image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Bila Ada Budak Tetiba Datang Panggil Akak


Selepas penat memandu macam dalam fast furios merentasi jalan raya berbukit-bukit, beralun-alun dengan pelbagai teknik mengelakkan lubang di jalan raya dan aksi potong memotong. 5 jam sampai ke destinasi balik. Mak aii penat tau. Sempat lepak sekejap temankan kawan yang sedang menunggu teksi untuk pulang ke Kota Kinabalu.

Masa tu aku hidupkan enjin kereta. Bukan tingkap. Dah kebiasaan aku buat begitu. Sekali tetiba ada budak remaja yang tak seberapa nak remaja muka memang macam terdesak. Sampai lap-lap air mata yang aku sendiri tak pasti ada ke tak.

Apa dia nak? Sebenarnya dia kata boleh tak hantarkan dia balik ke rumah. Aku pun terus teringat cerita budak minta hantar balik sekali kene rogol lah kene rompak lah. Tapi budak tu tak berhenti macam tu aje. Dia cakap dia ada duit tapi duit dia hilang. Aku pun blurr...

Terus aku buat ape? Aku naikkan tingkap kereta aku. Aku matikan enjin kereta aku keluar dari kereta aku bercakap dengan budak tu. Nak kemana, dari mana semua aku tanya. Rupa-rupanya mak dia hantar ke pekan ni nak beli dekat baazar tapi duit dah hilang kepala dia rasa sakit sangat. Aku pun tanya dia ada bas tak nak balik, reti tak nak balik? Dia kata reti. So aku tanya naik bas nak duit berapa? Dia kata Rm5. So untuk tempat aku RM5 tu aku rasa memang ada tapi dekat nak balik tempat budak tu aku tak tau lah harga betol ke tak. So aku bagi, budak tu pun pergi.

Masa drive nak balik rumah, aku sempat berfikirr....

Betul ke apa yang berlaku tadi tu?

Budak tu menipu ke? Tapi macam betul aje tau masa depan mata.

Last sekali aku doakan semoga budak tu takde pape biar balik dengan selamat. Aku malas nak fikir yang buruk-buruk ni apatah lagi bulan pose ni. Aku anggap aje yang semua itu benar. Dan sekarang ni aku penat tapi keje masih berlambak. Sedihnya.

Share this:

CONVERSATION

1 comments:

  1. bagus jugak cara MZ. kalau saya pun akan buat perkara sama. cerita betul tak betul tu belakang kira. janji kita dah cuba buat yang termampu. :)

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih