Search This Blog

Wednesday, July 1, 2015

Hijrah

Aku rasa persekitaran memainkan peranan penting tak kiralah untuk orang tu nak berubah ke, nak berjaya ke, atau macam mana keadaan sekalipun. Kenapa? Sebab aku rasa persekitaran yang sesuai dengan apa yang kita nak lakukan memberikan diri kita satu kelebihan unutk menentukan sama ada kita akan berjaya dengan apa yang kita ingin ubah atau lakukan.

Demikianlah mengapa aku memilih untuk berhijrah masa nak posting dul. Tapi kemahuan itu tidak tercapai. Aku balik ke tempat aku sendiri dan aku rasa kecewa. Sampai kan aku berfikir adakah memang ini takdirnya? Atau sebenarnya Allah menguji sejauh mana aku akan berusaha untuk pergi ke arah hijrah itu.

Dan sejujurnya. Ujian demi ujian datang kepada aku ibarat menguji sejauh mana aku mampu menahan dugaan yang datang. Semuanya kerana persekitaran aku dan situasi aku yang bukan Islam pada ketika ini. Bagaimana seorang non muslim benar-benar dapat mengamalkan cara hidup Islam sekiranya dia bukan Islam. Dan sekiranya semua orang di sekelilingnya itu memang melihat diri aku sebagai bukan Islam?

Dan aku tau. Pada ketika ini aku ada satu peluang tahun ini untuk memohon untuk berpindah. Namun mengapa aku rasa yang aku mesti tak dapat nak pindah. Mungkin kah aku sudah berputus asa? Atau aku semakin lupa ditelan cara hidup yang aku lalui ketika ini?

[sumber dari GOOGLE IMAGE]


6 comments:

  1. singgah sini sementara tunggu waktu berbuka :D

    ReplyDelete
  2. Berhijrah ke arah yang baik, semoga dipermudahkan.
    Apa-apa yang dirasakan sukar untuk dibuat keputusan, kembalilah kepada Dia melalui istikharah. In shaa Allah, Dia pasti Tunjukkan keputusan yang tepat.

    - Zaleha Awaluddin -

    ReplyDelete
  3. Hijrah atau lebih tepat "convert". Apa yang mek tertinggal ialah apa jua yang sedang berlaku, berlaku atas kehendak Allah. Tiada kebetulan, tiada terkalau, atau terskip atau ikut suka hati dan kepala kita untuk memastikan perkara itu berlaku. Mek sudah diberikan satu jalan oleh Allah, dan ya Allah sedang menguji mek. Tetapi belum masanya lagi, mungkin kerana masih kurang dorongan atau tidak yakin sepenuhnya atas janji Allah. Sesungguhnya agama yang satu itu ialah Islam dan tuhan yang benar itu Allah swt. Kita lihat ramai orang islam berbangsa melayu, lebih nama islam dari mengamalkannya, dan saya terpaksa akui antara komen-komen mualaf ialah apabila melihat sekeliling orang islam di malaysia, kita sendiri jadi sedih dan ya, ia menjadi sama ada titik kejatuhan seorang mualaf, atau titik kebangkitan untuk jadi lebih baik dan dicontohi oleh orang-orang islam yang lain. Sesungguhnya hanya Allah shj yang mampu menilai dan menaikkan darjat hamba-Nya.

    Saya sendiri bukanlah seorang yang alim, saya masih lagi belajar banyak perkara, saya juga masih merangkak belajar al-quran, saya sendiri takut adakah Allah melihat saya hari ini atau tidak.. penuh kasih sayangkah? cukupkah amalanku. Jika sudah diberi hidayah, maka marilah bersama kami mek. Jika tiada rakan yang boleh bimbing mek, support mek, maka kami ada di sini untuk mek. saya juga mewakili badan amal till jannah, in shaa allah dapat bantu mek, walaupun kami tidak sempurna.

    Ingat satu sahaja mek, keyakinan dan kepercayaan itu kepada Allah lah yang mampu menguatkan hati mek, dan saya tipu kalau katakan selepas mek berhijrah mek tidak akan diuji. Tapi ujian selepas berhijrah adalah lebih manis, dan setiap pahala nya dikira, jika mek meneruskan cara hidup islam walaupun sejati, tetapi tidak mengucap syahadah, maka tiada apa yang Allah boleh berikan, kerana ganjaran dan syurga itu buat orang islam. saya harap, mek berada di landasan yang betul. jika mek benar-benar buntu, mek boleh hubungi saya 0189100852.

    Semoga Allah sentiasa merahmati mek. amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank You Very much :) Your comment touch me in the heart actually. Tq for that honest sharing....Aku sangat menghargainya :) God Bless You

      Delete
  4. pasti ada hikmah di sebalik ini semua...saya mendoakan yang terbaik untuk mek...^^

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih