Search This Blog

Sunday, April 12, 2015

Bila Stainless Steel Bukan Stainless Steel

Aku ada kulit yang mahal. Aku kalau nak pakai barang kemas kat leher atau tangan atau kaki atau telinga kene pakai yang jenis emas, emas putih emas kuning atau silver aje. Paling murah mesti silver lah. So korang kene ingat, untuk sesapa yang nak bagi aku hadiah sila bagi emas aje ye. hahaha

So apa cerita sebenarnya ni? Aku ni sebenarnya allergik pada barang kemas yang diperbuat daripada besi & stainless steel. Macam hari tu aku pakai rantai lawa tau, tapi diperbuat daripada stainless steel, menyebabkan keliling leher aku ada garisan merah membengkak dah jadi macam leher hantu penanggal. Serius. Nasib je takde bekas jadi hitam keliling leher...Kalau tak orang pandang aku memang dah lain.


Ini jam aku yang aku beli last year dengan harga stainless steel. Bila aku bawa ke kedai jam kat tempat aku untuk dibersihkan dia kata yang ni memang tak boleh dibersihkan sebab dia bukan original stainless steel. Okay...Aku blur.... 

Akhirnya? Aku tukar strap sebab yang ni memang aku pandang pun tak boleh nak pakai dah. Confirm  tangan jadi gatal. So how? Bila beli jam kat kedai, kalau nak beli strap jenis macam ni sila pastikan pekerja yang menjual tu tau mana satu jam yang strap dia stainless steel & mana satu yang bukan stainless steel. 

Kedua, harga mahal tak bermaksud dia murah. Kadang-kala harga jam yang seratus tu lebih baik dari harga jam yang sampai tiga ratus tu. Walaupun hakikatnya sebenarnya jam yang mahal maybe ada entra bonus kenapa.

Ketiga ialah kenalpasti jenis kulit korang. Ada jenis tak boleh pakai yang strap kulit or kain or kanvas sebab dia akan menghasilkan bau yang terjadi akibat peluh. Dan tak kurang juga kalau pakai yang jenis besi dia akan ada gatal-gatal kat keliling kulit tangan yang pakai jam tu. Apa pun, kalau pakai jam yang korang beli pastu dah start gatal-gatal ertinya koran allergik pada something kat jam korang.

Keempat. Sila beli jenis baham jam ikut aktiviti atau kerja korang. Kalau korang ahli sukan, yang dah tau memang 24 jam  berpeluh tu tak payah lah terhengeh-hengeh nak pakai jam jenis besi ke stainless steel..Sebab itu kenapa jama ada pelbagai jenis, dia ada jenis untuk yang suka main air sungai ke laut ke, ada yang untuk orang yang suka naik turun hutan, atau ada yang untuk jenis memerap kat ofis. Hehhehee

Kelima. Jam yang diperbuat daripada emas. Atau sebarang jenis barang kemas yang daripada emas selalu tidak menyebabkan tindak balas apa-apa. Kenapa? Sebab kuman tidak dapat berkembang atau membiak kat emas. Means emas tidak akan menyebabkan tindak balas kuman pada kulit korang. 

Allergik pada besi or stainless steel bahaya juga tau. Especially kepada kaum wanita. Macam aku mula-mula tindik telinga dulu pakai anting-anting biasa sekali next day dia bengkak, biarkan pastu hari seterusnya memang berair bengkak giler sampai anting-anting tu tenggelam disebalik cuping telinga aku yang bengkak. Nasib je aku masih ader cuping telinga sekarang...ahaha

Saturday, April 11, 2015

Iphone 6 Review

Bila aku nampak Iphone dulu aku tak pandang. Maybe sebab dia terlalu kecil kot? So aku ni daripada pengguna Nokia aku beralih kepada LG Lollpop dan kepada Samsung. Aku masih ingat henfon Nokia aku itu N85, camera 8mp tapi super power! And then Samsung first aku S2 camera pun power lepas tu tukar pegi S4 before going to S5. Untuk pengenalan ringkas. Between S4 & S5 sebenarnya aku akan cadangkan kepada orang supaya beli S4, sebab kamera & sistem dia okay berbanding dengan S5.

So kalau korang tengok perbezaan antara Samsung S5 dengan Iphone 6 yer bukan yang ader plus masing-masing ada design & bentuk tersendiri.


Kalau nak cakap pasal perbezaan memang terlalu banyak perbezaan antara Samsung S5 dengan Iphone 6 ni. Samsung S5 bila pegang tanpa casing dia terasa macam okay, selamat & tak payah nak takut dengan calar ke aper ke. But dengan Iphone 6, maybe sebab aku baru gune kan so bila pegang macam tu je tanpa casing macam korang rasa korang bawa beberapa keping kad bank nak gi bank gitu. Rasa memang kene ader casing. Tapi bila dah guna sebulan lebih tanpa casing rasa okay pula....


Sempurna dekat sini maksud aku ialah port untuk semua jenis wayar atau lubang-lubang yang sepatutnya ada berada di satu bahagian. Bagi aku mudah. Dia tak macam samsung, cas belah bawah, nak sambung earphone belah atas.


Sebenarnya, kalau nak dibanding kan dengan S5 aku rasa aku lebih selesa dengan Iphone 6. Iphone 6 plus memang besar. Tapi giler besar. Dah lah aku ni jenis suka pegang henpon sebelah tangan, so Iphone 6 aku rasa just right. Maksud aku bila korang dah pegang korang akan rasa yang okay, henfon ni memang untuk aku gitu. Hahahaa


Iphone 6 dengan Iphone 6 plus nipis dia sama aje. Memang flat and macam yang aku cakap lah. Korang perlukan casing sebab henfon ni macam dia licin sikit. Tapi still, bila korang dah biasa pegang memang korang rasa best henfon korang tu.


Last but not least, camera Iphone 6. Perbezaan antara samsung dengan Iphone 6 memang jauh sekali. Biarpun Samsung S5 lebih tinggi Megapixelnya berbanding Iphone 6. Tapi still memang aku tak menyesal dengan Iphone 6 and kalau korang suka selfie ke, wefie ke, gambar semua jenis majlis atau peristiwa hidup korang..Memang aku pun akan cadangkan Iphone sebagai smartphone yang paling best kalau nak ambil gambar.



Friday, April 10, 2015

SIAPA?


Lama aku tak update entri kan? Aku nak cerita pasal apa pun aku tak tahu. Tapi yang paling kaw kaw sebabnya ialah aku takde masa. Bila nak taip, mental aku dah drop sampai idea nak menaip tu memang kering kontang. 
Maybe aku kena berhenti jadi blogger? Tutup blog? Buang blog?
Tapi aku rasa sayang & rugi. Walaupun ini bukan blog pertama kau but aku actually sayang pada blog aku ni.

Aku nak cerita pasal hidup aku tapi aku tau nanti aku cerita bukan ada membawa kebaikkan sangat pon. So aku decide tak nak la buat entri pasal perasaan dan pemikiran negarif itu. Takut nanti korang pun terefek ahahaa...

Tapi aku nak bagitau sesuatu. Pasal perasaan aku. Dan aku sendiri sebenarnya tak suka perasaan aku ni. Aku rindu pada somebody. Tapi aku ada satu masalah. Dan masalah ini ialah masalah yang paling besar pada pandangan aku. Bukan sebab orang yang aku rindu itu suami orang, bukan sebab orang yang aku rindu itu pondan, atau bukan sebab orang yang aku rindu itu tak kenal aku, dan bukan juga sebab aku ni dah ader pakwe apatah lagi suami. 

Tapi masalahnya, siapakah somebody yang aku terasa rindu itu? Aku pun tak tau.