image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Petanda Kah Sudah?

Aku terasa gegeran awal pagi tadi terus aku update blog Gegaran Seluruh Sabah. Aku walau pernah alami gegaran gempa bumi ke atau gegaran bumi, tapi tak lah macam apa yang aku rasa pagi tadi. Syukur juga rumah takde pape retak ke...Tapi dekat bahagian lain ada bangunan dah retak-retak belaka.


Gambar-gambar ni merupakan kesan daripada gegaran tadi tu. Tapi ini semua dapat dari kawan aku lah. Macam yang aku cakap tempat aku kesan dia tak berapa nak teruk. Sekadar kereta berbunyi- bunyi aje. Tapi dekat area berdekatan memang dengar cerita agak kuat n kesannya ada macam ni.

Berdasarkan berita pula. Gegaran susulan akan berlaku mungkin pada jam 9 pagi nanti atau dalam tempoh 24 jam. Kebarangkalian gegaran akan menjadi lebih kuat tapi aku harap kalau boleh langsung takde pape gegaran lah kan?

Kalau nak ikut kepercayaan orang tempatan...Gegaran ni berlaku sebab penjaga gunung kinabalu marah. Apa yang dia nak marah? Ada kes dimana pelancong kencing beramai-ramai di atas puncak gunung kinabalu itu. Tadi masa gegaran pun mak aku tiba-tiba sebut pasal gunung kinabalu..Heh...Aku ingatkan gunung kinabalu tu gunung mati. 

Tapi apa pun yang berlaku...Hanya Allah tempat kita memohon keselamatan kan? Aku pun terfikir juga..Inikah antara petanda dunia akhir semakin dekat? 

Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. salam kenal... ishh takutnya tengok, agak teruk jga yer tapi dalam berita suma ok ok aje..

    ReplyDelete
  2. mungkin itu antra petanda dari-NYa

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih