image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

De Vietnam - Ibadah Qurban


Well this year aku gi Vietnam. And it was actually my first Ibadah Qurban. Kampung yang kitaorang pegi tu memang jauh dari Bandar Ho Chih Minh. Actually kitaorang bertolak dari bandar Ho Chih Minh pada jam 2 pagi & sampai dalam jam 8.30 pagi gitu. Memang jauh & pemandu bas pula dah macam fast & furious. Main lantak je macam jalan tu dia punya. Nasib aje time tu jalan kosong.

Pendekkan cerita perjalanan tu. Kalau kat sana perkampungan Islamnya memang berkedudukan jauh daripada pekan & even bandar. Lepas tu untuk membezakan perkampungan a non muslim & muslim pula diorang siap ada gerbang lagi. Gerbang ni pun perasaan time otw nak balik & sempat snap. 

Lagipun masa kitaorang masuk kampung tu actually we all naik motor. Orang kampung bagi pinjam. Dan aku salah seorang penunggang motor dengan sorang penumpang dari rombongan kitaorang. Masa balik pula kitaorang yang aweks aweks naik van sebab maybe orang kampung nampak cara aku bawa motor yang memang macam tak reti XD. 

Dan yang ustaz bahagian lelaki naik motor. Actually salah satu sebab kenapa kitaorang wanita ni naik van sebab motor orang kampung masa tu macam tak cukup. Sebab masing-masing tengah sibuk nak selesaikan daging korban. Why? Sebab dekat sana takde peti sejuk & amazingly salah satu makanan yang dibekalkan kat kitaorang itu boleh bertahan sampai 3-4 hari tanpa masuk peti sejuk. Hebat tak?




Ini merupakan sumber air diorang. Memang takde sumber air paip. Ini lah air yang mereka minum, mereka guna untuk masak, mereka guna untuk mandi, guna untuk cuci, semuanya dari air sungai ni. Pengalaman aku & rombongan aku pun memang hebat, pertama kali minum air sungai ni. Yang lain-lain segala apa-apa kami serahkan pada Allah. Kalau sakit pun penghapus dosa kan? Tapi memang lepas tu balik rumah kene cirit birit air, itupun aku self diagnos je maybe kene kolera sebab berak air je. So apa cara aku? Minum bebanyak air, minum aje 100plus & syukur lah hari ke5 aku kene dah makin surut. 


Pertama kali dalam hidup aku, aku tengok lembu kene sembelih. Serious aku tak tau nak cakap apa. Tapi macam aku kesian sebab macam sapi tu tak ditenangkan sebelum sembelih. Atau aku yang terlalu banyak fikir? 


Not much aku boleh cerita. But kampung yang kitaorang pegi ni nak dekat dalam 20 tahun lebih tak pernah buat korban sebab tak cukup bajet. Paling penting. Korang bagi seekor lembu memang semua diorang akan ambik dan yang dibuang cuma tahi lembu tu. Imagine that. Takkan bazir rezeki yang diberikan kepada mereka kecuali najis saje diorang tak ambik. Kita kat sini emmm...yang daging je kut kene ambik kan?

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih