Search This Blog

Thursday, June 4, 2015

Sebab Itu Aje Aku Mampu


Bila dah baru keje memang normal lah orang lain pasang angan-angan nak kereta besar, kalau gadget terbaru dah keluar maybe Iphong 6.5 terus nak angkat sebab orang kate dia dah bergaji kan? Aku pun masa mula-mula tak keje tak dapat gaji lagi memang semua aku mimpi nak rembat. Kereta paling besat aku nak angkat. Tapi hakikatnya bila dah keje. Bila dah boleh pegang duit sendiri, bila dah nampak dengan mata sendiri baru kita bole rasa dengan hati sendiri berapa kemampuan kita. Tapi itu aku rasa untuk orang yang sedar diri lah, kalau yang tak sedar diri tu aku tak taulah...

Macam pesanan ayah aku. Kalau gaji banyak sampai beribu-ribu pon, kalau semua benda pun nak beli walaupun tak tau nak gune ke tak, tetap tak cukup. Even ada family yang ayah dia keje sebulan RM800 ajepun cukup nak sara anak lagi sekali, inikan pula kalau keje gaji cikgu. Hah. Ayah aku ni jarang nak bagi aku ceramah nasihat bagai. Tapi sekali dia dah buka mulut, memang boleh jadi mainan otak tau. Korang akan teringat-ingat pastu fikir apa yang dia dah cakap.

Macam aku beli kete baru-baru ni. Bukan sebab nak beli suka hati. Tapi nak gune pi sekolah. Duit sape? 100% duit aku sendiri kecuali plate number. Hahahaa So kiranya kalau daftar harta, memang itu adalah officially harta pertama aku. Masa aku dengan kereta murah aku tu ada juga la mulut-mulut yang tanye,

"Kenape ko tak beli Hilux je"
"Kenape alang-alang?"

Dan macam-macam lagi lah...Kalau ikut bunyi tanda diorang tak setuju dengan kenapa aku beli kereta biasa aku sekarang hahaha... Aku bangga dengan apa yang aku ada. Maybe pada mata masyarakat cikgu boleh beli kereta besar, segala-galanya nak besar. Dan maybe pada pandangan sesetengah orang jadi cikgu kene tunjuk kemampuan so beli kene lah yang hebat-hebat.... Dan aku rasa itu budaya masyarakat sekarang kan? 

Hakikatnya kalau kite tengok masyarakat sekarang memang macam tu kan? Semua nak tunjuk sape yang lebih. Kalau lebih gah maka lebih lah senyumnya dengan orang ramai, tapi dalam hati? Hanya Allah je yang tau dengan bank. Hehehee

2 comments:

  1. pehhh...bestnya dah beli kete sendiri...untunglah mek ^^

    ReplyDelete
  2. jadi dah boleh pakai ..dan kite selesa pakai..kan

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih