Search This Blog

Monday, March 23, 2015

H.U.D.U.D


Sejujurnya aku serius masih tak faham apa itu HUDUD. Bagi yang masih tak kenal aku, aku non muslim. but for now I knew mostly what muslim people will be shocked if I talked about it. Well, tak bermaksud yang bukan Islam tak boleh tahu & faham pasal Islam kan?

Sebab itu aku hairan. Ramai orang Islam macam takut nak share hal-hal tentang agama mereka sendiri. Maybe sebab diorang takut nak cakap? Atau sebab tak berminat? Or maybe sebab diorang sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang ada dalam Islam? Macam yang kawan aku cakap, sekarang ini ramai je orang yang Islam dalam IC.

Aku? Yes I am not. But aku berani nak kata, I want to be Islam. Aku nak bukan sebab aku nak kahwin ke, bukan sebab lelaki ke semua tu...But sebab aku sendiri yang mencari dan mengkaji, which is Alhamdullilah Allah bagi aku hidayah untuk menerima Islam.

It is not something that people always talk about. Why? Sebab ramai fikir yang this is  a sensitive issue. Kenapa jadi sensitif? Bukan kita nak maki pasal agama dia or agama orang lain. No. Tapi ramai yang aku tengok macam budak-budak. Bila cakap sedikit pasal tak boleh makan babi, mula lah nak timbulkan isu, bila orang cakap sikit pasal benda tu orang cina yang masak, mula lah timbulkan isu.

Yang aku nampak orang timbulkan masalah aje. Berlambak sampai ke gunung, tapi takde satupun aku tengok yang bagi penyelesaian. Ingat...Dunia ini bukan manusia punya semata-mata. Walaupun kita rasa kita boleh lakukan apa saja di dunia ini, jangan lalai dan hanyut dengan apa yang kita boleh buat. Kenapa? Sebab aku benar-benar percaya, dunia ini ujian kita. Dan akhirat itu nanti akan menjadi keputusan ujian kita ini....

So still...What is HUDUD? Serius aku tak faham sebab aku belum baca lagi pasal Hudud.

Sunday, March 22, 2015

Bila Instagram Jadi Iklan Atas Iklan

Aku ni rasanya boleh lah dikatakan dah jadi tukang online buyers juga. So mostly aku akan membeli online memandangkan kat tempat aku ni actually barang atau fashion clothes payah nak dapat. Kalau dah desperate takda fesyen kene turun ke Kota Kinabalu sebab sana memang boleh kira semua ada, if only korang tau nak beli dekat mane.

Salah satu tempat yang aku kira takat ni paling banyak aku order selain dekat Lazada is Instagram. Okey sana memang paling ramai lah aku boleh kata jual beli ni happen. Tapi lately aku tengok, yang menjual ni iklankan barang orang, orang tu iklan kan barang orang yang lagi satu and then lagi satu and then seterusnya...Aku rasa semak....

Why semak? Tak salah pun ko iklankan barang orang, tapi macam dah telebihkan sangat iklankan barang orang lain sampai aku nak reply je dekat komen tu..."ko jual amende eh?" Hahaha Jahat tak?
Dalam berniaga ni...Memang kita nak promote orang nak orang promote kita..Tapi jangan sampai telebih nak promote orang sampai kita sendiri tak terjaga... Betul tak?



Friday, March 20, 2015

Masa Untuk Aku


Terlalu banyak sangat perkara yang berlaku dalam masa beberapa bulan ni aku rasa. Aku rasa macam masa tu semakin cepat aje berlalu..Adakah itu tandanya aku sedang hidup? Atau itu tandanya aku sedang ketinggalan?

Masa merupakan elemen yang kita mampu tentukan didepan namun tidak dapat diubah di belakang. Bila berlalu tiada apa yang kita boleh ulang melainkan tayangan video. Aku ni bukan jenis yang suka berfoya-foya...Tapi serius aku katakan aku suka keluar untuk melihat keindahan alam...Allah ciptakan tempat yang terlalu cantik tidak ditatap manusia..Dari hujung tanah ke hujung langit..Semuanya sempurna tiada celanya.

Tuesday, March 17, 2015

Dari Kolesterol Turun Ke Hati


 Sebab tajuk entri ni tak sama dengan gambar yang aku bagi, tapi aku rasa gambar ni lawa sangat jadi aku tetap rasa nak share dekat korang. Sebab tetibe aku jadi fan bunga matahari si sunflower. Maybe sebab tiap-tiap kali laluan aku gi keje mesti aku nampak bunga matahari tu berkembang-kembang macam tersenyum je nampak aku selalu ahaha Imaginasi berlebihan neh!

So apa kena mengena dengan kolesterol. Aiii..Hari tu masa gi buat medical check up terus aku buat blood test untuk test semua lah. Ini merupakan kali kedua aku buat blood test, first time buat blood test rasanya 2 tahun lalu. Masa tu aku ada something kalau tak silap aku limfosit aku ke yang tinggi terus dorang suspek aku kena TB. Masalahnya selera aku takde kurang, bertambah ader lah, pastu nak kata aku kurus memang maintain teddy bear aje. Pastu buat lah kahak test seminggu, rupa-rupanya takde ahaha Aku kan memang jenis tak suka hospital gomen lah terus aku sendiri berhenti jumpa, iyelah dari aku asyik komen yang tak elok baik aku berhenti je kan? Ahaha tindakan drastik yang bodoh, sila jangan ikut tabiat aku yer.

So untuk blood test kali kedua ni aku punya semua normal & okey, kecualiii kolesterolll HDL aku tinggi LDL aku pun tinggi. Apa benda HDL & LDL itu? HDL itu ialah High Density Lipoproteins iaitu sejenis kolestrol yang baik punya, and then LDL itu adalah Low Density Lipoproteins iaitu kolesterol yang jahat means tak baik untuk badan. So aku tinggi kolesterol, tinggi lah...means aku kena stop makan kfc, kene stop makan daging-daging bergoreng semua yang tak elok. Rebus je aku boleh baham. Hahhaa

And then ada satu lagi, hati aku, hati kita iaitu organ badan yang bertindak untuk menyingkirkan toksin dalam badan pun aku problem. Kalau ikut doktor aku kena makan ubat, tapi sebab aku ni jenis liat nak makan ubat aku tanya doktor kalau tak makan ubat boleh ke, doktor cakap boleh je dalam masa 6 bulan make sure you makan yang sihat, yang baik and exercise and then lepas 6  bulan mari lagi datang buat blood test kita tengok. Kalau okey means no need ubat lah, kalau tak okey memang TERPAKSA makan ubat.

Aku ni jenis suka bertanya, annoying sikit. Sikit-sikit suka tanya hahaha So aku tanya kenapa pula hati aku boleh ada masalah sedangkan tinggi kolesterol patut kat jantung? Hahaha Doktor cakap kalau terlalu banyak makan udang ke seafood memang boleh effect kat hati sebab benda-benda seafood ni kan memang actually banyak toksin yang tak elok untuk badan? Sooo hah...memang aku tau lah kenapa aku boleh ada masalah hati tetiba ni..Sebab masa aku tengah dok study aku suka baham seafood ahaha kononnya.

So apa aku punya solution untuk 6 bulan ni????
1. Fully stop makan maggi sebab sebungkus maggi nak seminggu baru segala perencah benda tu keluar dari sistem badan kita.

2. Fully stop makan makanan tin. Aku dari kecik suka makan sardin king cup. Seriously sangat suka...Dah besar ni kurang lah so target is to berhenti sepenuhnya.

3. Fully stop minum cola, minum air tin air manis dalam botol or maybe sebulan sekali? Hahaha Air manis dan manusia memang tak boleh dipisahkan..Setuju atau tidak? Tapi aku rasa aku boleh buat.

4. Exercise atleast 3 times a week. Iyelah, supaya hati aku tak terlalu susah nak tapis toksin dalam badan biar yang lain keluar melalui peluh juga.

5. Minum air putih paling minimum 1.5 liter sehari. Sebenarnya kalau kita rajin minum air kan bagus juga kot. Tapi jangan juga ter'over' lah..Nanti lemas.. ahahaa


Monday, March 16, 2015

Review Product : BeautyOAT

Hallluuu...Aku nak buat review ni. Setelah diberikan cubaan produk minuman yang sihat dan mencantikkan iaitu BeautyOAT!


