Search This Blog

Sunday, August 23, 2015

Hantu Setan

Nak dijadikan cerita sepanjang aku jadi pelajar yang duduk asrama, sepanjang waktu itu lah aku lalui episod histeria, jumpa hantu, dengar benda pelik semua tu. Bukan nak share aku hebat ke, aku malang ke atau aku suka.

But atleast, aku ada pengalaman dan pengalaman ni aku rasa baik untuk dikongsikan bersama dengan korang-korang yang bakal duduk asrama ke hostel ke with zero experience on how to choose your room, kalau tak pun katil dalam hostel atau asrama. hehehehe
1# RAJIN MESRAKAN DIRI
Bila kita tiba di tempat baharu, adalah wajib bagi kita sebagai tetamu untuk buka mulut dahulu. Buka mulut apa? Buka mulut & make friends dengan orang yang ada dekat asrama tu. Siapa yang paling utama? Pakcik Guard & Makcik Cleaner. Kalau bukan pun Makcik Guard & Pakcik Cleaner. Why??
Selalunya yang keje kat tempat tu memang dah lama keje kat situ & diorang yang dah pernah melalui semuanya. Diorang tau tang mana yang paling banyak hantu menunggu & paling penting ialah diorang tau bilik mana yang tersenarai dalam blacklist.

2# SPOT THE KEPELIKKAN
Pernah tak korang gi satu tempat, atau spesifik satu bilik tu pastu banyak pula bawangnye, banyak pula daun limaunye. Macam-macam lah. Selalunya memang weird & bilik tu atau tempat tu ada something wrong. So kalau dapat pindah, pindahlah. Kalau tak dapat its okay, rajinkan diri tu solat.

3# JANGAN TAMAKKAN TINGKAP
Biasalah orang ni kalau boleh sengaja nak dok dekat tingkap. Macam aku dulu suka dok dekat tingkap. Malam pun suka buka tingkap sebab nak angin sejuk. Cuma aku syukur sangatlah takde pula kene peristiwa yang menakutkan dengan tingkap. Yang ada aku takutkan diri sendiri sebab dekat luar tu gelap, pastu ada pokok pastu mulalah aku tebayang macam-macam. .... So selalu kalau dah panas sangat aku buka tingkap tapi langsir aku tutupkan separuh, hahaha Kalau nak tido memang aku akan tutup tingkap huhuhu....

4# JANGAN PILIH TERLALU DEKAT DENGAN TOILET
Aku tau ada jenis pemalas, sebab tak nak jalan jauh-jauh baik pilih bilik dekat toilet. Demmm...Pengalaman aku, kawan aku yang dok bilik dekat toilet ni selalu sangat kene histeria. Aku juga yang selalu kene panggil untuk tolong tahan benda tu. Lama-lama aku jadi annoyed. Bila kene panggil aku marah, aku marah bende tu suruh dia keluar sebelum aku panggil ustaz, itu pun marah dalam hati. Hehehehee

5# JANGAN SUKA KE TOILET MALAM BUTA
Banyak student diduga didalam tandas ataupun masa on the way nak ke tandas. pecaye tak? Kalau korang tanya budak-budak yang dok asrama, yang pernah ke tandas lepas jam 12 malam sebelum jam 4 pagi mesti akan cakap pernah jumpa benda pelik atau terserempak. Itu memang normal sebab hantu ni mula bekerja time-time macam tu. Sengaja nak menyesatkan akidah, sengaja nak timbulkan kepercayaan karut. So korang pun time dorang keje tu korang tu ibarat client dorang. Jadi kencing berak lah siap-siap sebelum tido. Kalau tau perut tu jenis nak berak lepas makan 3 jam makan awal-awal buat timing yang elok ahahhaa XD

6# BALIK LA...BALIK
Kalau cuti pulang la. Tapi kalau korang tau ramai tak balik, korang confirm sangat ramai yang tak balik tinggal dekat asrama atau hostel tu dengan korang, boleh lah korang stay sekali. Tapi kalau korang nak jadi lone ranger nak dok sendiri kat bilik tu sebab alasan bajet tak cukup ke nak jimat ke, jangan korang komplen kalau malam-malam ada orang ketuk pintu tapi buka takde orang, pastu dengar meja ke kerusi ke kene seret-seret....Aku dulu tiap-tiap mesti mesti ada bunyi benda kene seret bila aku tanya dekat member yang dok atas bangunan aku dia kata masa-masa tu dia dah tido. Lagipun jarang-jarang dia dok kerusi..Haaahhh

Semua ni antara percaya atau tidak aje. Sebab bukan semua yang pernah melalui pengalaman mistik ni. Tapi pada aku, apa-apa mistik yang berlaku kuatkanlah iman korang. Percaya bahawa hanya Allah aje penyelamat dan Dia yang korang boleh harapkan. Kenapa? Sebab Allah pegangan aku setiap kali benda ni datang nakalnya. :P

9 comments:

  1. Masa dok hostel dulu selalu terbayang kepala terbang nampak kat cermin toilet. Ahaha kena pi gosok gigi dgn kawan. Seremm

    ReplyDelete
  2. Masa dok hostel dulu selalu terbayang kepala terbang nampak kat cermin toilet. Ahaha kena pi gosok gigi dgn kawan. Seremm

    ReplyDelete
  3. yang penting jangan sombong atau suka cakap besar..kita tak tahu apa nak jadi

    ReplyDelete
  4. asrama mmg selalu ada cerita2 seram..ena duk hostel dr form 1-5;)

    ENA nak jemput JOIN dan SUPPORT my 1st giveaway http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html

    tqsm;)

    ReplyDelete
  5. betul dulu dok asrama macam-macam dengar.. tapi alhamdulillah djauhi dr perkara yang tak diingini..



    Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
  6. Salam ukhwah Mek Zumbie..

    Saya tak pernah lalui tinggal di asrama.. Tapi suka cerita ttg kehidupan asrama.. Cerita seram mmg common kepada penghuni hostel.. Mmg tabik, cekal sungguh..

    ReplyDelete
  7. Sheila dari form 1 dah masuk asrama. Haha.. ceritanya sama mcm kat atas tu...

    Yg penting memang happening ddk asrama ni.. Suka sangattt!!!!

    ReplyDelete
  8. AM selalu amalkan ayat kursi selepas solat..

    Bila berseorangan or berada di tempat yang asing.. AM niatkan dalam diri minta ALLAH tidak buka pintu alam lain..

    SERAM..jika kita tahu apa yang terjadi atau apa yang ada di suatu tempat tu..

    Artikel Paling HOT..
    HOT ITEM LeoRa Fragrance 4 Women
    HOT ITEM LeoRa Fragrance 4 Men
    Follow blog AM DISINI
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM DISINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih