image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

De Vietnam - Market & Tips Membeli

So sambungan untuk journey yang dah lama berlalu. Tempat shopping penjual barang kat Malaysia sama ada secara online atau offline hehehe. Yang ni Ben Thanh Market yang buka hanya pada waktu siang aje. Means kalau dah malam memang takkan buka lah pasar menjual ni. 


Banyak yang buka sebenarnya menjual benda yang sama tapi ada kalanya harga berbeza. Tapi masa korang tengok atau sentuh, kene tabah kan hari kalau dekat dalam pasar Vietnam ni. Kenapa? Diorang akan guna pelbagai alasan such as, korang customer pertama so beli lah beli, atau diorang takkan lepaskan tangan korang atau kalau korang tengok barang kedai sebelah diorang akan suruh korang jangan tengok, tengok kat kedai diorang je ahahaa 
Ini semua berdasarkan pengalaman sendiri.


Masa ni kitaorang pegi awal pagi so orang tak ramai lagi kat pasar. Tapi cuba pegi dalam jam 10, memang ramai orang & separuh daripada pembeli tu aku tengok memang dari Malaysia.


Yang tadi pasar buka waktu siang. Waktu malam pula dia panggil Ben Thanh Night Market. Kat sini pun kene hati-hati sebab serious memang akan ada waktu ramai giler orang. Motor pun banyak lalu lalang kat sini, kalau ikut cerita memang orang mencopet apa semua senang kat sini so just hati-hati.


Andai kata korang ada nak beli, pada pandangan aku benda lebih murah masa pasar malam berbanding dekat dalam pasar tu. Seriously lebih murah, tapi masalahnya ialah, ada benda yang takde dijual kat luar ni & cuma korang boleh dapat dekat dalam pasar tu.

So nasihat aku? Korang survey untuk hari pertama or kedua, next day buat pilihan nak beli apa. One more thing, kalau korang betul-betul nak beli dan dah minta harga & dia bagi harga paling rendah contohnya dari RM180 korang dah tawar jadi Rm90 & dia luluskan harga tu jangan tetiba korang tak jadi beli lak sebab takut korang kene pukul,kene maki takpelah jangan je naik tangan memang aku tak tau. Itu nasihat dari orang kat sana yang jadi guide kitaorang.


Tips Ringkas Kalau Korang Beli kat pasar Ben Thanh Siang atau Malam:

  • Kalau diorang buka harga contohnya RM100 jangan terus terima harga macam tu. Korang tanya boleh minta diskaun atau tidak.
  • Minta sampai ke tahap dia suruh korang yang buka harga, then waktu tu korang bagi lowest price yang korang rasa sesuai dengan harga benda yang korang nak. Contoh harga dia bagi yang asal Rm100, korang buka RM20, dari RM20 kalau dia minta naik, korang boleh minta RM22 atau RM25. 
  • Kadang kala bila korang dah offer harga yang korang rasa berbaloi tapi dorang still kononnya tak boleh nak kasi, then pura-pura korang kata takpe korang cari tempat lain, aku boleh jamin diorang akan bagi dengan harga yang korang minta tu terus. WHy? Sebab aku sendiri buat begitu & it works.
  • Jangan cakap murah kat depan diorang even tho memang korang jumpa itu lah yang paling murah, sebab nanti korang tak dapat diskaun lagi..Tak ke rugi?
  • Senyum & cuba bawa penjual tu berjenaka. Jangan risau pasal bahasa sebab semua penjual ni memang pro Inggeris & Melayu yang basic. Biasanya kalau korang happy, dia happy memang harga pun happy price. Hahahaa

Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. tips yang baik...bila agaknya nak kesini...

    ReplyDelete
  2. Oh lebey kurang jugak macam nak beli kat kedai cina. Haha... tau dah taktik nyer!

    ReplyDelete
  3. Oh lebey kurang jugak macam nak beli kat kedai cina. Haha... tau dah taktik nyer!

    ReplyDelete
  4. tips berguna bila nak ke sana nanti.. ;)

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih