image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Peraturan Mempercayai Manusia Lain


Emak aku selalu berpesan kat aku supaya jangan mudah sangat percaya pada orang lain. Even kalau orang nak minta tolong pun jangan terlebih baik sangat nak tolong. Benda ni selalu dia pesan especially kalau aku kene outstation atau benda-benda yang aku kene jalan jauh. Maybe sebab aku aku selalu nampak aku macam tu kot?

Well sebenarnya aku pun ader satu tabiat buruk. Aku rasa aku ni terlalu friendly sangat sampai aku boleh tegur dekat meja sebelah aku walaupun aku langsung tak kenal orang tu. Well bukan lah tegur sampai orang pun rasa pelik cuma kawan aku sendiri pun kadang-kadang cakap yang aku ni kalau pegi mane-mane takyah risau sangat sebab cepat sangat dapat kawan.


Bagi aku, mempercayai orang bukan saja bermaksud korang berani nak tinggalkan barang berharga atau tidak berharga kepada orang itu. But pada aku mempercayai means korang tau yang orang itu, orang yang kita kenal or tidak kenal itu meletakkan niat yang baik terhadap kita.

Mempercayai bukan setakat bermaksud apabila orang mencari kita untuk bantuan dan kita perlu percaya yang orang itu benar-benar susah. Tapi mempercayai bermaksud kita benar-benar meletakkan   pemberian kita atau sedekah kita kepada orang itu dengan harapan bahawa apa yang kita buat ini diterima Allah walau dengan apa bentuk sekalipun dengan niat kita yang penuh ikhlas tanpa ada rasa prejudis.

Kadang kala kita tak sedar. Dalam kita memberi sebenarnya terdetik perasaan kita yang tidak mempercayai. Contohnya kita berkenalan dengan orang baharu, memang secara zahirnya kita tidak memberi apa-apa benda pun kepada orang itu. Tapi hakikatnya kita mendapat satu hubungan persaudaraan atau persahabatan yang baharu. Dan bukan kah itu yang dituntut oleh Allah? Untuk membina hubungan erat antara satu sama lain apatah lagi apabila ianya adalah antara Islam dengan Islam sendiri?

Tapi aku tengok orang zaman sekarang ni pelik sikit. Mana dia rasa pelik sikit dia tak hiraukan. Malah dikutuk lagi kaw kaw extra hot. Aku sendiri nampak aku sendiri dengar aku pun rasa pelik. Bila nampak lain bangsa, lain agama buat muka macam baru lepas gaduh buat muka macam kite datang minta duit seposen. Kadang kala buat baik ni bukan hanya pada bila kita menderma sebenarnya...Tapi banyak benda simple, gesture simple hanya dengan senyuman aje pun can make your day, atau hari orang lain lebih baik.

Share this:

CONVERSATION

4 comments:

  1. mak shad pun selalu pesan, nak beramah mesra itu boleh, tapi untuk meletakkan kepercayaan 100% kepada manusia lain itu mungkin tergelincir sikit beberapa peratus.. zaman sekarang kan, susah nak cari manusia yang boleh dipercayai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ps, shad singgah blogwalking blog sponsor ga efg mega raya sambil isi tabung nuff.. :D wink wink..

      Delete
  2. Betul tu... Tambh zmn skrg ni... Ssh nk percaya org wpun org yg dh lama knl..

    ReplyDelete
  3. http://emmeinayah.blogspot.com/2015/06/giveaway-efg-mega-raya-2015-rm3100.html

    blogwalking, jemput2 singgah blog akk dear =) really nice blog

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih