Search This Blog

Saturday, February 28, 2015

Padah Jadi Guru!


Rasa-rasanya topik ni kalau masuk surat khabar memang boleh jadi hangat tak? Aku rasa profesion perguruan ni merupakan satu profesion yang paling banyak pekerjanya & merupakan paling banyak dibenci orang tak kira dari yang muda sampai ke tua, paling banyak disukai dan dirindui tidak kurang juga paling banyak yang dicemburui oleh orang lain. Betul tak?

Iyelah. Kita mula cerita pasal basic gaji dulu. Keje je basic tak campur elaun yang bagai-bagai tu pun dah 2k. Kalau dah campur memang banyak lerrr kan? Sapa lah yang tak nak duit banyak tiap-tiap bulan kan? Lepas tu, kalau sekolah cuti, budak cuti, cikgu pun cuti. Perayaan cuti, cuti sekolah cuti, hujung tahun cuti. Nak kata banyak memang guru ni banyak cuti lah.

Tapi korang sedar tak? Sebenarnya ianya tidak semudah seperti yang korang lihat, korang dengar dan yang korang rasa? Bagi mereka yang memegang title guru, dan yang betul-betul pegang tanggungjawab guru. Gaji yang 2k sampai ber'K' tu sebenarnya bukan semua untuk dirinya. Cuti yang korang jeles sangat tu, sebenarnya cukup-cukup je untuk redakan tekanan darah yang meledak di diparas over heat itu. Kenapa?

Guru ni dia bukan menyampaikan ilmu semata-mata, tapi dia juga pastikan ilmu benar-benar sampai dan diserap murid. Guru ni, dia bukan saja nak jadikan murid berilmu, tapi dia nak mesti jadikan murid manusia. Kalau budak tak ada hormat maka guru bentuk supaya hormat itu wujud dalam diri budak-budak tu. Guru ni dia bukan saja kenal budak dengan nama Ali. Malah guru ni dia tahu juga nama emak si Ali, keadaan keluarga si Ali, tempat tinggal si Ali dan apa masalah si Ali. Kadang kala terlalu risaukan murid yang bernama si Ali.

Dan jadi guru juga, Bukan lah banyak masa terluang seperti yang korang bayangkan. Guru ni dia hebat. Dia reti buat-buat rilek. Dalam hati hanya Allah yang tahu apa yang tengah difikirkan atau yang tengah dirisaukan. Guru ni walaupun dia marah dengan budak yang dah dia ajar benda sama 2 3 4 5 6 kali, dia tak terajang langsung, tapi dia tetap setia mengajar biar pandai walau sedikit. Kalau korang tengok sendiri kadang kala ada guru yang sebab nak ajar anak orang lain, sebab rasa tanggungjawab itu anak-anak dia sendiri secara tidak sengaja terabai.

Aku ni kalau membebel. Memang ada yang jadi keyboard warrior ni yang nak bidas cara setan. Nanti aku rotan kang baru padan muka. Hahahha Sebenarnya aku ni seorang guru baru, yang merasa apa sebenarnya erti perjuangan guru. Nanti aku cerita pasal murid aku dan perasaan aku. Kali ni aku cerita yang aku ni bukan tak nak update blog, tapi sebab aku memang sibuk sampai aku memang boleh tak sempat nak update blog.. kiiikkkkkk

Tuesday, February 24, 2015

Aku Rasa Lah


Hakikatnya manusia semakin hari semakin suka judge orang lain kan? Macam diri sendiri tak sedar yang dia tu bukan lah sempurna sangat. Dan pada aku lah, daripada kesilapan itu lah sebenarnya kita belajar untuk memperbaiki diri kerana kita tahu dan kita sedar yang sesuatu benda tu salah.

Namun apabila kita berbicara tentang diri kita sendiri. Ada dua bahagian sebenarnya. Satu secara fizikal dan satu secara mental. Fizikal melibatkan perbuatan dan bentuk diri kita yang maujud. Manakal mental merupakan bentuk yang kita tidak boleh nampak dengan mata kasar namun dapat dikenalpasti melalui perasaan hati kita.

Contohnya, kalau marah boleh ke kita rasa marah dengan lihat? Tidak sebenarnya kita rasa marah dengan perasaan. kan?

Aku sebenarnya agak rasa kecewa dengan seorang blogger yang lawa ni. Sebab aku rasa dia ni sebenarnya idol semua orang. But since status dia banyak sangat negatif yang melibatkan hentaman ke atas mereka-mereka yang kononnya sangat hebat menyebabkan aku rasa macam...Owh...Macam tu ke?

Heh aku bukan perfect sangat lah. Aku ni kan manusia. But macam someone yang korang dah respek, yang selalu macambawa vibe positive tetiba ada status yang negatif hentam-hentam sini sana I was like woah...Ko putus cinta ke? Hahaha

Monday, February 23, 2015

PEGUAM vs SAKSI

PEGUAM : Apakah perkara pertama yang suami anda cakap awal pagi?
SAKSI       : Dia cakap "Aku dimana ni Kathy?"
PEGUAM : Jadi apa masalahnya disitu?
SAKSI       : Nama saya ialah Susan!
______________________________________________________________

PEGUAM : Adakah anda aktif secara sexual?
SAKSI      : Tidak. Saya hanya baring diam-diam.
______________________________________________________________

PEGUAM : Jadi. Penyakit Myasthenia Gravis ini. Adakah ia memberi kesan kepada ingatan?
SAKSI       : Iya.
PEGUAM : Bagaimanakah kesan penyakit itu kepada ingatan anda?
SAKSI       : Saya lupa.
PEGUAM : Anda lupa? Bolehkah anda berikan kami contoh perkara yang anda lupa?
______________________________________________________________

PEGUAM : Adakah anda hadir semasa gambar anda diambil?
SAKSI       : ......
______________________________________________________________

PEGUAM : Jadi. Tarikh anda melahirkan anak anda ialah pada 8 Ogos?
SAKSI       : Ya.
PEGUAM : Dan pada ketika itu apa yang anda sedang lakukan?
SAKSI       : Uh......Saya sedang berasmara!
______________________________________________________________

PEGUAM : Dia mempunyai 3 orang anak. Betul atau tidak?
SAKSI       : Betul.
PEGUAM : Berapa orang anak lelaki?
SAKSI       : Tiada anak lelaki.
PEGUAM : Adakah dia mempunyai anak perempuan?
SAKSI       : ......
______________________________________________________________

PEGUAM : Bolehkah anda mencirikan individu tersebut?
SAKSI       : Dia lebih kurang sederhana tinggi dan mempunyai janggut.
PEGUAM : Adakah individu tersebut seorang lelaki atau perempuan?
SAKSI       : Cuba kamu teka.
______________________________________________________________

PEGUAM : Adakah anda ingat masa sewaktu anda memeriksa mayat tersebut?
SAKSI       : Autopsi itu bermula pada sekitar jam 8.30 malam.
PEGUAM : Adakah pada waktu itu Encik Denton telah mati?
SAKSI       : Tak. Dia sedang duduk di atas meja dan berfikir kenapa saya sedang menjalankan autopsi pada dia.
_____________________________________________________________

PEGUAM : Doktor, berapa banyak autopsi yang anda telah lakukan ialah ke atas orang mati?
SAKSI       : Semua autopsi saya dilakukan ke atas orang mati. Adakah kamu ingin mengulang soalan  sekali lagi?
_____________________________________________________________

PEGUAM : Doktor, sebelum anda membuat autopsi, adakah anda memeriksa nadi?
SAKSI       : Tidak
PEGUAM : Adakah anda memeriksa tekanan darah?
SAKSI       : Tidak
PEGUAM : Adakah anda memeriksa penafasan?
SAKSI       : Tidak.
PEGUAM : Jadi, adakah ianya berkemungkinan yang pesakit pada waktu itu masih hidup semasa anda sedang menjalankan autopsi?
SAKSI       : Tidak.
PEGUAM : Bagaimana doktor pasti begitu?
SAKSI       : Sebab otaknya berada didalam balang.
PEGUAM : Begitu..Tapi adakah kemungkinannya untuk pesakit masih hidup walaupun begitu?
SAKSI       : Ya. Kemungkinanya mungkin ada dan dia sedang hidup menjadi peguam.


SUMBER daripada 9gag

Sunday, February 22, 2015

I-Phone 6 Plus Maybe?

Okai. Aku ni pengguna Samsung sebenornye.


Kesemua henpon yang korang nampak kat gambar itu. Sebenarnya bukan semua milik aku. Hahaha....Tapi yang pasti aku dah pernah guna Samsung S2, Samsung S4 & now Samsung S5. Yang paling aku rasa seronok nak guna? Samsung S4. Itupun tukar kepada Samsung S5 sebab Samsung S4 tertinggal atas bumbung kereta & aku pecut suka hati sebab lambat ke sekolah. Hebat tak?

So Samsung S5 ni aku tak berapa nak suka. Sebab apa? Sebab kamera dia aje. Samsung S5 lebih upgrade daripada S4 tapi dari segi kamera aku rasa Samsung S4 lebih hebat. Memang S5 ni skrin besar best time main game. Tapi disebabkan aku ni kaki ambik gambar, bukan selfie aje okay, so bagi aku kamera henpon kena kaw-kaw sebab aku ni walau ada DSLR tapi kalau ada function atau event je baru aku bawa.

So kalau normal life yang xdd function or event maka hendon amat penting untuk snap laju-laju. Sebelum Samsung, aku ni pengguna Nokia. Nokia tu beb. Aku banyak suka sebab henfon Nokia aku yang N85 tu aku pakai dalam nak 4 tahun. Kamera tiptop. Itu aje. Tapi sayangnya dia tak berapa nak touch screen sangat. Ada keypad main tolak-tolak giteww.

So Nokia, Samsung maybe lepas ni I-phone? Aku tartarik pada kamera dia sebenarnya. Malah ramai kawan-kawan aku suggest aku tukar kepada Iphone. Tapi aku macam 50/50 je. Note 4 or Iphone 6 Plus?

Sape boleh kongsi pasal kedua-dua produk ni. Mana satu lebih worth it. Sebenarnya aku nak tukar kepada Iphone pun supaya senang nak transfer gambar ke Mac aku. Tapi still...Korang rasa mana yang best?


Saturday, February 21, 2015

Sudah Sampai Masa Ke?


Aku nak kata aku emosi pun aku rasa macam okey je. Kalau nak kata aku desperate sangat pun aku rasa tak juga. Apa benda yang aku merepek ni? Aku tak tahu mainan perasaan apa yang aku ada sekarang ni tapi aku rasa aku perlukan seorang lelaki yang bernama suami.

Sebenarnya aku tak rasa pun aku perlukan sangat. Tapi pada masa yang sama aku rasa aku perlu. Pfftttt....Aku tasa aku nak terjun dari bangunan yang tinggi, bukan bunuh diri ler, I mean buat buggee jumping gitu.

Sebenarnya aku tak yakin pada sistem kapel. Hahaaha..Dan keyakinan aku juga bukan terletak pada sistem jumpa dan nikah terus. Pada zaman sekarang ni aku rasa persahabatan perlu untuk kita saling mengenal. Namun pada masa yang sama kan, aku rasa macam aku terlalu sibuk untuk berkawan untuk mencari pasangan hidup.

Bila bercerita pasal pasangan hidup pulak aku rasa macam aku tak bersedia tapi mahu? Percaya tak aku set umo aku 30 untuk aku nikah. Lepas tu aku rasa lucu pula sendiri. Sebab aku rasa jadi cikgu kalau nak bercintun cintan mesti akan terganggu..Aku kesian nanti dekat murid aku.


Aku sebenarnya agak bingung sendiri dengan perasaan aku tau. Well for one thing..Aku rasa maybe semua manusia yang bergelar hawa mempunyai perasaan seperti apa yang aku rasa dalam usia 24 tahun ni atau mungkin itu semua hanya aku sorang je yang terlalu banyak berfikir.

Wednesday, February 18, 2015

Agama Tidak Pernah Salah. Yang Salah Ialah Manusia.


Sepanjang pengajian aku dalam pendidikan aku rasa masa itu lah aku paling dekat dengan Islam. Dan sejujurnya kadang kala aku ibarat umat Islam yang menyampaikan dakwah kepada mereka yang bukan Islam dan bagi warga Islam aku ibarat mewakili mereka yang bukan Islam bertandang untuk memberitahu bahawa sebagai seorang bukan Islam kami memahami budaya Islam boleh mempelajari budaya Islam sekiranya anda mengetepikan perasaan suka bersangka buruk.

Nampak gambar say no to angpau kat atas tu? Aku sertakan link sekali untuk korang melihat pemilik FB yang post gambar macam ni. Angpau atau Angpao bermaksud kertas merah yang berbungkus. Pemberian angpau sebenarnya bukan berdasarkan kepada jumlah wang didalam kertas. Tapi jumlah kertas merah yang kita akan dapat. Kenapa? Sebab kertas merah itu mewakili harapan yang diberikan kepada si penerima.

Dalam budaya masyarakat cina. Angpau diberikan kepada kanak-kanak, remaja dan mereka yang dewasa dan belum berkahwin. Yang memberi pula ialah mereka yang sudah berkahwin kebiasaanya. Memberi angpau bukan satu perkara yang wajib daripada mereka yang ingin memberi. Sekiranya ada rezeki lebih maka boleh diberikan. Namun kalau tidak mampu, ianya tidak apa-apa sekiranya tidak memberi angpau.

Aku rasa dalam perayaan hari raya sebenarnya takda budaya memberi duit raya. Berdasarkan sejarah, budaya memberi duit raya ini adalah budaya yang dipetik daripada budaya memberi angpau masyarakat cina kan? Lagipun aku rasa budaya memberi angpau dan menerima angpau ini tidak haram di sisi Islam. Dan sekiranya aku salah. Sila betulkan fakta aku. Selamat tahun baru cina semua :)

Tuesday, February 17, 2015

Hakikat Manusia


Manusia yang baik boleh jadi pura-pura jahat. Manakala manusia yang jahat boleh juga berpura-pura jadi baik. Sebab antara jahat & baik seseorang itu bukannya yang kita boleh nampak terus secara zahirnya. Walaupun mungkin kita kenal seseorang itu sudah bertahun lamanya bukan bermaksud kita mengenali orang itu sebenarnya.

Manusia yang cantik pula boleh je menjadi hodoh. Dan manusia yang hodoh pun boleh je menjadi cantik. Itulah peraturan yang manusia sendiri sudah tetapkan. Ada beza antara yang cantik & yang hodoh. Walhal Allah dah bagi cukup sempurna sifatnya, malah diberikan bonus iaitu akal supaya kita mampu berfikir dengan baik dan dengan sendirinya.

Namun manusia yang gemuk tidak boleh menjadi kurus. Begitu juga yang kurus tidak boleh menjadi gemuk. Kerana kita nampak secara zahirnya fizikal seseorang itu.

Apapun. Menjadi manusia adalah perkara yang mudah. Jika dalam hidup kita mempunyai pegangan, jika hidup kita tidak tewas dalam pengaruh dunia. Biar kita jadi apapun...Kita tetap manusia.

Sunday, February 15, 2015

Tahan, Jika Sakit Itu Penghapus Dosa

Semalam aku buat benda bodoh lagi. Sebab nak cepat sebab tak sabar aku buka je penutup karburator kereta tu. Untuk pengetahuan korang, penutup air kereta tak boleh dibuka terus ketika enjin masih panas. Kena tungggu sekurang-kurang dalam 50minit hingga 60 minit baru boleh buka dan tambah air.

So untuk sambungan cerita tentang kebodohan aku tu. Aku drive kereta tu actually dekat je pun..tak sampai 3 minit ke rumah nenek. So aku nampak tetiba lak jarum meter dah nak sampai ke merah so aku pun stop & off engine. Pastu tunggu rasanya tak sampai 10 minit aku tengok jarum dah turun.

Yakin je aku nak gi buka itu pun aku buka slow-slow sebab naluri aku macam dah boleh agak air akan terpancut keluar. Sekali memang benar. Naluri kita tak boleh main agak-agak, macam naluri aku selalu betul tapi aku je degil tak nak ikut naluri.

Akhirnya kenalah tangan aku itu dengan air yang panas. Orang patut gi cari air dulu kan? Aku tak, aku sempat hantar anak buah aku gi pekan dalam 30 minit pastu baru aku gi mandi sekali letak air sejuk.

Nampak tak kebodohan aku disitu? Sakitnya bukan kepalang..Aku rendam air paip siap rendam air sejuk lagi. Bukan air sejuk yang dah sejuk. Tapi air sejuk yang aku dapat hasil daripada rendaman ayam.
Aku rasa sakit kena air panas ni memang paling sakit kot...Sakit yang takkan reda. Tapi aku rasa macam dah kurang kot lepas dah rendam kat air sejuk tu..Tapi still sakit...Hari ni sakit lagi tu pun kalau tegesel dengan benda-benda keras ke atau tergaru...Nasib je takde keluar buih-buih berair...



PCOS - Polycystic Ovary Syndrome

Apakah benda yang nama pelik-pelik pada tajuk entri aku kali ni? PCOS merupakan salah satu masalah wanita yang disebabkan oleh hormon wanita itu sendiri. Kalau demam ada ubat demam, kalau selsema ada ubat selsema. Tapi untuk bab PCOS ni sebenarnya takde ubatnya yang ada adalah untuk mengurangkan kesan PCOS.

Sumber Gambar daripada GOOGLE

PCOS menyebabkan haid tidak teratur atau macam aku terus langsung tak datang-datang which is agak bahaya kepada mereka yang ingin ada anak sebab boleh menyebabkan sukar untuk mendapat anak. PCOS menyebabkan perubahan pada bentuk fizikal iaitu gemuk, jerawat yang sukar dikawal dan terlalu banyak, diabetes, dan mungkin juga penyakit jantung.

PCOS merupakan suatu sindrom yang tidak diketahui sebabnya namun, ianya mempunyai kebarangkalian yang tinggi merupakan sindrom yang diwarisi secara turun temurun. Namun begitu, PCOS merupakan kesan daripada gangguan hormon dalam badan.

Apakah simptom-simptom PCOS? Simptom dia takde lah terus-terus teruk, dia mula-mula benda-benda kecik dulu...So ni list simptom PCOS
- Jerawat
- Berat badan naik & sangat susah nak turunkan walaupun dah cuba exercise & kurang makan.
- Ada tumbuh bulu atau rambut lebihan pada bahagian muka, dada, perut dan belakang.
- Rambut semakin menipis atau berlaku keguguran rambut yang berlebihan.
- Haid yang sangat tidak teratur. Ada yang mengalami hanya 9 kali sahaja dalam setahun, ada yang langsung tidak mengalami haid, atau ada yang haid darah terlalu berlebihan.
- Susah untuk mengandung
- Mengalami Depresi atau kemurungan.


Kereta O Kereta.....

Awal-awal ni masa gi keje memang banyak betul benda yang aku dah belajar pasal kereta. Pengajaran yang aku dapat memang sah-sah buat aku lebih extra careful & actually lebih berpengetahuan sikit pasal kereta. Bila cakap pasal kereta ofcoz lah kereta tu bukan kereta aku ataupun mak aku atau bapa aku. Tapi kereta yang aku guna sekarang ialah kereta uncle aku. Sementara menunggu kereta aku la macam tu....

So pertama kali dalam hidup aku ni kereta berhenti di tengah jalan yang orang tengah sibuk nak lalu. Bukan jalan besar, tapi kira salah satu jalan utama yang orang nak lalu lalang. Aku yang waktu tu tak tahu nak apa hal memang dah sejuk sebab takut & panik. Dah xde ruang nak rasa malu sebab memang aku takut ahahhaa.

Nasib baik jelah ada juga uncle-uncle yang lalu tu kebetulan pulak kenal aku & aku kenal diorang. So berlakulah episod kereta yang aku pandu itu ditolak supaya ianya ketepi tidak mengganggu lalu lintas penguna kereta lain.

Bila buka enjin cari punya cari sebenarnya air kereta hampir dah nak habis. Nasib baik je kereta yang aku guna tu ada sistem kereta mati sendiri bila dah berlaku macam tu. Kalau xde alamatnya memang aku bawa kereta sampai enjin meletup rasanya.

Pengajarannya disini? Bapa aku pesan. Setiap pagi sebelum jalan baik isi dulu air kereta tu. Jangan main agak-agak atau nak set 3 hari 3 hari baru nak isi. Biar isi je hari-hari sebab kite tak tahu kita dah guna kereta berapa lama. Bapa aku tak lah marah juga, dia cuma cakap ini semua pengalaman awak kelak lebih-lebih lagi bila kereta awak dah sampai nanti.

So sini aku nak share sikit pasal benda dekat bonet engin depan kereta tu tentang apa yang kita boleh buat sendiri tiap-tiap pagi sebelum nak guna kereta.

Sumber Gambar Daripada ciklilyputih.com
Benda ni tak boleh dibuka masa enjin kereta panas. Lagi-lagi kalau ada air. Sebab? Air tu akan memancut keluar & panas. AKu baru kena semalam sebab perangai tak sabar. Baru tau. Nasib takde melecur sampai keluar bubble air kat tangan. Dapatlah aku lagi satu pengajaran. Korang kena selalu check air ni sebab ianya berfungsi untuk menyejukkan radiator kereta. Kalau tak sejuk maka enjin jadi panas pastu berhenti lah di tengah jalan nanti macam aku. Bapa aku pun sebenarnya untuk kereta dia, tiap-tiap pagi dia akan buka & check & tambah air...So rasanya lepasni aku pun kena rajin amalkan macam tu.

Air apa yang boleh diletakkan disitu? Air paip ke, air minum ke hehehe...Yang penting korang kena buka penutup yang betul..Jangan salah masuk pula.

Saturday, February 14, 2015

Bila Sudah Mula Bekerja

Kalau aku nak taip macam karangan confirm nak baca pun macam tak larat. So aku rasa aku punya trademark dalam bab penulisan di blog aku ni kena guna teknik pecahan atau titik point. So korang boleh skip-skip cerita yang korang tak larat nak baca. Hahahaa...

1. Aku dah mula bekerja
Yes I do. Aku dah lapor diri masa hujung bulan satu haritu. Dan bermula lah perjalanan aku akhirnya sebagai guru di sebuah sekolah rendah kebangsaan cina. Kik.

2. Baru. Semua baru bagi aku
Aku punya pengalaman even masa praktikal pun semua sekolah Melayu. Aku memang dah biasa dengan persekitara Melayu. Seriously aku punya harapan pun nak dapat SK tapi akhirnya aku dapat SJK(c) so feeling, suasana, guru even murid dia pun baru bagi aku.

3. Sekali mengajar terus guna 3 bahasa.
Aku sebenarnya mahir dalam 3 bahasa. Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris & Bahasa Cina. So bila aku mengajar bahasa Inggeris aku kena guna Bahasa Malaysia dengan Bahasa Cina untuk explain makna sesetengah perkataan yang aku ajar dalam bahasa Inggeris. Kenapa nak ada Bahasa Melayu. Well dekat Sabah ni memang normal kalau jumpa budak Melayu dekat sekolah cina. Dan sungguh tak pelik kalau jumpa budak melayu cakap cina dengan lancar juga.

4. Selalu balik lambat.
Ok perjalanan ke sekolah aku kalau bawa 80km/h boleh mengambil masa dalam 30 minit juga. Gerak dari rumah jam 6.20am atau awal. Kalau lambat dari jam 6.20am memang lambat sampai sekolah sebab jalan jam. Aku kena lalu kawasan sekolah yang banyak. Faham-faham la kawasan sekolah macam mana. Masa balik pun memang lambat. Kebelakangan ni la sebab aku tolong sekolah nak hias pentas sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti pada hari Isnin. So memang aku balik dah penat sampai aku tak larat nak update blog.

5. Projek seni pertama aku
Projek seni pertama aku ialah 3 ekor kambing yang berwarna putih, hijau & pink. Besar tau saiz kambing tu. Hampir sama macam pintu kereta besar kambing tu. Kenapa kambing? Sebab tahun zodiak untuk tahun ni ialah kambing.



6. Bukan sengaja nak tinggal blog ni. Lepas ni aku cuba cari update bila-bila ada masa. Tapi kalau ikut jadual aku memang full seminggu aku ada kelas. So...Aku still akan cuba cari masa okay? :P

Sunday, February 8, 2015

Fakta Tentang Puting Payudara a.k.a NIPPLES (18sx)

Sebelum korang meneruskan pembacaan ini. Sila pastikan anda sudah melebihi umur 18 tahun dari segi mental & fizikal. Terima kasih

Payudara ialah sepasang buah dada. Itu merupakan payudara yang biasanya dapat dilihat dengan lebih jelas pada kaum wanita. Puting payudara pula merupakan salah satu bahagian yang terdapat pada payudara wanita & juga lelaki. Korang ingat orang pempuan je ke yang ada puting payudara?

Fakta 1
Setiap manusia di dunia ini mempunyai puting payudara. Apabila kita sedang tercipta didalam perut ibu kita, puting payudara kita dahulu yang akan terbentuk apabila badan kita mula membesar & membentuk.

Fakta 2
Puting payudara manusia mempunyai pelbagai jenis warna, saiz, dan bentuk. Ada yang berwarna gelap, cerah, merah jambu, besar, kecik dan macam-macam lagi la...

Fakta 3
Ketulan kecil-kecil yang sangat kecil dan banyak di keliling puting wanita adalah normal. Korang tak perasan juga sebenarnya sebab ianya kecil sangat.

Fakta 4
Ada lagi satu perkara yang normal. Bulu-bulu halus dan pendek di bahagian buah dada dan dekat puting adalah normal. Semua orang pun ader. Kalau tak puas hati boleh je cabut or buat wax.

Fakta 5
Mengandung boleh menyebabkan puting payudara seorang wanita itu membesar.

Fakta 6
Sesetengah orang mempunyai puting yang ke 'dalam' & ianya normal. Walaupun bagaimanapun, sekiranya puting payudara korang itu baharu saja mengalami perubahan masuk kedalam maka itu merupakan salah satu simptom kanser payudara dan korang perlu berjumpa doktor untuk memeriksanya. Sekiranya memang dari kecik macam tu then it is normal hehehe..

Fakta 7
Setiap orang mempunyai risiko yang sama rata untuk menghadapi kanser payu dara. Tidak kira wanita atau lelaki. Tidak kira korang seorang wanita atau lelaki, sekiranya korang menemui ketulan benjolan di mana-mana bahagian payudara, sila pergi ke klinik atau hospital untuk membuat pemeriksaan.

Fakta 8
Setiap perubahan yang berlaku pada buah dada korang atau puting anda secara tiba-tiba & pelik maka  korang perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.

Fakta 9
Kadang-kala puting buah dada korang akan mengeluarkan cecair walaupun bukan semasa mengandung itu pun mungkin sekiranya ianya ditekan atau dipicit terlalu kuat. Walau bagaimanapun sekiranya puting korang mengeluarkan cecair  tanpa sebab atau berdarah pada mana-mana bahagian atau kedua-duanya sekali. Maka korang perlu berjumpa doktor.

Fakta 10
Implant atau pembesaran payu dara akan menyebabkan pemeriksaan payu dara menjadi susah.

Fakta 11
Jika ada yang memilih untuk menindik atau membuat anting-anting pada bahagian puting, mungkin korang kena fikir dahulu sedalam-dalamnya. Kerana proses untuk sembuh memerlukan tempoh masa antara 3 hingga 6 bulan atau lebih lama lagi.

Fakta 12
Ada manusia yang memiliki 3 puting payudara.

Fakta 13
Pada tahun 2012, seorang lelaki yang berumur 32 tahun dijumpai memiliki 7 puting payudara. Dia merupakan orang kedua yang dijumpai mempunyai puting payudara yang begitu banyak. LoL


Sumber daripada Buzzfeed.com


Wednesday, February 4, 2015

Objek Pelik Yang Orang Pakai & Makan

1. Sabun Berbentuk tangan 
Aku rasa sabun bentuk tangan ni untuk tangan, nanti sabun bentuk kaki untuk kaki, sabun bentuk badan untuk badan dan sabun untuk em....



2. Daging Justin Bieber (Meat Justin Bieber)
Cuba korang baca dalam bahasa Inggerisnya tu. 


3. Lif 3 Segi
Kalau rasa boring asyik jumpa lif empat segi je boleh lah cuba lif tiga segi ni. 


4. Tisu Tandas Hitam
Dia hitam bukan sebab digunakan, tapi hitam sebab memang diorang buat hitam...emmm


5. Cotton Bud Hitam
Aku rasa pengeluar dia dengan tisu ialah sama. Hahaha


6. Seriously...Kalau nak ubah pape kat muka, mekap pun boleh. Tak perlu plastik surgery.



7. Seriously...Kolam renang mini tu terlalu mini!



8. Bila rupa tikus di muffin



9. Sebenarnya aku tertanya-tanya..Macam mana mereka boleh berada pada muka buku depan pada buku yang mereka sedang pegang tu? hmmm.....


10. Kalau aku jumpa doktor yang macam ni..Memang terus aku batal niat nak gi cabut gigi.




Sumber Daripada Buzzfeed.com

Tuesday, February 3, 2015

Bagaimana Nak Check Dara & Teruna

Persoalan ini aku yakin memang ramai yang nak tanya & nak tahu kan? Bagaimana kita nak kenal yang seorang wanita itu masih dara, & bagaimana kita nak kenal jika seorang lelaki itu masih teruna. Jawapannya ada di sini sebenarnya.

Aku yakin ramai yang yang menjaga dara & teruna masing-masing. Bagi yang belum berkahwin. Dan aku yakin bagi yang belum berkahwin yang orang sibuk nak tahu dara ke teruna ke aku yakin diorang pun bukan suka-suka nak bagi dara & teruna diorang sebenarnya.


Aku selalu berpegang pada ayat Islam yang aku nak kongsi ni. 


So still nak tahu bagaimana nak check orang tu dara atau teruna? Aku faham konsep jaga maruah. But korang kena faham. Sesetengah mereka yang tidak dara itu maybe sebab kisah yang orang kata kurang enak untuk dibicarakan. So why bother? Andai agama mereka lengkap mengapa harus ada sebab lain untuk membuka aib manusia lain?

Bagi aku lah kan. Isu ni bukan pasal nak tau orang tu dara ke teruna ke. Perkara ni juga tertakhluk kepada mereka yang terlibat dengan apa-apapun aktiviti dan perbuatan yang tidak elok. Dan pada pandangan aku kita sebenarnya tak terlepas dengan dosa tak kira apapun yang kita buat sama ada kita sedar atau tidak.


Bagi yang datang nak tau check dara ke teruna. Minta maaf la hehehe entri ini bukan menjurus kepada itu sebenarnya hehehe. 


Monday, February 2, 2015

Tips Kepada Murid Lepasan SPM

So tahun lepas aku yakin ramai sangat mereka-mereka iaitu murid yang baru habis SPM kan? So kiranya tahun ni kebanyakkannya dah boleh lah mula untuk merancang perjalanan korang untuk ke next step life korang. So secara ringkasnya entri ni sesuai kepada mereka yang dah habis SPM atau yang ada sedara atau yang ada anak yang saling berkaitan dengan SPM


Lepas dah habis SPM korang dah boleh buat pilihan sebenarnya. Dan pada pendapat aku korang ada tiga pilihan.


So antara tiga pilihan tersebut yang mana korang pilih? Mula-mula aku bagi korang list pilihan yang korang kena fikirkan berkaitan dengan pilihan korang itu.


Bila dah tetapkan keputusan dalam pilihan tu, maka korang boleh mula menentukan sebenarnya apa yang korang nak berdasarkan keputusan korang tu.


Ini cuma petunjuk ringkas bagi adik-adik yang baru habis SPM. Nasihat aku bab-bab nak sambung study ni ada satu je.




Tutorial Ringkas Buat FAVICON

Apa itu FAVICON? Kalau nak tau pasal FAVICON boleh klik SINI. So korang dah tahu kan apa tu FAVICON? So NANA LIENA telah request aku untuk buat tutorial nak buat FAVICON. So dengan berbesar hatinya aku buat tutorial macam mana nak buat FAVICON tu.

LANGKAH 1
Tetapkan imej atau huruf yang korang nak gunakan dalam FAVICON. FAVICON ibarat lencana blog korang. So pastikan imej atau huruf yang dipilih adalah berkaitan dengan blog korang. Contoh Mek Zumbie aku guna MZ atau imej boleh gunakan imej zombie, gigi zombie, tangan zombie, zombie vs plant punye zombie ke. Yang penting korang senang.

LANGKAH 2
Pilih warna. Sebaik-baik satu hingga dua warna sahaja. Bukan tak boleh lebih-lebih. Nanti kalau letak warna lebih-lebih pon bukan nampak juga imej yang korang nak letak. Nampak pun kecik je, so better biar letak yang minimize color.

LANGKAH 3
Okey untuk nak upload/muatnaik imej korang tu sebenarnya ada saiz dia tau. So untuk memudahkan korang. Aku sediakan kotak yang memang dah saiz sesuai untuk FAVICON korang. Cuma tinggal letakkan huruf atau imej je dekat dalam kotak tu. Sila right click untuk download bagi pengguna WINDOW & double tap untuk pengguna MAC. Setiap kotak warna itu adalah JPEG individu jadi korang hanya akan mendownload satu jenis warna mengikut warna yang korang pilih.










Okey. So untuk memudahkan some people. Korang boleh juga ambik terus imej yang aku bagi ni, untuk kegunaan korang. Macam yang aku taip sebelum ni, saiz yang aku bagi ni dah memang saiz yang aku guna untuk FAVICON aku sendiri :)










LANGKAH 4
Okey lepas dah pilih, lepas dah buat, lepas dah confirm itu lah imej/JPEG/PNG yang korang nak sebagai korang punya FAVICON. So kat mana nak cari tempat tukar?



Pilih layout klik macam biasa. Lepas tu korang cari kotak yang ada tulis Favicon. Kalau korang tengok yang aku punya tu memang dah berubah sebab aku dah ubah. Kalau yang asal dia guna blogspot

So bila korang klik edit. Kotak macam yang kat bawa tu akan keluar. So korang tinggal choose file & bila dah siap boleh save.



Ingat tau. Kadang kala FAVICON korang tu akan bertukar serta merta. Ada yang bertukar dalam masa 24 jam. Ada pula yang seminggu baru nak bertukar. Part ni korang kene refresh korang punya how to say URL ke? Hahaha So apa pun dia akan berubah punya lah..Good luck!