Kalau ikut yang aku minum tiap-tiap pagi aku rasa macam breakfast lah hahaha Sedap juga, walau aku tak rasa manis, rasanya mungkin air aku letak banyak sangat kot..Guna shaker tapi aku rasa memang air aku letak banyak sangat ahahaha

Untuk kesan yang lebih berkesan aku suggest minum pagi & malam. Ada dua hari aku buat macam tu esoknya serius aku cakap memang takde sebiji pun jerawat keluar lepas tu. Kalau hari-hari biasa tanpa BeautyOAT mesti paling kurang ada sebiji jerawat sebesar kacang yang datang menumpang kat muka aku. But lepas tu memang aku tak tipu, maybe sebab GST so bila nak tumpang kat muka aku jerawat dah tak mampu ehehehe

Muka aku jenis bekas payah nak hilang. But the good thing about BeautyOAT is? Dia membantu mencerahkan muka & bekas jerawat. Tipu lah kalau aku kata seminggu je bekas jerawat aku terus lesap kan? Actually dia slowly hilang, ada rakan sekerja aku tegur kot "eii muka you macam dah semakin okey! You guna apa?"

Hahaha Kalau lelaki tegur mesti aku rasa lelaki tu suka kat aku, pffttt gataii....Ini rakan sejawat perempuan yang tegur. Kira okey lah, ertinya dia pun nak try apa yang aku try ahahaha....So amacam? Kalau pendapat aku, produk ni memang sihat & baik. Sebab apa? Dia takde benda lain selain oat & collagen. Kalau ada herba bagai lagi memang susah sikit nak terima sebab kita tak tau herba apa yang murah & kesannya pada diri kita.

So sini aku siap buat bintang lagi. Max setiap satu 5 bintang. Ada yang aku tak letak sampai 5 kenapa? Selagi bekas jerawat tak hilang memang tak boleh sampai 5 la. ahahaha Jahat giler. Tapi empat pun aku rasa dah fullblast tau.



So? Pilihan yang paling tepat? Is to buy & drink day & night BeautyOAT! yeahhhh!!!

JaneBeautyOAT

Thursday, March 12, 2015

Bila Allah Sudah Jawab

Ramai tak tahu sebenarnya sape aku dalam dunia blog. Tapi itu bukan apa yang aku ingin utarakan untuk entri kali ni. Kalau blog aku dulu memang dah ramai tahu antara aku dengan Islam bukan lah sesuatu yang pelik walaupun aku bukan beragama Islam. Sebenarnya beberapa hari ni aku sibuk sangat sebab ader kursus yang berakhir paling lewat jam 10 malam paling awal jam 9. So rasanya bole je paksa diri untuk buat entri, tapi kursus yang aku pegi ni sebenarnya bagi aku merupakan jawapan yang aku pinta sejak 2 minggu lalu daripada Allah...

Ada sesuatu yang aku ingin buat dalam hidup aku. Yang aku fikirkan aku dah set pastu tinggal aku tunggu berlaku dengan yakinnya. Aku ingat apa yang aku rancang itu semuanya akan menjadi tanpa halangan tanpa dugaan sehingga aku lupa sebenarnya Allah lebih tahu perancangan apa yang lebih baik untuk aku.

Aku menyediakan apa yang patut, aku rancang tanpa fikir yang semuanya boleh berubah dan bila aku mendapat jawapannya pada bulan Febuari ternyata 50% perancangan aku musnah. Tapi dengan berbekal kan harapan 50% itu aku terus kan dengan mengubah sedikit perancangan yang sedia ada. Walhal hakikatnya hampir 90% niat aku pun berubah. Tiada satu pun yang aku rancangan sebenarnya dengan tulus ke arah rancangan penghijrahan aku.



Dan bila aku betul-betul sudah mendapat jawapan itu. Hati kecik aku memberontak walaupun  aku kelihatan tersenyum tanpa rasa stress atau sedih. Memang secara dasarkan aku seperti menerima sahaja apa yang aku dapat. Luncuran kata dari mulut ibarat gembira dan menerima. Namun seperti yang aku cakap...Hati sendiri hanya antara aku & Allah saja yang tahu....

Bayangkan seorang manusia kerdil seperti aku ni...Betapa berusahanya aku cuba untuk mengawal ledakkan perasaan yang bercampur baur... Sudah lah bukan seperti yang aku minta sekolah cina lagi..Astaga ya Allah...Dugaan apa yang Engkau berikan kepada aku ni ya Allah...Sesungguhnya aku sendiri pun rasa macam dunia ini bukan untuk aku lagi..Astaga...Betapa kerdil dan sempitnya pemikiran aku waktu itu....

Sehinggalah aku pi kursus & berjumpa dengan seorang Pensyarah UPSI iaitu Encik Aziz Yatim...Sesungguhnya kursus 3 hari 2 malam itu benar-benar membuka hati aku untuk menerima takdir yang berlaku sekarang. Jawapan yang aku mohon sebelum ini dengan hati yang hampir nak putus asa datang sekali dengan pengisian jiwa aku yang kosong ini...



Sunday, March 8, 2015

FIRST GIVEAWAY BY MAMA3FARHANAH

 Korang tak nak join ke? Tengok senarai hadiah  pun aku rasa korang patut join walaupun korang rasa tak nak join. Hahaha Mari lah join ramai-ramai, kite tengok sapa yang menang.



Shawl × 3 pemenang
Purse comel × 2 pemenang
Frame gambar × 2 pemenang
Note book + pensel × 3 pemenang
Keychain × 3 pemenang
Fridge Magnet × 3 pemenang
Sheseido Mask (3) × 2 pemenang
Top up RM5 × 2 pemenang
( Klik :: SINI :: untuk lihat gambar hadiah )


:: Giveaway ini akan berlangsung dari 5 Mac - 25 Mac 2015 (11.59 pm waktu Malaysia)

Saturday, March 7, 2015

Bila Sudah Bekerja

Aku ni time zaman aku bergelar pelajar aku teringin sangat nak bekerja. Kononnya kalau dah bekerja aku dah boleh buat apa yang aku nak dengan banyak masa yang terluang. Hakikatnya semua itu hanyalah berdasarkan apa yang aku fikirkan tanpa melaluinya sendiri.

Tengok sekarang. Aku dah bekerja. Tapi blog terbiar. Ketara sangatlah yang aku ni sebenarnya memang takda pun masa terluang sangat-sangat seperti mana yang aku mimpikan waktu aku belum bekerja dulu.

Tapi walaupun aku xda masa terluang untuk aku buat benda yang aku suka, which means aku stuck buat kerja kat sekolah especially untuk murid aku, and serius aku pegi keje jam 6.20pagi balik keje dalam jam 6 juga pada waktu petang. Walaupun aku rasa seriusly penat, seriusly sangat penat, tapi aku takde rasa menyesal atau marah. Instead...Aku rasa puas. Aku rasa macam aku dah melaksanakan something yang membuat aku rasa macam aku faham kenapa aku sibuk macam tu.

Still aku rasa penat. Dan bila tiba besoknya aku tetap buat kerja aku tanpa rasa penat dan penat bila hari semakin ke penghujungnya. Dan begitulah hari-hari ku sejak aku mula bekerja. Tipu kalau aku kata aku takda rasa menyesal, tapi penyesalan itu tidak kemana, penyesalan itu cuma datang bila aku sudah betul-betul penat tahap aku tinggal tumbang ke atas katil yang empuk tanpa perlu mandi & makan ahahha....


Sunday, March 1, 2015

Cantik, Muda & Sihat dengan BeautyOAT

Aku tengok dah banyak sangat produk yang wujud especially yang ada collagen-collagen ni dekat pasaran sekarang. Malah aku percaya ramai yang beli dan cuba produk-produk gitu and 50% ada yang berjaya jadi lebih lawa, 50% takde apa-apa perbezaan. Hahahaa

Sebenarnya ada satu produk ni. Yang juga ada collagen dekat dalamnya. And seperti produk yang ada collagen lain yang feymes. Yang ni pun korang kena minum. Tapi apa yang membezakan produk ni dengan produk lain?

Produk lain korang kena tuang, shake & minum begitu saja. Tapi produk yang aku nak share ni dia tuang, shake and minum! Serius. Aku baru cuba semalam. Sedap & mengenyangkan.  Apa produk yang aku nak share ni? Sebenarnya produk tu ialah
Yang penting ianya halal, buatan Malaysia & diperakui.


Kalau baca kandungan pun memang isi kandungnya semuanya best-best.

Kalau korang tanya aku apa kesannya? Aku secara jujurnya boleh cakap aku pun tak tahu sebab aku baru cuba. But first paket aku semalam, aku boleh cakap sedap. Serius. Dia tak manis macam benda-benda 3in1. Korang siap boleh rasa oat dia lagi. Paling best? Aku sarankan kepada mereka yang nak tukar diet kepada tak nak makan pada waktu malam untuk beli BeautyOAT ni sebab ianya mengenyangkan. Sekali aku minum terus mati nafsu nak makan tengah-tengah malam sebab terus rasa kenyang.
SPONSORED POST by JaneBeautyOat