Search This Blog

Saturday, January 31, 2015

H.A.M.P.A

Niat
Niat aku mudah. Biar aku keluar daripada tempat ini. Tempat aku membesar dari aku kecik sampai sekarang. Aku ingin melihat dunia & mempelajari budaya selain apa yang aku nampak. Dan yang pasti 'hijrah'.

Harapan
Harapan aku untuk berada bukan ditempat yang aku ada sekarang.

Keputusan
Mungkin rezeki, mungkin ketentuannya. Sudahlah berada dekat, malah Dia dekatkan lagi di dalam daerah yang sama.

Perasaan
Asalnya bersemangat aku nak mendidik. Aku download aktiviti yang aku rasa menarik. Akhirnya aku rasa kecewa. Aku rasa putus asa. Aku rasa kecundang di dalam harapan sendiri.

Nawaitu
Ada orang pesan. Nawaitu kena betul. Sesungguhnya aku benar-benar cuba melawan perasaan ini & memperbetulkan segala niat sebenar.

Tapi akhirnya aku tetap rasa kecundang. Aku tetap rasa kecewa. Aku tetap rasa hampa. Kadang kala aku rasa marah. Kadang kala aku rasa menyesal. Walhal sebenarnya hanya tempat yang membezakan kemahuan & keinginan itu. Tapi yang paling pelik...Kenapa aku berasa sangat kecewa tanpa sebab yang kukuh...Walau cuba ditepis tapi aku tetap rasa semua ini tidak betul. Mengapa ini yang berlaku mengapa jauh yang aku pilih semakin dekat yang aku dapat. Akhirnya...Aku hanya mampu redha.


Kasut Awek Ni Pelik Tapi Benar!

Manalah tau kan. Korang tengah cari fesyen kasut yang korang nak pakai. Hehehhe















Sumber Daripada Buzzfeed.com

Thursday, January 29, 2015

Gambar Menakutkan & Pelik. Serius!

Bayangkan kalau dekat Malaysia ada gambar macam ni? Mesti viral lepastu kena tuduh hantu. Hehehe


Belalang sebesar ini? Aku tertanya-tanya apa yang belalang ni makan sebenarnya.


Cuba korang bayangkan. Tengah syok-syok korang kat lautan tu. Tetiba haiwan ni senyum keluar dari laut nak jumpa korang.

Mula-mula aku ingat yang tinggi tu cikgu budak-budak tu. Tapi cuba korang tengok kaki dia ader tak? Gambar ni mak budak yang tangkap, memang satu keping ni je ada awek baju putih tu. Seram aku tau.

Okey. Orang kat sebelah yang muka tak elok tu actually bukan cacat. Tapi sebenarnya dah mati & baru lepas kena post mortem. 

Dipercayai kepala ini merupakan milik seorang birawati yang pertama dirasuk. Kepala dia disimpan sebagai peringatan kononnya. Kik. 

Er..aku tak faham taste awek yang pakai benda ni...Mesti banyak lalat gi kerumun kepala dia kan?

Cuba tengok apa yang pelik?


SUMBER DARIPADA mpics.viralexplore.com

Wednesday, January 28, 2015

Apa Itu FAVICON?

Korang perasan tak dekat link atas selalu ada gambar yang macam aku bulatkan tu. Nampak tak? Perasan tak? Ader tak? Ader tak? Ader tak? Hahaha


Sebenarnya benda tu nama dia Favicon. Boleh jumpa & boleh tukar dekat dalam layout. Seriusly aku dah cuba tukar. Yang first tu tak berapa nampak. So aku tukar yang baru. Design yang nampak aku as MZ iaitu MekZumbie.


Hahaha....Biasanya kene tunggu sehari baru dekat link nanti dia keluar. So kalau tengah baca blog aku ni jangan lupa tengok-tengok kat atas tu ahaha...

Nak mint design FAVICON ke? Boleh je, kan aku buat header blog free sampai hujung bulan Febuari ni. Boleh je minta design FAVICON atau header sekali. Huhuu...Just klik kat bawah ok?





Tuesday, January 27, 2015

Apa Itu SEO???

Aku rasa kebelakangan ni mesti ramai yang dengar atau nampak perkataan SEO itu. Dan aku yakin juga ramai yang nampak atau dengar sebenarnya tak tahu pun apa itu SEO but just macam buat tak hirau atau macam Ooo...SEO... Macam tu je kan? Jangan risau, sebenarnya bukan anda, dia dan dia je sorang, sebab aku pun macam tu juga. So aku pun buat pencarian apa itu SEO untuk benar-benar faham & mengerti. Dari aku jumpa perkataan SEO tu lagi. Sebab? Sebab SEO mempunyai pengaruh yang besar untuk meningkatkan traffik blog korang & aku.

Untuk memudahkan pemahaman tentang apa itu SEO? Aku buat peta minda pasal SEO yang aku harap korang boleh faham dengan baik sebagaimana aku faham tentang apa itu SEO. Hehehe.





Monday, January 26, 2015

12 Cincin Ohsem Untuk Bakal Suami!

Yang selalu banyak songeh bab cincin mesti perempuan kan? Sebab design cincin untuk awek-awek lebih banyak daripada untuk jejaka-jejaka ni. Tapi bagi yang nak ada kelainan dalam bentuk cincin untuk si bakal suami? Boleh tengok ni kat sinii

1. Black Tungsten Ring. Harga 360USD



















2. Gold and onyx ring. Harga 585USD
















3. Sterling silver wood bark textured ring. Harga 180USD


4. Titanium and tulip wood band. Harga 250USD

5. Recycled sterling silver ring with black diamond. Harga 160USD

6. Black glass enamel and yellow gold band. Harga 1045USD














7. Rose gold leopard print ring. Harga 820USD















8. Purple cobalt band. Harga 428USD












9. Black Titanium Band. Harga 150USD

















10. Sterling Siver & Wood Ring. Harga 176USD












11. Silver & Brass Ring. Harga 280USD












12. Navy Silicon Ring (Untuk lelaki yang tak boleh nak pakai cincin jenis besi segala ahahaha). Harga 19.90USD














Sumber Daripada Buzzfeed.com

Contest SEO - Cerita Disebalik Entri Malaysia Best Blog 2015

Blog Oh!Duit menganjurkan contest SEO yang pada pandangan aku merupakan satu contest yang sangat menarik & mengujakan. So aku actually masa nampak je contest ni memang terus aku buat entri of the Best Malaysia Blog part aku. Sebab apa? Sebab aku memang ada list sendiri blog yang aku rasa hebat & boleh dikagumi inside & outside.

So apa konsep Malaysia Best Blog 2015 anjuran blog Oh!Duit ni? Pada aku pemilihan Malaysia best blog ni bergantung kepada penulis entri itu. Sebab aku percaya setiap blogger mempunyai pilihan blog terbaik yang berbeza-beza kerana blogger di Malaysia apatah lagi di dunia ni sememangnya sangat ramai.

Senarai Malaysia Best Blog 2015 aku ada di SINI. Kalau korang perasan memang agak banyak aku senaraikan. Dan berdasarkan komen pun aku rasa aku punyai list blog yang paling ramai. Apa sebabnya aku berani buat list sebanyak itu?

Secara logiknya, ranking Best Blog bergantung kepada jumlah undian dan undian disini merujuk kepada jumlah penyenaraian blog anda dalam list tersebut. Maka, dengan meletakkan blog-blog lain di dalam list tersebut, secara tidak langsung akan memasukkan blog mereka ke dalam list Malaysia Best Blog 2015. Pada pandangan aku, sekiranya anda tidak mengejar kedudukan best blog maka, disenarai masuk sahaja ke dalam Malaysia Best Blog 2015 pun sudah memadai. Sebab itu aku memasukkan sahaja senarai blog yang menjadi pengomen blog aku as return the favour.

Sunday, January 25, 2015

Segmen Bloglist Feb-Jun by Cik Manis


Ok mati-mati aku ingat save entri ni as draft. Rupa-rupanya dah terpost. Hehehe Sebenarnya ada nak selit-selitkan lagi kata-kata hikmah yang paling berhikmah ahahha...Aku sebenarnya rasa segmen bloglist ni merupakan satu segmen yang mendatangkan banyak faedah kepada yang tersenarai. Sebab bila orang ke blog kita, dorang pun akan nampak. Kot-kot kebetulan entri korang best hari tu, maka blogger lain pun akan terjah tengok & baca so win win situation kan? Moral of the story? Mai join segmen ni cepat. hahahaha

Review Blog Nik Ainaa's

Since giving is always better, cewahhh...Hahaha Since dia serius nak someone review blog dia. Hahaha mama aku dengan ringan jari & besar hatinya buat review blog dia sebab dia pun dah review blog aku in a very different kinda way which is funny. Hahaha....

[KLIK BANNER UNTUK KE BLOG DIA]

So awek ni baru je tukar template & header kot..It was very nice. Simple theme, loading laju tau! Yang aku rasa amazing ialah part entry yang scroll tu. Satu teknik yang bijak untuk memperkenalkan entry panjangggggggggg dengan menggunakan scroll style. I loike!.

So actually awek ni ada buat Giveaway tau but sadly terpaksa cancel sebab tak ramai yang join. Aku syak yang aku pun tak terjoin sebab aku tak perasan. hehehe Sory. Jadi blogger kene tahan hati & kuatkan semangat. Itu semua pengalaman yang boleh memperbaiki diri. hehehe..Good Luck!!

SEO Template - Senarai Web Yang Offer free

Template blog amat penting untuk sebuah blog khususnya bagi blogger yang ingin menjadikan blognya sebagai sebuah platform yang popular dalam kalangan pembaca online. So di sini aku nak ambik kesempatan untuk share web site yang sebenarnya menawarkan template free kepada mereka yang nak tukar template selain daripada template yang sedia ada di dalam blogspot. Bagi aku & berdasarkan percubaan aku sendiri dengan beberapa template yang ada di dalam web tersebut, dan berdasarkan percubaan aku tu template yang diorang bagi tu memang menarik & thorbaikkkk :P










So aku sedang dalam proses mencuba-cuba template sebelum ni. Kalau tetiba rasa blog aku pelik aku harap korang tak terkejut. Hehehe..Proses menukar template memakan masa. Aku ni sambil keje sambil online lagi lah lama. Tapi kalau korang ambik masa untuk tukar template memang kejap je. :) Good luck!