Search This Blog

Tuesday, June 23, 2015

Sedekah

Mungkinkah sebab aku ketika ini tidak memerlukan duit atau tak reti simpan duit atau mungkin sebab itu adalah tanggungjawab aku? Bila orang lain nampak apa yang aku buat untuk anak-anak murid aku mereka akan tanya

"kenapa nak buat semua ni?"

"Baik awak simpan duit awak."

"Nanti claim saja dengan sekolah."

"Kan sekolah ada peruntukan?"

Semua yang diungkapkan tu memang ada betulnya tapi apa yang aku buat ni sebenarnya pun ada sebab supaya bila aku terus mengajar murid-murid ni nanti aku sendiri tak susah nak fahamkan diorang. Duit aku ni kalau simpan saja pun belum tentu aku boleh jadi kaya raya betul tak? Tapi ada juga aku simpan sikit manatau ada emergency ke atau nak perlukan duit so aku spend sikit untuk bebudak kat sekolah, yang mana aku boleh simpan aku cuba lah simpan.

Memang betul boleh claim dengan sekolah. Tapi aku rasa aku pun malu nak balik-balik claim duti dengan pihak sekolah ni walaupun aku tau sepatutnya sekolah yang tanggung bahan-bahan untuk murid ni. Tapi takpelah...Manatau aku boleh claim dengan Allah? 

Sekolah macam sekolah aku ni memang ada peruntukkan. Tapi rasanya macam peruntukkan tu limited. Terhad untuk beberapa keperluan yang jenis kekal bukan keperluan bahan yang cepat habis. 
So kiranya apa yang aku buat ni aku tak rasa berat hati kerana aku sendiri rasa bahawa apa yang aku buat kerana Allah..Segala titik peluh aku, khidmat aku kepada murid aku kerana Allah. Dan Alhamdullilah sebenarnya setiap kali aku mengajar pun aku takde rasa  stress melebih-melebih walaupun murid aku buat perangai. Hehehee


3 comments:

  1. setuju dengan pandangan awk. bile kite memberi ni, kita akan dapat rasa lainnye nikmat Allah bg kite. teruskan sis, semoga Allah membalas sis dengan segala kebaikanNya. InsyaAllah

    ReplyDelete
  2. Haii.. Cakk.. Done Follow sini no. 369
    Salam kenalan.. Sudilah kiranya follow me back,
    boleh kita saling kunjung mengunjung pasni..

    Official Blog :
    http://tengkubutang.blogspot.com/

    Catlover Blog :
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. jadi cikgu macam tu la..sanggup keluarkan duit sendiri. potostat bahan mengajar. pergi mana-mana hantar budak ke..duit minyak sendiri je..tak kisah pun kalau tak dapat claim..konsep saya pakai niat sedekah je.

    ReplyDelete

Kerana yang baik tu aku confirm dari Allah. & yang buruk-buruk dari korang atau dari aku lah ahahah XD. Terima Kasih