuci kereta pulak memang aku hantar pegi car wah luar dalam RM12, aku buat dua minggu sekali so sebulan RM24. Rasanya itu baru yang basic, nanti-nanti nak kene tunggu service lagi, nanti tayar botak lagi.

I guess memang ada kereta tu senang la kot. But macam yang aku cakap 30% memang senang. Nak ke sini tak payah nak orang hantar atau tunggu bas. Nak urus itu ini hari ni boleh pegi sendiri & settle, kalau tak siap takpe esok boleh pegi lagi. Tapi 70% tanggungjawab yang kita pegang bila kita ada kete tu sebenarnya kita takkan terfikir atau terasa masa kita nak kete. Tapi bila dah ada baru kita terasa & masa tu maybe baru nak cakap menyesal aku ada kete kan?

Tapi aku takdelah sampai rasa menyesal. Hehehe Aku rasa beruntung juga parents aku tak manjakan aku masa study. Kalau tak mesti elaun aku tak pernah cukup. Hahaha...So? Masih nak beli kereta?