image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Wanita Pelik?


Aku tak tau lah sama ada aku ni boleh dikategorikan sebagai pelik atau tidak. Tapi kesemua benda yang aku minat ni & yang aku nak lakukan sebagai hobi macam bukan seperti wanita biasa.

Apa yang aku buat?

Sepatutnya aku boleh tanam bunga atau tanam pokok paling tidak pun tanam rumput yang berharga macam rumput untuk kuda atau lembu. Tapi malangnya, tangan aku ni kalau ikut cakap orang tua-tua tangan panas. Kalau bunga tu memang dah mekar pun cuba kalau tangan aku yang pindahkan mesti beberapa hari kemudia layu. Kesian!

Lepas tu paling tidak pun kalau aku nak bersukan aku boleh je join yoga. Atau menari ke atau paling kurang pun lari-lari aje dekat treadmill tu kat gim atau kat rumah kan? Tapi entah lah kalau ko suruh aku pegi yoga aku asyik nak menguap semacam je. Takde kesabaran betul aku ni.

And then kalau orang lain nak pelihara natang pun mesti pelihara atleast kucing ke...Arnab ke....paling kik pun maybe burung? Aku kat rumah pelihara ulat dengan kumbang. Hahaha

Hakikatnya aku ni kalau pasal suka aku suka yang lasak macam lelaki. Apa yang lasak macam lelaki? MMA. Habis murid aku semua kena tumbok ikut suka hati aku. Hahhaa lepas ni kuor berita cikgu gila tumbuk budak. Hahahaa

Ok fine. Itu aku minat bukan sebab dia ganas ke apa. Aku terpaksa akui aku ni bukan wanita jenis yang ayu sakan. Aku minat sebab suka tu aje yang aku boleh rasa dia gerakkan semua anggota badan & memerlukan kekuatan. Aku suka.

Lepas tu aku pelihara ulat & kumbang tu sebenarnya ulat tu ulat yang korang feed untuk burung-burung atau Sugar Glider tu. Korang ingat ulat mealworm tu murah ke nak beli! Baik aku pelihara sendiri. Bukan susah! Hehehehe

Cuma bila training MMA ni aku rasa susah nak cari trainer perempuan. Yang aku pegi ni laki bini pun main MMA. Cuma bini dia baru aje datang hari ni. So aku rasa rileks & steady aje hari ni. Hahahaa

Taip panjang-panjang aku cerita kepelikkan aku. Actually aku ada masa menaip ni pon sebab baru balik latihan. Sementara tunggu badang berhenti berpeluh, aku training jari-jari aku dolo. Hahaha

Share this:

CONVERSATION

3 comments:

  1. sama la kita.. cik en bkn jenis lemah gemalai.. ahahha..

    ReplyDelete
  2. haha... tak peliklah... normalla... lemah gemalai kang orang nyampak lak kan... suka tgk blog ni teratur...

    ReplyDelete
  3. follower #462

    sama macam suami saya, tangan panas, klu suruh potong mana2 bahagian pokok, tak lama lepas confirm pokok tu mati, haha

    ulat n kumbang?
    memang pelik, kuikui

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih