image1 image2 image3

HELLO!!! |WELCOME TO MY BLOG, BLOGGIES!|THIS IS MEK ZUMBIE BLOGSPOT.COM

Penantian

Dalam hidup kita ni mesti ada beberapa perkara yang nantikan betul tak? Masa kita kecik kita tak sabar nak nantikan untuk menjadi dewasa sebab masa kecik dulu kita rasa bila dah besar kita dapat buat lebih banyak benda baru yang kita rasa seronok. Tapi bila dah besar kita merindui zaman kita budak-budak dulu sebab waktu itu kita rasa takde benda yang kita perlu runsingkan atau fikirkan. Dunia kita ibarat.

Kalau budak yang masih study mesti menantikan masa untuk keluar habis study dan bekerja. Dengan harapan bila dah keje semua boleh dapat dengan mudah. Tapi bila dah keje rupa-rupanya bukan senang nak dapat apa yang kita mahu. Maybe sebab kita tak cukup gaji? Tak cukup masa? Or maybe kita terlalu banya merungut sehingga kita tak tahu nak bersyukur?

Penantian bagi aku ialah suatu dugaan. Kalau korang ada ikut entri aku sebelum ni mesti korang faham niat aku kan? & hari ni aku dapat tahu kawan aku yang aku rapat tu, yang memang kite dua pasang niat sama-sama nak convert tu maybe akan convert bulan September nanti. Alhamdullilah sangat dan semoga takde halangan untuk dia convert. Korang tolong doakan untuk kawan aku juga tau! :)

Untuk aku kadang kala bila aku cerita kat orang untuk bantu aku keluar untuk aku berhijrah setakat ni aku tengok non of them really understand why i need to move far away from home. Bila kita bercerita pada yang lebih berusia diorang akan rasa benda ni simple sahaja but like I've said...untuk kita merasa suka duka seseorang itu kita kenalah berada di tapak orang itu sendiri.

I guess untuk aku ini lah penantian aku. Dan aku harap penantian ini akan membuahkan sesuatu yang manis dalam hidup aku.


Share this:

CONVERSATION

2 comments:

  1. may I ask? kenapa bulan september? hehe

    ReplyDelete
  2. Penantian?Bagi sy itu satu seksaan sbb menanti terlalu lama

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih