image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Kalau Dia Curang

Aku selalu rasa tertanya-tanya. Bagaimana seorang manusia boleh memalukan diri sendiri dan diri orang lain dengan memaki hamun orang lain di hadapan ramai orang lain. 

Tapi siapalah aku nak judge itu semuakan? Dan aku sekarang rasa tertanya-tanya bukan untuk judge orang lain sebab aku rasa kesian juga pada orang yang dimaki, orang yang memaki dan orang yang menonton peristiwa memaki orang lain itu.

Macam tadi aku ingatkan bunyi buang benda nak halau anjing ke hape? Rupa-rupanya pasangan muda yang aku sendiri tak pasti dah kawen ke belum bergaduh. Bergaduh memaki sampai barang macam kerusi yang tak pernah jadi sebahagian daripada hidup diorang tu pun jadi mangsa kemarahan. Pada fikiran aku cuma satu aje, dah lepas bulan ramadhan ni memang setan naik suka lah dengan benda-benda macam ni, entah-entah tengah bertepuk suka ria.

Bunyi untuk apa yang aku taip selepas ini mungkin macam terlalu selfish. Tapi aku bagi pendapat based on my own experience.

Kalau belum bernikah
Jangan terlalu ikutkan kehendak si dia. Biar lelaki ke perempuan ke. Selagi tak sah milik tak payah nak tunjuk kesetiaan yang tidak menjamin korang ke syurga itu.

Kalau belum bernikah
korang dapat tau aje dia dah curang, tak payah lah nak minta kesian nak pi cari gaduh dengan perempuan atau lelaki yang ambik pasangan korang tu. Sebaliknya korang kene jumpa siap bagi hadiah sebab tolong korang dedah kan tabiat sebenar pasangan korang yang belum kahwin sudah gatal nak cari orang lain.

Kalau belum bernikah
Duit tu simpan aje elok-elok. Kalau pasangan nak minta ini itu kalau memang rela hati nak bagi bagi lah. Beli lah apa yang dia nak. Kalau tak ikhlas nanti bila putus merengek mengemis nak minta balik korang juga yang rugi kan?

Kalau belum bernikah
Tak payah nak bergaduh macam dah ada anak 2 3 4  orang dekat rumah. Kalau nak gaduh gaduh depan rumah. Bukan jadi bahan tontonan umum. Kalau budak nampak memang sah korang lah pengaruh paling tak guna.

Itu saja perkongsian aku hari ini untuk raya pertama hahahahaa


Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. SA ngan en tunang dah 10 tahun kawan..dalam jangkamasa 10tahun tu beratus2 kali gaduh...bila clash cuba kawan ngan orang lain..memang ada yang x kena...so hubungan kami sampai sekarang diserikan dengan gaduh2..dah lali dah..tp xde la smpai bertumbuk ke apa...paling kuat pun balik hp..hp retak beribu2..

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih